Pages

Jumaat, 13 Januari 2023

Classy Al-Andalus Suites @ Andalus Classy Hotel @ Royal Al-Andalus

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 28 Disember 2022
Hari: Rabu
Hari pertama berada di bumi Madinah.
Dalam catatan seterusnya, Amie hanya gunakan waktu tempatan (Arab Saudi) sahaja. Hanya perlu tambah lima jam untuk mengetahui waktu di negara sendiri. Umpamanya, sewaktu daftar masuk hotel pada pukul dua pagi, bermakna di negara kita sudah pukul tujuh pagi.

Classy Al-Andalus Suites


Selepas mendapat kunci, jemaah masuk ke bilik masing-masing. Kami ditempatkan di tingkat sembilan, bilik nombor 920. Jom masuk bilik.

Suasana ruang rehat di luar bilik.


Turut dilengkapi dengan dapur, cerek dan sinki. 

Boleh masak air, masak mi segera pun boleh!

Bilik 920 di sebelah kanan.

Kami memilih pakej dua katil, tetapi dapat tiga katil.

Ruangannya agak terhad, tetapi memadailah dijadikan tempat berehat, bersihkan diri dan menukar pakaian. Kalau hendak solat memang sangat sempit, dan terpaksa rapatkan semua katil.


Bilik air.

Tercari-cari tuala, tetapi tidak ada. Mungkin belum sempat disediakan oleh pekerja hotel.

Di hujung almari ini ada peti sejuk! Itulah yang kita cari!

Sekarang sudah boleh berangan, siang nanti akan beli pelbagai jenis jus buah dan simpan di dalam peti sejuk mini ini.


Pesan mutawif:
  • Aktiviti solat subuh bersama-sama di Masjid Nabawi.
    - Berkumpul di lobi hotel pada pukul 5:00 pagi.
  • Program lawatan ziarah di sekitar Masjid Nabawi
    - Berkumpul di lobi hotel pukul 7:30 pagi selepas sarapan.
Alhamdulillah, dapat luruskan pinggang walau hanya seketika! Rasanya lelap mata tidak sampai satu jam kerana perlu bersiap untuk ke Masjid Nabawi.

Perjalanan jauh dari Kota Kinabalu - Brunei - Jeddah - Madinah yang mengambil masa hampir 17 jam memang sangat melelahkan. Itu belum termasuk waktu menunggu di lapangan terbang dan sebagainya. Tolak campur dari lapor diri pukul 5:00 pagi 27 Disember 2022 di Airport Kota Kinabalu sehingga daftar masuk hotel di Madinah pada 28 Disember 2022 kami sudah menempuh masa selama 22 jam!

Dahulu (Umrah 2014), Amie terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA (dua jam setengah) dan menaiki pesawat Saudi Airlines ke Jeddah selama lapan jam, dan terus ke Mekah. Tolak campur sama saja 10 jam setengah penerbangan Brunei ke Jeddah. Kali ini walaupun sudah sampai ke Jeddah, tetapi kami sambung perjalanan darat ke Madinah dahulu. In syaa Allah, ada pelbagai hikmah di sebaliknya. Terus ke Mekah atau terus ke Madinah, kedua-dua tempat ini adalah Tanah Haram!

Ya Allah Ya Rahim!
Tidaklah kami menempuh perjalanan jauh ini untuk perkara yang sia-sia, melainkan kerana-Mu dan kerana kekasih-Mu, junjungan mulia Muhammad SAW. Permudahkanlah segala urusan kami sepanjang berada di tanah suci-Mu ya Allah.

19 ulasan:

  1. Seronoknya bila baca cerita umrah ni....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, nampak selesa hotelnya.
    Moga perjalanan yang melelahkan itu Allah ganjarkan dengan umrah yang mabrur.

    BalasPadam
  3. Menarik hotelnya.. Selamat mengerjakan umrah

    BalasPadam
  4. kakak aida, terus ke Mekah.
    then balik sini dari Madinah, 5 januari lepas.
    kakak kerap share dgn kami video ketika dia ada di sana.
    aduhai :) seronoknya lah.
    feel nya tak sama ek mcm holiday tempat lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga kakak Aida mendapat umrah yang mabrur.
      Ya, memang beza umrah ziarah berbanding travel tempat lain.

      Padam
  5. hotelnya kelihatan bersih dan nyaman kak amy...selalu kangen mbul dengan post post akak saat off ke tanah suci kemarin. Alhamdulilah sekarang sudah kembali ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bertemu kembali Mbul sayang.
      Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke tanah air.

      Padam
  6. Luar bilik nampak selesa.
    Leganya masuk dalam bilik dan dapat luruskan kaki!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Setelah berbelas jam kaki duduk tergantung di kerusi hihihiii.

      Padam
  7. mula2 tengok gambar tak baca caption ammi terfikir..wah bestnya bilik siap ada sofa bagai sbb bilik ammi dulu kecik je. rupanya itu ruang rehat diluar bilik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Ammi, kiranya suites ini bilik di bahagian dalam dan luarnya ada sofa dan tempat rehat. Sesuai sangat untuk keluarga besar, jadi boleh selalu kumpul ramai-ramai di ruang rehat.

      Padam
  8. Kalau kiblat nya lurus dgn pintu, tidaklah sempit utk solat, kan. Tapi nampak selesa, cuma mungkin kena mengelak jika bertembung dgn teman sebilik, hihi. Tuala mana tuala, tak sampai2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiblatnya hala lurus katil.
      Tuala...oh! Tuala.....

      Padam
  9. Seronoknya tenguk hotelnya. Wah seronok tu kalau lepak2 luar bilik setelah selesai ibadahnya. Sambil ngopi.

    BalasPadam
  10. Hari tu sempat baca catatan ni tapi takdan nak komen...mata berpinar kepala berdenyut migrain..
    Ni baru dapat baca semula

    BalasPadam