Pages

Ahad, 25 Disember 2022

Greentown Dimsum Cafe Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim. Pada pagi Isnin, kami bergerak dari Seri Iskandar menuju ke Ipoh untuk selesaikan urusan Abang Farid di Hong Leong Bank. Sebelum itu, Abang Farid telah mencadangkan untuk makan di Canning Dim Sum. Rancangan Abang Farid ini disuarakan sebelum kami terbang ke Malaya. Kalau Fuad belanja kami makan di Johor, Abang Farid pula akan belanja kami makan-makan di Perak.

Setibanya kami di Canning Dim Sum Ipoh, pelanggan terlalu ramai! Mereka berbaris menunggu giliran. Apabila Abang Farid bertanya kepada pelayan di situ, katanya kami boleh menunggu setengah jam lagi tetapi tidak dijanjikan dapat dim sum kerana makanan tersebut sudah berkurangan.

Jadinya, kami pun meninggalkan Canning Dim Sum dan selesaikan urusan di Hong Leong Bank pula. Selepas itu  Abang Farid bawa kami ke Greentown Dimsum Cafe pula.

Cerita untuk makan di Canning Dim Sum bersambung pada hari Rabu. Abang Farid hendak bawa kami makan juga di situ. Apabila kami bersiap sedia untuk datang lebih awal pada pagi Rabunya, rupanya pada hari tersebut Canning Dim Sum tutup! Tak apalah Abang Farid. Ada rezeki lain, nanti kita datang ke situ. Dapat makan di Greentown Dimsum Cafe pun sudah cukup syukur walaupun di situ pun terpaksa bersesak berebut tempat tetapi tidaklah kami sampai berbaris. Kebetulan sewaktu kami sampai, ada sekeluarga pelanggan yang bangun tinggalkan meja. Selepas kami duduk, pelanggan lain dengan sabar berbaris menunggu giliran.

Greentown Dimsum Cafe



Banyak jugalah pilihan dimsum di sini.


Selain dimsum, banyak pilihan makanan lain di sini.

Fuad : BBQ Chicken Noodle (Dry)

Amie : Chicken Glutinous Rice


Amie: Jiau Zi (Soup)

Amie : Deep Fried Radish Cake

Chrysanthemum


Aseeyah : Clay Pot Chicken & Egg Rice

Encik Suami & Ustaz Za Fauzan : 2 Kampung Fried Chicken

Abang Farid : Sweet & Sour Chicken Rice

Firdaus : Milky Chicken Rice


Kami sudah berjanji akan menziarahi Ustaz Za Fauzan, bekas rakan sekerja di LD. Rupanya Ustaz  Za Fauzan terpaksa gantikan rakannya untuk kendalikan kelas tambahan sehingga pukul 12 tengah hari. Sewaktu kami sedang menjamu selera, datanglah Ustaz Za Fauzan mencari kami di Greentown Dimsum Cafe. Di bawanya oleh-oleh dua biji buah limau bali yang manis untuk kami! Terima kasih dik.

Kami sambung makan bersama Ustaz Za Fauzan.

Fried Spring Roll.

Fried Beancurd Roll

Kami tertunggu-tunggu dimsum yang Abang Farid pesan. Lama jugalah menantinya, dengan memikirkan lama pula dimsum dikukus! Apabila kami bertanya semula kepada Abang Farid, mana dimsum yang dipesan? Jawab Abang Farid:

Saya tengok semua sudah order makanan masing-masing.

Jadi?

Saya sangka semua orang tak mahu makan dim sum. Jadi saya tak order dimsum.

Allahu Akbar!

Encik Suami tepuk dahi!

Sekarang semua sudah kenyang makan makanan masing-masing. Alang-alang sudah sampai sini, baiklah kita buat pesanan lagi. Jadinya, Abang Farid buat pesanan tambahan sedikit dimsum. Bukankah tujuan datang ke sini untuk makan dimsum? 

Antara pesanan tambahan:

  • Dim Sum Set 04
  • Prawn Dumpling
  • Xiang Xi Dumpling
  • Dim Sum Set 01
  • Juicy Bun (Salted Egg + Butter)






Total Quantity : 24
Total : RM187.50
Tiada Serv Chg dan SST



Rezeki jalan-jalan di Ipoh. Selesaikan urusan Abang Farid. Dapat makan di Greentown Dimsum Cafe dan dapat jumpa Ustaz Za Fauzan. Petang itu kami gerak balik ke Seri Iskandar. 
Tiba-tiba kita teringin makan masakan dari dapur di rumah.
Kita tanya Encik Suami: Bolehkah beli sardin dan telur? Sedapnya kalau dapat makan nasi panas lauk sardin dan telur dadar!

Fuad mencelah: Nanti sampai Seri Iskandar saya pergi beli.

3 ulasan:

  1. bbq chicken noodle tu nampak sedap kak!

    BalasPadam
  2. Hihihi..
    Alhamdulillah...
    Nasib baik dapat juga makan dim sum akhirnya walaupun dah kenyang.Kalau tidak balik pun teringat-ingat...

    BalasPadam
  3. memang sedap dim sum di ipoh. dulu ke ipoh semata-mata nak makan dim sum je..

    BalasPadam