Pages

Khamis, 30 Mac 2023

Rokok Daun Nipah dan Suntil

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila terpandang daun nipah kering bergulung-gulung kemas dalam ikatan, teringat rokok daun yang arwah Ayahanda pernah hisap zaman dahulu. Kita tukang beli daun rokok, tembakau dan cengkih di kedai. Kalau bulan puasa, sementara menunggu waktu berbuka, arwah Ayahanda akan gunting nipis-nipis cengkih, bubuh tembakau di atas daun nipah dan beri inti hirisan cengkih. Kemudian digulung-gulung dan disusun kemas dalam kotak.

Itu cerita dulu, cerita abad ke-20.

Hari ini Amie kongsikan apa yang Amie lihat di Tamu Kota Belud. Selain rokok daun nipah, masyarakat di sini masih mengamalkan 'suntil'. Suntil ialah hirisan daun tembakau kering yang dibentuk bulat sebesar ibu jari (ikut saiz yang digemari), kemudian diletakkan di sudut kiri atau kanan mulut. Atau ada juga yang letakkan di tengah-tengah mulut dan tertonjol keluar. Biasanya yang menyuntil ini kaum wanita.

Daun nipah pembalut rokok dan tembakau.

Daun nipah dengan tembakau dan mancis.




Tembakau dikatakan mengandungi nikotin yang tinggi dan apabila sudah mula menyuntil memang sudah jadi kebiasaan atau ketagihan.


6 ulasan:

  1. Wah...nostalgic rokok daun dan tembakau suntil tu.Suntil tu tempat saya dipanggil "soget".
    Saya suka bau tembakau terutama tembakau cap nanas yang diisi dalam " celepa".Tembakau tu biasanya orang berada ja beli isi dalam paip
    ( bukan paip air 🤣) taktau selain paip apa nama dia menda alah tu🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun panggil paip juga.
      Memang selalu tengok dulu-dulu ada di antara orang kampung gunakan paip untuk merokok.

      Padam
  2. Ni yang dipanggil 'menyongel' 😁
    Dah lama tak nampak orang menyongel zaman sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohooo... macam-macam panggilannya ye. Menyuntil Menyoget. Menyongel! Mewah betul bahasa kita ye Ujie.

      Padam
  3. lama dh x tgk orang² tua 'bersugi' (menyongel) masa di kenduri.. ye la skrg kenduri pun dah duduk bawah kanopi... sampai je terus mkn... kalau dulu kenduri kena duduk dulu dlm rumah pengantin, nnt tgu giliran org panggil mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... yang Sarawak bersugi pula ye Mira.
      Dulu selalu nampak wanita menyuntil, tapi sekarang agak jarang pula.

      Padam