Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan kami dari Bukit Hjijau ke Batu Pahat sangat lancar. Tempat penginapan yang ditempah berada di No 22, Jalan Megat, Batu Pahat, Johor.
Tugas mencari dan menempah tempat penginapan dibuat oleh Abang Farid. Fuad meminta Abang Farid menempah penginapan di Sri Gading kerana agak berdekatan dengan UTHM. Sayangnya tempat penginapan di sekitar Sri Gading sudah penuh. Pada mulanya Fuad yang mencari tetapi semua homestay di sekitar Parit Raja sudah penuh. Terpaksalah beranjak sedikit luar dari Parit Raja. Abang Farid menempah hotel di Batu Pahat. Dapatlah kami menginap di situ selama 3 malam. Rupanya ramai graduan UTHM yang menginap di situ bersama keluarga. Mungkin mereka senasib dengan kami, tidak dapat tempat bermalam di sekitar Sri Gading.
Room V @ Jalan Megat ini merupakan hotel 2 bintang dan hanya menyediakan keperluan asas sahaja termasuk sterika yang diletakkan di luar bilik untuk kegunaan bersama pengunjung lain.
Tempahan dibuat melalui Booking.com dari 04 hingga 07 Disember dengan bayaran sebanyak RM787.12 untuk 3 bilik.
Room V @ Jalan Megat Sumber: Booking.com |
Setiap bilik disediakan sebuah katil bercadar, dua helai tuala dan dua biji bantal.
TV Skrin Rata |
Ada sebuah meja kecil dan sebuah kerusi. Di bilik Abang Farid dan bilik Fuad, tidak disediakan meja dan kerusi.
Bilik air dengan pemanas air.
Tiada almari disediakan. Hanya tiga penyangkut baju sahaja yang ada.
Dan seperti tempat penginapan sebelumnya, kami hanya berada di sini pada waktu malam sahaja, untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Kebanyakan waktu siang kami gunakan untuk jalan-jalan.
Betul-betul di hadapan hotel kami, Bangunan UMNO tersergam sepi. Mungkinkah ini bangunan pertama semenjak UMNO ditubuhkan? Menurut Fuad, bangunan ini kosong, tidak ada orang di dalamnya. Entah dari mana Fuad dapat maklumat tersebut!
Musim cuti sekolah ni kebanyakan hotel/homestay fully booked kan Kak Amie...
BalasPadamBetul PH.
PadamItu pasal kena booking awal.
Jauh jugak penginapannya dgn UTHM. Kena keluar awal pagi la nampaknya semasa hari konvo tu. Alhamdulillah, semuanya telah selesai, Kak Amie.
BalasPadamMemang jauh SK.
PadamLepas solat subuh, kami terus gerak ke Parit Raja.
Nanti-nanti singgah le cuti-cuti di Melaka pulak..
BalasPadamDalam perjalanan pulang dari Johor ke Selangor, kami bermalam di Melaka.
PadamAsal ada tempat tidur.
BalasPadamYa, dapatlah luuruskan pinggang.
PadamAlhamdulillah..
BalasPadamSelesai sudah pengajian dan majlis konvokesyen Fuad..Dapat kerja yang baik walaupun dalam keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni..
Semoga keluarga Cikgu dilimpahi rahmat Allah..
Alhamdulillah.
PadamSyukur selalu kepada-Nya.Terima kasih doanya.
Selamat datang ke BP
BalasPadamTerima kasih Wak.
Padammusim konvo hotel & homestay semua penuh..Alhamdulillah, dapat bilik yg selesa..
BalasPadamBetul tu. Harga pun tiba-tiba naik.
PadamSyukurlah dapat juga tempat berehat.
Jangan kata kat BP sana homestay penuh...kat NS pun Kak Amie...cuti sekolah dan orang kahwin kan...
BalasPadamBetul tu SA. Kami menginap dua malam di homestay di Negeri Sembilan juga.
Padamnampak bilik dia bersih dan selesa. cukup la untuk berehat dan tidur kan..
BalasPadamYa Syu. Yang penting keperluan asas disediakan.
Padamjauh jugak tu kak dari UTHM tapi di BP memang agak terhad pilihan hotel dan tempat penginapan sebab bukan bandar besar.
BalasPadamBila ada majlis konvo, memang sold out semua homestay dna hotel yang berdekatan dengan U.. Lambat je memang tak dapatlah.. Tapi okaylah hotelnya untuk berehat dan membersihkan diri..
BalasPadamBila ada konvo je, memang sold out homestay dan hotel berdekatan.. Jauh juga penginapan akak tu..
BalasPadam