Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan di Batu Pahat Mall, Fuad bawa kami jalan-jalan ke Parit Raja untuk meninjau keadaan di sana. Memang berlaku kesesakan jalan raya sebelum sampai ke UTHM. Fuad singgah di stesen BHPetrol di Jalan Kluang, Kampung Tunggul Hitam untuk isi minyak. Sempatlah juga kami masuk ke Honey Bee yang cantik di sebelah BHPetrol.
Ice Cream Golden Honey Bee |
Kaunter dan tempat duduknya kemas dan selesa.
Oleh kerana ini merupakan kali pertama berada di sini, Amie minta cadangan daripada pekerja di situ: Mana satukah ais krim yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan? Menurut pekerja di Honey Bee ini, Ice Cream Golden Honey Bee paling disukai pelanggan. Jadi Amie pun memesan satu dengan harga RM12.90 sen. Firdaus pula tidak mahu memesan mana-mana ais krim atau minuman.
Anak-anak yang lain memesan minuman yang mereka gemari.
Madu dalam sarang. |
Beginilah rupa Ice Cream Golden Honey Bee.
Ini pula tiga jenis minuman yang dipesan anak-anak.
Kami tidak menikmatinya di sini, tetapi membawa masuk ke dalam kereta.
Ice Cream Golden Honey Bee |
Ice Cream Golden Honey Bee ini saiznya besar. Memang tidak habislah makan seorang! Dua tiga orang boleh menikmatinya bersama-sama. Kita sekadar merasa sahaja, dan Firdaus yang menghabiskannya!
Manis sangat tak cikgu? Nampak menarik dan sedap
BalasPadamTak manis sangat. Sedang-sedang rasanya, tapi madu tu memang rasa manis.
Padamsedap..creamy & crunchy..
BalasPadamYa sedap, ada cornflakes.
PadamWah kena pi parit raja ni. Dulu selalu pi parit raja cari kerepek dan kuih tradisional johor yang banyak dan murah.
BalasPadamSeronok ulang alik Batu Pahat-Parit Raja. Macam-macam ada.
PadamTak pernah rasaaa tapi teringin nak rasa nanti....nampak menarik..
BalasPadamCari SA, jangan tak cari...kena rasa juga ni. Sedap.
PadamTengok honey comb tu nampak manis.
BalasPadamYa, honey comb tu memang manis.
Padamkalau ada cawangan kat area berdekatan boleh jg sy singgah ;-)
BalasPadamHarap adalah cawangannya nanti.
Padamtak pernah cuba lagi honey bee..
BalasPadamSedap Syu.
PadamPernah sekali cuba mencicip yang anak-anak beli..saya memang pecinta manis memang suka la..
BalasPadamTapi honeycomb tu depa dah habiskan duluš¤
Mulanya saya sangka madu bersarang tu hirisan jagung... hahahahaa memang kena tambah power kaca mata!
PadamDari mula dijual tak pernah dana beli aiskrim ni kak... masa viral dulu tu sentiasa ramai je orang kt kedainya aiskrimnya tu
BalasPadamCantik pula kejadiannya.. Dekat sini tak adapula, kalau tak boleh juga mencuba..
BalasPadam