Bismillahirrahmanirrahim.
Setibanya kami di seri Iskandar dari Ipoh, Fuad dan Encik Suami terus ke kedai untuk membeli sardin dalam tin dan telur. Sampai di rumah, Fuad berkata:
Mommy masak ikan patin ya!
Syukurlah ikan patin sudah dibersihkan dan dipotong.
Selain sardin dalam tin dan telur, Fuad beli dua biji terung. Rasa macam hendak ketawa sahaja melihat dua biji terung berharga RM2.99 sen setiap sebiji. Saiznya tidaklah besar! Dibelinya juga daging ayam bahagian peha. Aseeyah cadangkan supaya panggang ayam dalam air fryer tapi bungkus dengan kertas aluminium. Mana-mana sajalah, asalkan masak dan boleh dimakan.
Hidangan malam pertama di Seri Iskandar. |
Inilah dua biji terung berharga RM2.99 sen setiap sebiji. Kita goreng, dan kemudian tumis dengan cili bawang dan bubuh sos tiram serta kicap. Abaikan minyak yang terlebih itu!
Ayam Panggang Air Fryer Bungkus Kertas Aluminium. |
Ikan Patin Masak Pindang |
Tumis Ikan Sardin dengan Kentang. |
Telur Dadar. |
Oren & Limau Bali |
Lain nikmatnya dapat makan di rumah berbanding makan di luar. Eh, apabila dihitung sudah 11 hari kami tidak menjamah masakan sendiri!
Nasi Goreng |
Keesokan paginya kami perlu sampai ke Kuala Selangor pada pukul 8 pagi. Jadi, selepas solat subuh kami perlu segera bertolak. Abang Farid sediakan bekal nasi goreng dan telur mata. Katanya, nanti bolehlah buat alas perut dalam perjalanan. Takut tak sempat singgah sarapan pagi sebab hendak kejar masa.
Telur Mata |
Bekalan sarapan yang disediakan Abang Farid. |
Encik Suami sudah hidupkan enjin kereta. Fuad, Firdaus dan Amie sudah bersedia untuk melangkah keluar rumah. Tiba-tiba Wak Aton telefon. Katanya, urusan di Kuala Selangor dibatalkan. Dia pun baru sahaja dapat mesej daripada pegawai MAIS yang menguruskan hibah kami sekeluarga.
Jadi, apa kami nak buat sekarang?
Selamat menjamu selera
BalasPadamNampak sesedap semuanya
lauk2 yg simple mcm ni la sedap. x perlu berhias bagai!
BalasPadamnak buat apa? sambung masak dan makan lagi!!! hahahah
BalasPadamNampak sedap semua masakan cikgu.Kemas dan cantik platingnya.
BalasPadampastinya semua makan penuh berselera.
memang sedap bila dapat makan makanan yang dimasak sendiri selepas berhari2 makan di luar kan..
BalasPadambetul kak. lain nikmatnya bila masak dan makan kat rumah.
BalasPadammuai! modal pun seberapa aje.
yg lebih, modal tenaga kita memasak tu :) ha ha ha.