Pages

Sabtu, 24 Disember 2022

Satay Hut Tanjung Karang RM2.90 Sen Secucuk

Selepas basahkan tekak dengan Cendol Durian Borhan, kami teruskan perjalanan dan singgah pula di Satay Hut Tanjung Karang. Kali ini Encik Suami yang meracun Fuad. Katanya, hanya Fuad seorang yang belum pernah makan sate saiz besar di Satay Hut Tanjung Karang, kerana sebelum ini kami semua termasuk Aseeyah sudah dua kali makan di sini.

Satay Hut Tanjung Karang


Kami sampai tepat pukul tiga petang, bertepatan waktu Sayat Hut dibuka. Namun begitu, perkarangan Satay Hut sudah dipenuhi kenderaan pelanggan! Syukurlah, kereta kami dapat juga menyelit di tepi jalan.

Satay Hut, sate ayam saiz besar.

Kami memilih sate saiz besar. Terlupa pula, berapa anggaran untuk kenyang satu perut! Amie tanya, kalau 20 cucuk boleh kenyangkah lima orang? Kata pekerja di situ: Lebih dari cukup! Kalau begitu kami minta 20 cucuk dengan nasi himpit sekali.


20 cucuk sate ayam saiz besar dengan empat bungkus nasi himpit.

RM2.90 satu cucuk sate ayam.

Bismillah.

Komen Fuad : Kuah sate paling sedap pernah dirasa. Pergghhh!!!


Kita hanya mampu makan dua cucuk sate dengan satu bungkus nasi himpit. Kenyang!

Firdaus dengan kentang gorengnya.

Abang Farid dengan Air Limau Panas.

Total: RM75.90

Catatan: Makan sate ayam di Satay Hut Tanjung Karang, kuahnya memang sangat sedap! Sedap! Sangat setuju dengan komen Fuad yang pertama kali makan di sini.



2 ulasan:

  1. Wow...nampak dalam gambar pun besar berbanding mangkuk kuah sate tu..Berbaloi saiznya dengan harga
    Daus suka betul dengan fries ..Dia tak minat sate yer..hihihi

    BalasPadam
  2. sedapnya sate di satay hut. teringat makan di sini masa buat attachment posting di hosp tg karang dulu..

    BalasPadam