Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa sekejap sangat berada di Seri Iskandar. Tiba-tiba pagi Rabu berangkat pula ke Kuala Lumpur. Seawal pukul tujuh pagi kami bergerak keluar meninggalkan rumah sewa Abang Farid. Kelamrin, sewaktu kami meronda ke Cameron Highlands, Abang Farid dan Aseeyah tidak ikut. Hari ini kedua-duanya ikut serta kerna pada sebelah malamnya kami akan terbang pulang ke Kota Kinabalu.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Perak (NLP) di Tronoh. Seronok sangatlah kita melihat ada menu kampung terutamanya Lempeng Pisang. Serta-merta teringat Mama Cella yang sinonim sangat dengan menu kampung yang penuh nostalgia! Mama Cella! Mari kita sarapan Lempeng Pisang. Nak ajak orang Tanah Jauhar, dia tu suka makan lempeng cair! Ajak mambangnya sajalah..... ahaks!
Lempeng Pisang (Inti Kelapa) |
Memang NLP menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bersarapan. Walaupun kami datang awal, tempat letak kereta sudah penuh!
Ini antara menu yang kami pilih, Amie, Encik Suami dan Fuad.
Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus masih berpusing keliling gerai memilih sarapan masing-masing.
Fuad : Nasi Lemak Ayam Goreng & Telur Mata |
Amie(sesiapa boleh makan) : Bubur Nasi Telur Separuh Masak |
Amie : Garlic Bread & Mushroom Soup |
Lempeng Pisang Inti Kelapa ini kecil saja saiznya. Nak pelawa Mama Cella makan pun tak cukup...ahaks! |
Pagi-pagi menyantap laksa! |
Firdaus pun makan nasi lemak juga. |
Rupanya Encik Suami menunggu roti canai!
Agak lama juga roti canainya sampai.
Setelah isi perut, kami meneruskan perjalanan. Tak tahulah ikut jalan mana, jalan kampung atau lebuh raya sebab kita tertidur. Biasanya kalau Encik Suami memandu, kita yang duduk di sebelahnya tidak tidur. Jalan-jalan kali ini Fuad duduk sebelah Encik Suami sebab mereka boleh tukar-tukar memandu. Kita duduk di belakang. Sedar-sedar kiri kanan kelihatan sawah padi menghijau luas terbentang saujana mata memandang!
Teluk Intan, Perak (Maklumat dari butiran lokasi HP). |
Wah....ngiler semua menu sarapannya Cikgu!
BalasPadamLempeng tu cikgu makan lah dulu,takut balik LD terkenang2 pula.Nanti kalau ada rezeki saya menyusul .Saya belum pernah sampai Tronoh.Dulu hanya dengar pernah dengar nama Tronoh ketika siaran radio menyampaikan waktu berbuka puasa seluruh Malaysia..memori terpanggil
kalau syu pon mesti akan pilih nasi lemak juga.. hehe
BalasPadamAgaknya ada dua driver tu yang kak Amie boleh lena. Tambah pulak perut kenyang
BalasPadam