Pages

Selasa, 20 Disember 2022

Fuad Hadiri Majlis Konvokesyen ke-22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 06 Disember 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai solat subuh, kami terus bergerak menuju ke Parit Raja. Mudah-mudahan perjalanan lancar menuju ke destinasi.
Malamnya, Encik Suami sterika jubah konvo Fuad. Aduhai! Sang ayah tidak mahu anak-anak kelam kabut keesokan paginya. Dipesannya agar Fuad tidur awal kerana esok pagi Fuad yang akan memandu ke Parit Raja. Fuad belikan Farid dan Fairuz kemeja warna senada. Katanya, mesti dipakai pada hari konvokesyennya. Jadi, sebelum tidur semua pakaian sudah disterika. Maklum sajalah, hanya sebuah sterika terletak di luar bilik dan dikongsi bersama penghuni lain. Bimbang pula sewaktu hendak digunakan, penghuni lain pula sedang sterika pakaian di bilik.


Fuad menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian


Bekas guru Fuad, Cikgu Warite kirimkan 'bunga' untuk Fuad melalui Amie. Jadi, kami singgah di Lorong Seri Murni, Kampung Parit Jelutong untuk membeli bunga.

Fuad bersama jambangan bunga kiriman Cikgu Warite. Sebenarnya Fuad melalui cabaran besar untuk mencapai cita-citanya. Suatu hari nanti, selepas pencen mungkin Amie akan tuliskan sedikit kisahnya yang tidak sedikit kita titiskan air mata. Alhamdulillah. Allah Maha Adil dan Maha Mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Allah, Engkau telah menjawab setiap doa hamba-Mu ini.





Majlis selesai pada pukul 12:00 tengahari.

Kak Aton datang dari Selangor, membawa kiriman jambangan coklat daripada Nenda Fuad. Bonda aagak uzur, jadi tak dapat datang bersama Kak Aton. Kak Aton ambil cuti kerja, dan datang balik hari, tidak bermalam di Johor.

Jambangan coklat dari Bonda untuk cucunda, Fuad.


Tahniah Fuad! 
2018-2022


Keluar sahaja dari Dewan Sultan Ibrahim, memang suasana penuh sesak dengan para graduan bersama ibu bapa dan keluarga masing-masing untuk mengambil gambar. Kami pun bergambar mana yang sempat sahaja. Tambahan pula cuaca panas terik! Kasut Abang Farid pula tertanggal tapaknya. Syukurlah ada bawa selipar dalam kereta.






Jambangan bunga ros tujuh kuntum dari Baba dan Mommy. Katanya, tujuh kuntum itu bermaksud kagum terhadap insan penerima jambangan tersebut! Ya, Baba dan Mommy sangat kagum dengan semangat Fuad yang sentiasa berusaha penuh gigih untuk mencapai cita-citanya.

Bersama bekas anak murid, Ahmad Qusyairi.

Sewaktu tercari-cari Fuad di luar dewan, tiba-tiba seseorang menegur Amie.
Cikgu!
Ya, cikgu kenal kamu kah? 
Ya, cikgu pernah ajar saya. Saya Ahmad Qusyairi.
Allahu! Cikgu pakai pelitup muka pun Ahmad Qusyairi masih kenal.

Kita pun mencongak-congak tahun Fuad berada di SMSD. Tidak! Ahmad Qusyairi bukan satu kelas dengan Fuad. Apabila Amie tanya Fuad, rupanya sebelum masuk ke UTHM, Ahmad Qusyairi mengambil diploma, tapi lupa nak tanya di mana. Maksudnya, Ahmad Qusyairi senior Fuad sewaktu di SMSD dan mengambil SPM antara tahun 2014 atau 2015.

Kita hanya sempat ucapkan:
Tahniah Ahmad Qusyairi.
Terima kasih, cikgu.

Nun, di hujung pintu dewan, Fuad sedang melambai kami.




31 ulasan:

  1. Tahniah Fuad semoga sentiasa berjaya dunia akhirat
    Tahniah kak amie dan suami atas kejayaan anakanda

    BalasPadam
  2. Tahniah Fuad...x samarnya SA nak tunggu giliran Dania..4-5 tahun akan datang..lepas Asasi, Dania akan terus continue Degree kat UCAM jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA. In syaa Allah akan tiba giliran Dania juga.

      Padam
  3. Tahniah Fuad. Banyak sungguh dugaannya. Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan impiannya.

    BalasPadam
  4. Tahniah buat Fuad, moga terus sukses untuk meneruskan pelajaran dan cita-cita nya. Banyak dapat jambangan bunga dan spesialnya ada jambangan coklat kiriman dari neneknya nun jauh dari Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana.
      Ingatan Nenda buat cucunda.

      Padam
  5. Alhamdulillah.. Tahniah buat Fuad dan tahniah juga buat kak amie dan suami atas kejayaan anakanda..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...
    Tahniah dan tahniah Fuad...
    Berjaya mengharung ujian dan akhirnya membuahkan kejayaan.Seronoknya.. kejayaan dirai bersama...

    BalasPadam
  7. Apa cerita menyedihkan itu?
    Wah banyak dapat jambangan bunga.
    Begitulah selalu guru tidak cam pelajar tapi pelajar yang kenyal dahulu. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai sangat anak murid, sampai gurunya pun lupa.

      Padam
  8. Tahniah Fuad & juga Amie sekeluarga...seronok tengok mereka pakai jubah konvo..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..Tahniah buat Fuad dan anak murid kak Amie 💐

    Istimewa sungguh jambangan bunga dari nenda tu.

    BalasPadam
  10. Tahniah, Fuad. Tak sabar nak tunggu Kak Amie ceritakan kisah Fuad. Tak perlulah tunggu sampai pencen, ceritalah sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SK.
      Heheee... kita pencen tak lama lagi.

      Padam
  11. alhamdulillah tahniah fuad! segala penat lelah terbayar akhirnya... selamat menumpuh alam pekerjaan yg lg besar cabarannya. all the best utk fuad dan tahniah utk akak dan suami kerana berjaya mendidik anak-anak hgga ke menara gading

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. Tahniah Fuad dan cikgu sekeluarga.

    BalasPadam
  13. Tahniah Fuad! Tahniah Kak Amie & suami sebab berjaya mendidik Fuad sampai ke menara gading!

    BalasPadam
  14. Tahniah Fuad dan kak amie sekeluarga..

    BalasPadam