Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita awal bulan Mac sewaktu bercuti di Penampang. Kalau Fairuz dan Haziq tidak hantar bekalan ikan ke pasaraya sekitar Kota Kinabalu, dapatlah kami makan tengah hari bersama. Masaklah apa sahaja bahan yang ada di dalam peti sejuk. Ada sayur kangkung dan terung yang dibeli dari Bataras Bundusan. Ada nanas dari Sipitang. Ada kaki ayam, kurma merah dan lobak merah yang boleh dijadikan sup. Ada seekor ikan jelawat! Bolehlah goreng bahagian isinya, dan bahagian kepala serta ekor dibuat asam rebus tambah nanas.
|
Meriah jugalah lauk-pauk hasil air tangan di rumah orang bujang. |
|
Ada tambahan sambal sardin dan sambal sotong. Sambal sotong itu baki lauk nasi lemak, sarapan sebelah paginya. |
|
Ikan Jelawat Goreng. |
|
Asam Rebus Kepala & Ekor Jelawat. Tambah nanas dan kacang bendi. |
|
Sambal Sardin. |
|
Terung Goreng Kicap. |
|
Kicap lada tambah daun ketumbar jawa. |
|
Sebelah petangnya pula, sambil menikmati deruan angin kuat menerpa di balkoni tingkat 16, santai-santai minum teh o dan makan kuih bahulu comel dari Sipitang. Firdaus ditemani Fairuz mandi di kolam renang di tingkat 6. |
Nyamannya suasana cuti walaupun hanya memerap di kondo!
Ni cerita makan2 sebelum ramadanlah erk
BalasPadamSemuanyaa menyelerakan
BalasPadammeriah lauk pauknya mesti jenis yg suka memasak ni
BalasPadammeriah juga peti sejuk rumah orang bujang ye kak macam-macam ada
BalasPadamMeriahnya masak kat rumah anak bujang tu...sure berselera diorang makan...
BalasPadamTentu terasa segar dengan suasana tingkat 6 tu, Kak Amie. Dan, begitulah Kak Amie, tercampak di manapun tetapi gigih memasak, kagum sy!
BalasPadamAduhaiiii walaupun sardin nampak tek hensem tetap peberet dengan terung masak kicap tu. hish hsih hish mengoda sungguh ni
BalasPadamwalaupun peti ais rumah orang bujang tapi ada macam-macam dalamnya kak
BalasPadam