Pages

Sabtu, 17 Disember 2022

Makan Nasi Arab Kambing Letops di Kuzi Zaraziqri Batu Pahat Mall

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat jamak di Room V@ Jalan Megat, Fuad membawa kami jalan-jalan cari makan di kawasan sekitar. Seboleh-bolehnya kami ingin tidur awal, dan cukup rehat memandangkan hari lusa kami akan menuju ke UTHM. Pendaftaran masuk ibu bapa ke dalam dewan dijadualkan bermula pada pukul 7:30 pagi. Jarak Batu Pahat ke Parit Raja bukanlah dekat, dan tentu akan memakan masa untuk sampai sekiranya berlaku kesesakan jalan raya.

Fuad bawa kami makan di Batu Pahat Mall, Jalan Kluang. Fuad dan Fairuz memilih Nasi Arab Kambing Letops dengan harga RM16.90 sen satu pinggan lengkap dengan lauk. Apabila melihat lauk kambing, teringat janji Fuad yang bersungguh-sungguh untuk bawa kami makan kari kambing 40 hari di Johor sekiranya ada kesempatan! Entahlah. Tempoh empat hari tiga malam di Johor bukan menjanjikan untuk ke sana dan ke mari, sebab keutamaan kami adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen Fuad. Mudah-mudahan semuanya cukup rehat, dan tidak ada yang jatuh sakit akibat letih.

Nasi Arab Kambing Letops.


Bismillah.


Tak pasti apa yang Firdaus, Aseeyah dan Abang Farid makan sebab kami memesan makan dari gerai yang berbeza. 


Encik Suami memang suka sangat makan mi sizzling.


Dan ini hidangan pilihan Amie iaitu Roti Sup Kambing dari Gerai Nasi Arab Kuzi Zaraziqri.


Amie pun terlupa, sama ada Abang Farid atau Fuad yang belikan garlic bread dengan mushroom soup untuk Amie. Maklumlah, kita hanya boleh kunyah makanan yang lembut-lembut sahaja! Sekarang ada dua jenis makanan di hadapan kita, Roti Sup Kambing dan Garlic Bread Mushroom Soup!

Fuad mencicipi Sup Kambing.
Sedapnya!
Bersudu-sudulah sup kambing dihirupnya, dan kemudian ditawarkannya pula kepada Encik Suami dan Fairuz. Melihat Fuad sangat berselera hirup sup kambing, kita biarkan sajalah. Walau pun sedap, bukannya kita boleh kunyah daging kambing hingga hancur! Akhirnya licinlah sup kambing dan isinya!


Kita makan saja roti dengan sup cendawan!


Kenyangkah makan roti dengan sup saja? Bolehlah untuk alas perut.


Melihat anak-anak makan dengan penuh selera, kita pun turut rasa kenyang!

Nasi Arab Kambing Letops.

Selesai makan, Fuad membawa kami menuju ke Parit Raja. Katanya hendak meninjau keadaan jalan raya di sana. Majlis konvokesyen dijalankan selama enam hari bermula pada 03 hingga 08 Disember 2022. Fuad akan menerima ijazahnya pada  hari lusa, Selasa 06 Disember 2022.

23 ulasan:

  1. Alhamdulillah semua anak-anak Puan Amie ada. Itulah seronok makan ramai-ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sikit sama dirasa, banyak dihabiskan bersama anak-anak.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Batu Pahat memang terkenal beryani yang sedap kan..
    Nampak semua berselera menikmati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak makanan sedap di Batu Pahat dan Parit Raja. kami ikut saja ke mana Fuad bawa.

      Padam
  4. Aduh, sempatkah pergi Kari Kambing 40 Hari tu? Jauh jugak jaraknya, tapi jika tiada hal lain, cepat saja sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah zikir Fuad sebelum kami sampai Malaya. Dah sampai JDT pun hari-hari dia zikir nak bawa makan di Yong Peng. Kita ni, taklah mengharap sangat sebab tak mahu terlalu letih ke sana kemari sebelum majlis konvonya.

      Padam
  5. Sedap-sedap tengok hidangan Amie sekeluarga. Tahniah atas konvokesyen Fuad.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap-sedap makanan di sini Nur. Yang tak sedapnya, perut sentiasa penuh dan tak dapat nak isi lebih-lebih.
      Terima kasih ucapan Nur untuk Fuad.

      Padam
  6. sup kambing, beriyani kambing..sedap tu..mi sizzling pun nmpk yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sup kambing tu memang sedap, itu pasal habis anak-anak hirup.

      Padam
  7. wah saya pun belum pernah masuk Batu pahat mall lagi. Aduhaiiii lama tak pi Batu Pahat. Kat Parit Raja pun macam-macam makanannya. Kalau lajak ke air hitam pun best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah konon ceritanya Encik Suami hendak ke Ayer Hitam tapi tak sampai pula.

      Padam
  8. Kari kambing 40 hari tu walaupun nampak kat highway tapi kita orang johor pun belum pernah sampai.....huwaaaaa sebab keluarga tak minat kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah apa agaknya istimewanya kari kambing 40 hari tu.

      Padam
  9. Maknanya 6hb sehari sebelum Dania daftar di UCAM, Kak Amie dah ada kat Johor...SA plak x dan nak check blog masa tu...sibuk uruskan Dania dan uruskan persiapan majlis sendiri, dengan tuntutan kerja lagi...penat betul dibuatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA. Kak Amie terbang dari LD 3hb. Datang awal ke Johor supaya tidak kelam kabut, dan dapat merehatkan diri sebelum hari kejadian.

      Padam
  10. Tahniah Fuad, dah nak konvo tak lama lagi. Bila kat Johor mesti teringat beriyani gam. Kari kambing 40 hari tu famous kan, tapi takde rezeki lagi nak mencuba. Enjoy cuti2 Kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Fuad ajak ke sana, kemari tetapi tak ada rezeki untuk sampai. Maknanya lain kali kena datang lagi.

      Padam
  11. melekat je Firdaus dengan kakak iparnya ye kak, seronok betul kan dapat kumpul ramai-ramai gitu. Gigi masih tak elok jadi makan yang lembut- jelah ye kak janji perut tak kosong berbunyi

    BalasPadam
  12. Sha berjaya sampai dekat Kari kambing 40 hari tu tapi bila melihat lautan manusia yang beratur terus panik.. hehehe.. Cancel terus.. Bolehlah Shatanda tempa makan yang ini sebagai pilihan kedua kalu lajak lagi ke Johor.. tq share kak amie..

    BalasPadam