Bismillahrrahmanirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dalam sembang-sembang berbuka puasa.
Hari ini hujan lagi. Cuaca sejuk dan gelap sampai ke petang.
Rasa hendak tidur saja sepanjang hari. Teringat janji dengan Firdaus untuk masak nasi ayam buat buka puasa, terus bingkas bangun bergerak ke dapur.
Pada mulanya Amie tak mahu masak nasi ayam memandangkan sukarnya untuk dapat bekalan ayam. Setiap kali beli ayam, Encik Suami bawa pulang saiz yang kecil. Rasanya pun tidak seperti ayam biasa. Mungkin masih terlalu muda atau masih kategori anak ayam. Itu yang malas hendak masak nasi ayam. Encik Suami kata, nanti dia cari ayam saiz besar sedikit. Kalau begitu, Amie pun setujulah hendak masak nasi ayam.
Amie masak nasi ayam, tetapi ayamnya Amie panggang dalam air fryer. Resipinya boleh lihat di sini: NASI AYAM PANGGANG. Cuma bezanya kali ini selepas keluarkan ayam panggang dari air fryer Amie sapukan madu yang dicampur dengan kicap. Itu yang nampaka lebih gelap. Nasinya pula lebih kuning sebab Amie bubuh secubit serbuk kunyit.
Nasi ayam siap 15 minit sebelum berbuka puasa. Sayangnya gambar nampak gelap di sana-sini. Biasanya kalau bulan puasa cuaca sentiasa panas, tetapi kali ini asyik hujan pula. Sekejap panas, sekejap hujan.
Set Nasi Ayam Panggang Madu. |
Ayam Panggang Madu - sapu madu dan campur kicap manis selepas dikeluarkan dari air fryer. |
Dua liter jus oren campur lobak merah. |
Bulan puasa kali ini memang selalulah kena sediakan jus oren campur lobak merah atas permintaan Firdaus. Ikutkan hati hendak selalu minum jus tembikai, tapi jus oren campur lobak merah pun sedap juga. Cantik warna jus oren campur tembikai apabila digandingkan kedua-duanya. Amie sediakan leboh awal dan simpan dalam freezer supaya menjadi sejuk. Jadi, apabila hendak minum tidak perlu tambah ais batu.
Hari ini sengaja masak nasi lebih sebab tahu semua sukakan nasi ayam. Bolehlah menambah nasi. Walaupun resipi nasi ayam biasa, tapi melihat Encik Suami dan Firdaus makan penuh berselera, hilanglah penat memasak di dapur seorang diri.
Di bawah ini gambar Nasi Ayam Panggang versi tak bubuh madu : NASI AYAM PANGGANG.
Cantik warna jus oren+lobak tu.. teringin pulak nak cuba buat.
BalasPadamYa, warna lobak merah tu yang naikkan seri jus oren.
Padamaduh sedap betul menengok ayam tu kak, dengan air sebalang besar tu aduh seger
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki berbuka puasa di kala mendung sepanjang hari.
Cantiknya jus oren + lobak.
BalasPadamCikgu guna blender ke juice maker?
Nampak pekat elok
Saya guna blender kemudian tapis.
PadamLapar kita tengok nasi ayam dia.
BalasPadamNasi ayam koboi jew SK.
PadamSedap, saya tengok. Hidangan lengkap, nasi ayam panggang.
BalasPadamTerima kasih Nur.
Padamnampak sedap sungguh ayam panggang tu!
BalasPadamTerima kasih Ciksun.
Padam