Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu arwah Kak Ros berada di CCU Hospital Sungai Buluh, kami setiap hari datang melawat pada waktu tengah hari dan petang. Kadang-kadang Amie datang berkereta dengan Abang Farid dan Aseeyah, dan kadang-kadang tumpang kereta Kak Aton. Pada hari Ahad, 22 Januari 2023 Kak Aton ambil Amie di kampung. Abang Farid dan Aseeyah ikut sekali. Setelah tamat masa lawatan pada pukul 2:30 petang, kami ke AEON Metro Prima, Kepong untuk makan tengahari. Kali ini ikutkan selera Abang Farid yang hendak makan di Chicken Rice Shop.
Bagus juga idea Abang Farid untuk makan di sini kerana Amie dapat berkenalan dengan robot waiter (robot penghantar makanan). Maklumlah Amie banyak sangat ketinggalan info dan aplikasi pelbagai benda baharu semenjak dua menjak ini!
|
Robot Waiter |
|
Abang Farid & Aseeyah memilih menu kegemaran. |
Kak Aton cadangkan ambil Family Set, tetapi Abang Farid & Aseeyah tidak gemarkan sayur dan tauhu. Jadi, masing-masing memilih lauk kegemaran sendiri secara ala carte. Kak Aton suka Honey BBQ Chicken, Abang Farid memesan Crispy Roast Chicken dan Amie lebih tertarik dengan Hainanese Steam Chicken. Aseeyah pula lebih suka mi.
|
Pilihan citarasa yang berbeza. |
|
Robot Waiter |
Seperti biasa, pesanan makanan menggunakan QR Code. Dan itu memang kerja Abang Farid. Sementara menunggu hidangan tiba, berulang kali terpandang robot penghantar makanan bergerak ke meja pelanggan. Memang pernah melihat di dalam you tube dan televisyen, tetapi ini merupakan kali pertama mengalaminya.
|
Robot Waiter : Meja 41 |
Sekarang robot waiter menghampiri meja kami : Meja 41.Wah! Memang bijak betul robot waiter ini. Penghantaran tepat ke meja pelanggan. Kami hanya menunggu makanan tiba selama 10 minit sahaja setelah membuat pesanan dan pembayaran.
Nampaknya semua makanan yang kami pesan datang sekaligus, tiga tingkat!
|
Kami pun terus angkat dari rak dan letak atas meja. |
|
Kak Aton suka makan kerabu mangga, tetapi Abang Farid yang banyak meratah. |
|
Sup... tak ingat isi apa. |
|
Amie : Pie Tee |
|
Abang Farid : Crispy Roast Chicken |
Selesai makan, kami kembali semula ke hospital untuk lawatan sebelah petang pada pukul 4:30 hingga 7:00 malam.
Pertama kali saya dilayan oleh robot waiter ni semasa makan di kedai mamak di KL 😄
BalasPadamComel jew robot waiter kan Ujie.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSemua sedap.
BalasPadamSuka sangat pie tee TCRS 🤤
Kalau boleh saya nak ratah pie tee jew... memang sedap kan Faizah.
PadamHihi.. kita selalu teruja dengan robot ni, hehe.
BalasPadamBijak budak ni kan SK.
PadamSelera lain-lain banyak pesan an tapi baguslah robot hantar sekali terus semua.
BalasPadamGunakan robot waiter banyak jimatkan tenaga pekerja, jimat masa juga.
Padam