Pages

Khamis, 30 Mac 2023

Sambal Ikan Belais

Bismillahirrahmanirrahim.
Buka puasa apa hari ini?
Amie masak nasi, buat sambal ikan belais dan sayur lemak macam-macam bahan! Bekalan sayur sudah habis, jadi selongkarlah peti sejuk dan jumpa lebihan kobis, lobak merah, sawi dan udang. Cari bahan tambahan lain, terjumpa suhun dan fucuk tauhu dalam kabinet dapur. Apabila siap semua bahan, tiba-tiba teringat tidak ada santan kotak. Selongkar lagi peti sejuk dan terjumpa seketul kelapa parut beku. Ok. Siaplah masak lemak sayur bercampur-campur. Banyaklah pula hasilnya. Tidak mengapa. Bakinya boleh disimpan dan panaskan semula buat lauk sahur esok pagi.

Ikan belaisnya pula, sebenarnya bekalan yang dibawa dari Penampang. Amie sangka tujuh ekor sahaja dan sudah habis dimasak. Rupanya, ada lagi sebungkus berisi tujuh ekor ikan juga! Maklumlah ikan-ikan yang Abang Aznan berikan kami, semuanya Encik Suami yang urus sampailah masuk dalam freezer. Kita pun tak perasan berapa banyak dan berapa jenis. Kalau hendak masak, main tarik-tarik keluar sahaja bungkusan ikan. Mana yang keluar itulah yang dimasak.

Amie selalu kongsikan gambar ikan belais. Gambar di bawah ini merupakan salah satu jenis ikan belais. Sama seperti keluarga ikan kembung, udang, sotong dan banyaklah keturunan sanak saudara sepupu sepapatnya. Rupanya seakan sama, tapi ada bezanya. Misalnya kepalanya benjol sedikit, atau lonjong, ekornya warna begitu dan begini. Siripnya panjang pendek dan sebagainya.

Ikan Belais.


Amie gunakan tiga ekor ikan belais untuk dimasak sambal. Setiap seekor dikerat dua. Waktu berbuka puasa tadi, setiap seorang hanya makan sepotong. Ada lebihan tiga potong lagi dan bolehlah dijadikan lauk makan sahur nanti. Bulan puasa begini kira senanglah juga kerja masak-memasak. Waktu berbuka boleh masak lebih, dan bakinya dipanaskan semula untuk sahur. Jimat masa. Jimat tenaga. Dan jimat belanja.

Resipi masak Sambal Ikan Belais ini sama sahaja seperti masak sambal yang lain. Cuma, Amie ikut gaya MIL. Di akhir masakan, perahkan jus limau nipis. Tak perlu gunakan asam jawa atau asam keping.

Resipi sambal ikan gaya MIL ada di sini: SAMBAL IKAN GELEK

Jus limau nipis, bahan wajib MIL gunakan kalau masak sambal ikan.


Ini dia masak sayur lemak bercampur-campur. Sedikit-sedikit ditokok tambah, apabila siap masak penuh semangkuk!

Dan minuman kami : Lo Han Kuo Panas & Sejuk.

Encik Suami dan Firdaus minum Lo Han Kuo sejuk. Kita suka minum panas. Sedap rasanya lemak-lemak manis. Lepas minum badan berpeluh-peluh. Rasa sihat dan lebih bertenaga!

10 ulasan:

  1. Meriah isi sayur masak lemak. Sesuai sangat dengan sambal ikan.

    Gara2 tengok minuman kak Amie, semalam saya beli minuman Lai Chi Kang di bazar 😀

    BalasPadam
  2. Kalau kt sini masak lemak campur² mcm tu org ckp masak lemak rampai... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo...iya kan. Ada bunga rampai. Ada acar rampai. Semuanya campur-campur.

      Padam
  3. tak pernah jumpa ikan tu kat pasar kak... tp nampak isinya tebal... mesti sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ikan ini jarang ada di perairan Malaya Dana.

      Padam
  4. Baru nak cakap banyaknya 6 potong ikan blais sekali masak.Rupanya memang sengaja masak banyak yer cikgu..
    Puasa tahun ini macam kebanyakan mak-mak kembali memasak berbanding membeli makanan siap ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mama Cella.
      Masak sekali harung. Bangun sahur hanya panaskan saja.

      Padam