Pages

Sabtu, 11 Mac 2023

Jom Melawat Rumah Semut

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom melawat Rumah Semut di Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran,  Sabah. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin. Bermula dari pukul 0900 hingga 0430 petang. Tiket untuk dewasa RM15 dan untuk kanak-kanak RM10.
Nampaknya selepas naik kuda di Sabandar Cowboy Town, Firdaus jumpa semut gergasi pula di Kampung Kindu.

Ada dua ekor replika semut gergasi terletak di kiri dan kanan jalan masuk ke Rumah Semut.


Hari Isnin tidak boleh melawat Rumah Semut, sebab tempat ditutup.
Jom daki tangga untuk naik ke Rumat Semut bawah tanah.




Selamat datang ke Borneo Ant House.

Suasana di dalam Rumah Semut bawah tanah. Banyak arca semut di sini. 

Sebelum sampai ke makmal semut, kami melewati laluan pameran kebudayaan entik Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh.




Galeri pedang, termasuk senjata dari zaman pemburu kepala.


Kehidupan tradisi masyarakat tempatan.




Keluar dari bawah tanah, kami terus ke Makmal Semut!




Cara melihat semut dengan menghidupkan lampu suluh telefon.


Firdaus dan Encik Suami leka di dalam Makmal Semut!



Di luar Makmal Semut, ada galeri berkaitan hidupan serangga lain.


Encik Suami dan Firdaus terpandang arah Canopy Walk.


Terjumpa replika seekor semut gergasi.

Hati-hati dengan monyet dan ular ketika meniti jambatan gantung. 

Jangan lompat dan jangan berlari di atas jambatan gantung!

Firdaus tidak sabar untuk meniti jambatan gantung dari pokok gaharu ke pokok mangga setinggi 75 meter.








Encik Suami terus meniti jambatan gantung hingga ke atas. 

Firdaus patah balik. 

Memang seronok sangatlah budak ini!

Hero!

Rumah Tradisi



Ada pokok lemak manis sedang berbuah!



Inilah  buah lemak manis!



Kedai cendera kenangan.

Boleh berzipline jika berkesempatan.

Boleh juga sewa bajau tradisional di sini untuk bergambar.


Kami singgah di kafe untuk basahkan tekak.
Wokey! Hari sudah menjelang petang. Perut pun sudah lapar. Kita tinggalkan Rumah Semut ya sayang Mommy!

3 ulasan:

  1. Belum pernah lagi sy pergi mana2 tempat seumpama rumah semut ni, Kak Amie. Seronok Daus, banyak boleh cerita dgn kawan2 naik sekolah nanti, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngamlah itu, dengan mulut becoknya hahahaaa.

      Padam
  2. Manarik la rumah semut tu..
    Serangga yang selalu dikaitkan dengan kerajinan dan kesepakatan...
    Rumah tradisi tu nostalgianya

    BalasPadam