Pages

Sabtu, 24 Disember 2022

Jumpa Otak-Otak di Lock Luck Charkuetiau Seri Iskandar

Sampai di Seri Iskandar, kami daftar masuk homestay percuma untuk tiga malam di rumah Abang Farid. Inilah kali pertama kami sampai ke rumah sewanya sejak sekian lama. Fuad pula sudah biasa tinggal bersama Abang Farid terutama ketika musim cuti semester.

Ada empat bilik tidur dan dua bilik air di rumah Abang Farid. Eh, macam tulis entri masuk homestay pulak!

Malam pertama di Seri Iskandar, Fuad cadangkan kami makan di Lock Luck Charkuetiau yang terletak di Bandar Universiti, Seri Iskandar.  Katanya lagi, di situ ada otak-otak! Suka sangatlah kita apabila dengar ada otak-otak di Seri Iskandar.

Sampai sahaja di Restoran Lock Luck Charkuetiau, Fuad terus bawa ke gerai otak-otak. Otak-otak di sini dijual dengan harga RM7.00 untuk lima bungkus. Amie beli 15 bungkus. Peniaga otak-otak tanya: Orang Johor ke? 
Ehehehee.... otak-otak memang sinonim dengan orang Johor rupanya!
Dalam hati kita kata: Agaknya dia sangka aku ni orang Johor yang rindukan otak-otak sebab sekali beli terus  15 bungkus!

Otak-Otak


Jom makan otak-otak yang masih panas, baru diangkat dari panggangan. Minumannya pula, jus nanas. Memang padu beb!


Kami juga beli sate di gerai sebelah otak-otak. Eh, sate lagi? Bukankah siang tadi sudah melantak Sate Hut Tanjung Karang? Oh! Itu sate Tanjung Karang. Ini sate Seri Iskandar. Suka hati kamulah anak.

Sate Ayam Seri Iskandar


Firdaus memilih chicken nugget & fries.


Fuad dengan Nasi Goreng Lock Luck.

Cili Jeruk

Boleh ambil seberapa banyak cili jeruk yang diperlukan.


Setelah otak-otak dan sate ayam habis dimakan, barulah sampai segala jenis pesanan kuetiau seperti kuetiau goreng dan charkuetiau.



Ini Kuetiau Goreng kita punya. Ada udang besar dan kerang kecil. Nampak simple sahaja masakannya tapi rasanya sangat sedap dan secukup rasa.



Macam sedap jew Firdaus makan charkuetiau dengan Abang Farid.


Setelah habis chicken nugget dan fries, Firdaus bantu Abang Farid makan. Kuah charkuetiau memang padu! Sedaplah. Pendek kata, yang berkaitan dengan kuetiau memang sedap belaka.


Terakhir sampai ialah Bihun Goreng Encik Suami.


Kita tolong tambahkan cili jeruk dan tolong Encik Suami makan bihun gorengnya.

Apa cerita otak-otak yang 15 bungkus itu? Ibarat kata SK Tanah Jauhar : Otak-otak sudah lama wassalam!

Mulai malam ini dan hari berikutnya, tak perlu fikir untuk buat tempahan dan pindah dari satu homestay ke satu homestay yang lain!

5 ulasan:

  1. Sekali baca macam sebutan "loqlaq" dalam loghat Kedah 😆
    Kuew Tiau goreng dgn cili jeruk confirm sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...nak komen yang sama..tapi PH dah komen...kita follow🤭

      Padam
  2. kalau tempat saya loqlaq tu maksudnya macam sedikit tak senonoh la tapi bukan mencarut.Dia lebih kurang macam kalau makan kalut-kalut sampai tumpah..tu dikatakan " loqlaq"..
    hihihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya "clumsy" lbh sesuai kot nooo ataupun cemerkap

      Padam
  3. firdaus dengan fries/nugget berpisah tiada.. hehe

    BalasPadam