Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke Ipoh, kita tidur saja. Firdaus pun tidur sama. Fuad pun sekali-sekali kepalanya tersengguk-sengguk. Kita siap pesan, sampai di Ipoh nanti singgah di Padang Polo. Ustaz Za Fauzan sudah berpesan supaya cari Laksa Ipoh.
Melihat pelanggan berbaris hendak membeli Laksa Ipoh, kita tak fikir panjang! Tak jadilah nak beli. Rasa nak cepat-cepat sampai rumah dan berehat. Biarlah tak dapat makan Laksa Ipoh daripada berbaris menunggu.
Kami tidaklah pulang ke Seri Iskandar dengan tangan kosong. Sempat juga beli nasi lemak. Yang lucunya, nasi lemak hanya tinggal lima bungkus, dan kami beli semua. Senang hati penjual nasi lemak kerana jualannya habis!
Terjumpa Putu Perak Zul. Ada dua jenis iaitu Putu Perak Zul Kelapa dan Putu Perak Zul Gula Melaka. Kita beli kedua-duanya.
Putu Perak Zul Gula Melaka 5 Ketul : RM4.00 |
Putu Perak Zul Kelapa 5 Keping : RM3.50. |
Sampai Seri Iskandar, Abang Farid minta khidmat abang angkatnya, Foodpanda hantar McDonalds.
Nampak lapar sungguh Fuad! |
Tak dapat Laksa Ipoh, makana nasi lemak dan putu kelapa serta putu gula merah pun ok! Nampaknya kena datang ke Ipoh lagi suatu hari nanti sebab belum dapat makan di Canning Dim Sum dan belum merasa Laksa Ipoh.
Cantiknya putu perak tu, nampak sedap pulak tu 😍
BalasPadamPutu Perak memang sedap, saya lebih suka yang gula merah, biasa beli di pasar Sabtu Bota Kanan. Saya pun dah lama tak rasa laksa padang Polo, sebab dia petang baru ada. Lagi pun, jenuh cari parking, penuh sesaja, dengan orang riadah di situ.
BalasPadamLaksa di Perak katanya dibuat daripada tepung gandum berbanding laksa biasa buat daripada tepung beras(taktau la laksa Ipoh ni tepung gandum @ tepung beras)
BalasPadamPutu Perak tu saya suka inti kelapa putih masin berbanding kelapa manis.Cikgu suka yang mana?
kalau dah penat, memang tak rasa nak beratur panjang kan. baik lah cari makanan lain yang ada..
BalasPadam