Bismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan cari penat diteruskan dalam cuaca yang sejuk, basah dan sesak dengan pengunjung! Kami mencari oleh-oleh yang berkenan di hati untuk dibawa pulang, dan untuk Bonda. Rasanya lebih banyak beli buah sahaja terutamanya strawberry. Tak tahulah mahal atau murah. Kalau harga RM20, saiz besar katanya rasanya manis. Kami beli saiz besar dan saiz sederhana.
Sambil jalan-jalan, sambil tangkap gambar dan sambil mengharapkan cepatlah hujan reda.
Kami ke tempat petik strawberi sendiri tetapi tidak dapat masuk kerana katanya sekarang tidak banyak buah strawberi masak. Tentu Firdaus rasa seronok dapat pengalaman memetik buah strawberi. Tak ada rezekilah sayang.
Kebun Strawberi. |
Fuad tak mahu makan jagung tongkol, jadi dibelinya jagung biji. |
Singgah beli telur pindang. RM2.00 sebiji. Kita beli 5 biji.
Beli berkotak-kotak teh pelbagai perisa.
Jom kita balik, Daus.
Geram tengok asparagus! Harganya pun buat hati jadi geram juga! Terbayang asparagus tumis belacan.
Keledek Rebus. |
Apabila hujan begini, perut cepat rasa lapar. Nampak keledek rebus pun rasa sedap sangat!
Bebola Keledek Goreng. |
Firdaus beli sendiri Smoky Ice Cream harga RM10.00. Seronok sangatlah dia dapat keluarkan asap dari mulutnya!
Belanja video Firdaus dengan Smoky Ice Cream
Aduh,Daus....ngilu gigi makngah tengok Daus kunyah ais krim macam kunyah kuih ja..berasap-asap mulut yer..!
BalasPadamTengok bebola keledek tu rasa nak pi cari keledek jugak lah...hihihi
nampak segar strawberi dia. manis tak kak amie?
BalasPadambebola keledek goreng tu mesti sedap mkn panas panas..
aida baru ke CH last week.
BalasPadamsejuk! best.
sebekas stroberi dibeli, makan anak-beranak mlm tu jugak.