Bismillahirrahmanirrahim.
Barangkali masih keletihan, janji untuk turun ke lobi hotel pada pukul lapan pagi berganjak ke pukul 10 pagi! Pada mulanya Fuad mencadangkan supaya kami ke Yong Peng. Fuad hendak belanja makan kari kambing 40 hari! Namun begitu, masing-masing hendak sarapan sahaja.
Barangkali masih keletihan, janji untuk turun ke lobi hotel pada pukul lapan pagi berganjak ke pukul 10 pagi! Pada mulanya Fuad mencadangkan supaya kami ke Yong Peng. Fuad hendak belanja makan kari kambing 40 hari! Namun begitu, masing-masing hendak sarapan sahaja.
Fuad memandu ke arah Parit Raja untuk mencari tempat sarapan. Barangkali sudah terbiasa dengan tempat tersebut, walaupun agak jauh dari Batu Pahat, ke situ jugalah dibawanya kami untuk bersarapan!
Kereta masuk ke arah kampung. Ada sebuah tempat makan di kawasan kampung (rujuk lokasi dalam gambar HP) beralamat di: 27, Lorong Kenanga. Kampung Parit Jelutong, 86400 Parit Raja, Johor.
Sewaktu kami tiba, jam sudah menunjukkan angka 11 pagi. Banyak kereta bersusun di sebelah parit di tepi jalan, dan sebahagiannya terletak bersebelahan kafe. Ramai pelanggan memenuhi meja kerusi sedang menikmati hidangan masing-masing. Menurut Fuad, kafe ini dibuka pada pukul tujuh pagi dan ditutup pada pukul 12 tengah hari.
Cafe Santai Delicious Parit Jelutong |
Wajah-wajah kesayangan hamba. |
Tiada apa yang paling menggembirakan dan rasa syukur kepada-Nya, kerana di saat ini sentiasa dapat melihat anak-anak berada di sisi. Menyaksikan gelagat anak-anak saling mencicipi makanan, berkongsi rasa dan bergurau senda adalah satu nikmat kebahagiaan yang tiada tandingnya.
Seperti biasa, Encik Suami akan memesan kopi pekat.
Encik Suami memesan kuetiau goreng cina. Banyak makanan tradisional di kafe ini. Ada soto, lontong goreng dan sebagainya. Selalu asyik melihat sahaja SK TANAH JAUHAR sarapan lontong. Kali ini kita pula sarapan lontong kuah lodeh di JDT.
Lontong Goreng Kambing |
Kita memesan Lontong Goreng Kambing. Tidak lama kemudian, pekerja kafe hantar sepinggan lagi lontong, katanya Lontong Goreng Biasa. Walaupun tidak ada yang memesannya, tetapi anak-anak kata letak sahajalah di meja, nanti kami kerjakan!
Lontong Goreng Biasa |
Fuad makan Roti Sarang Burung. Pekerja kafe minta maaf kerana katanya sepatutnya ada kacang panggang, tetapi kacang panggang sudah habis. Menarik hiasannya, selain dua biji telur ayam, ditambah tiga biji telur puyuh rebus pula.
Fairuz memilih bihun goreng telur mata.
Abang Farid pula memilih roti telur kuah banjir.
Firdaus kongsi dengan Aseeyah, makan murtabak daging.
Tiba-tiba Fuad berkata: Baba mesti cuba roti canai kosong.
Baba sudah kenyang, sahut Encik Suami.
Baba mesti cuba. Sedap. Betul, sedap! Rasanya lain dari roti canai yang biasa kita makan.
Baba mesti cuba. Sedap. Betul, sedap! Rasanya lain dari roti canai yang biasa kita makan.
Fuad terus memanggil pekerja kafe dan memesan roti canai kosong, tetapi pekerja kafe tersebut memberitahu roti canai kosong sudah habis. Fuad tidak puas hati selagi Encik Suami belum merasai keenakan roti canai tersebut.
Nanti saya bawa Baba datang ke sini lagi, janji Fuad.
Fuad membayar kesemua harga makanan dan minuman untuk sarapan kami dengan jumlah RM52.00 ringgit.
Biar betul dik, RM52.00 sahaja. Macam-macam kita makan tadi. Tak salah kirakah?
Betul, Mommy. Memang di sini harganya murah. Fuad meyakinkan.
Alhamdulillah.
Betul sekali. Berkumpul bersama anak2 adalah momen paling bahagia.
BalasPadamWah dah sampai PJ parit raja.
BalasPadammcm2 lontong ada, bestnya...seronok berkumpul semua ahli keluarga...semua turun meraikan hari gembira..
BalasPadamSemuanya nampak sedap... sy belum lg try lontong goreng... selalu tgk je orang upload gambar
BalasPadamLontong goreng sedap. orang johor kalau tak pernah makan lontong bukan orang johor le.
BalasPadamLontong kuah lodeh tu kalau tambah dengan rendang pun sodap. aduhaiiiii ngences ni amie. Nak kena pi parit raja le ni huhuhu
BalasPadamWah...murah betul tu...nampak sedap lontong Kak Amie walau SA x makan lontong
BalasPadamkuetiaw goreng cina tu nampak menariklah kak. lain drpd yg lain yg penah sy jumpa
BalasPadamwahh ada telur puyuh lagi dlm roti canai sarang burung tu.. menarik..
BalasPadamSemua nampak sedap..
BalasPadamSaya terliur roti sarang burung sebab penuh isi dalam sarang tu.Lontong goreng pun sedapnya..
Eh,apa lah agaknya keistimewaan roti canai kosong tu hingga Fuad bersungguh nak baba nya rasa...
Lontong Basah, Lontong Goreng dan Lontong Goreng Kambing, Johor memang terkenal dengan lontongnya. Tengok murtabak dan roti telur, sy percaya roti canai kosongnya sedap seperti kata Fuad.
BalasPadamLontong goreng tu saya tak pernah cuba..
BalasPadamWah!! Menarik sungguh roti sarang dia.. Siap ada telur puyuh rebus..