Pages

Selasa, 20 Disember 2022

Kelmarin & Kenangan

Bismillahrrahmanirrahim.
Hari ini Selasa. Minggu lepas, 06 Disember 2022 pada ketika ini kami masih berada di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masih terasa kemeriahan bercampur keletihan namun gembiranya melebihi segalanya. Alhamdulillah.

Cerita pagi ini, tentu semua sudah bersarapan dan ada yang sedang menyediakan juadah tengah hari. Pagi ini Encik Suami beli nasi kuning sambal ikan, bihun goreng, popia dan barongko. Amie hanya sediakan minuman panas sahaja. Renih teh crysanthemum dengan sedikit gula batu.

Baru sebentar tadi jemur pakaian. Tiba-tiba Encik Suami berteriak dari luar: 
Habis baju bau asap!
Rupanya jiran depan rumah bakar sesuatu, mungkin sampah sehingga asapnya masuk ke rumah kami!
Aduh!

Teh Chrysanthemum.

Lemon & Red Dates


Walaupun entri sarapan pagi ini, tapi nak cerita sarapan kelmarin. Amie ada tugas yang perlu diselesaikan di sekolah bersama kerani kewangan. Jadinya, Amie bersama Encik Suami sarapan di luar. Kami bersarapan di DOZO. Encik Suami memesan minuman lemon campur kurma merah. Entah apa rasanya. Tak sempat nak cuba sebab Amie sendiri menikmati minumann yang dipesan.

Di sebelah kami, seorang perempuan raut wajah Cina bersama seorang anak kecilnya sedang makan. Perempuan tadi memanggil Amie 'cikgu' dan Amie pun membalas sapaannya sambil mengusik anak kecilnya. Tidak lama kemudian, perempuan tadi bangun menghampiri meja kami dan mengambil bil di atas meja kami.

Saya bayarkan untuk cikgu. Saya belanja cikgu.

Belum sempat Amie bercakap sesuatu, perempuan tadi terus menuju ke kaunter pembayaran.

Amie masih terpinga-pinga. Siapakah perempuan ini? Memang seperti pernah melihatnya di sekolah, tapi di kelas mana? Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah seorang murid non muslim yang sering menegur Amie kalau kami berselisih di sekolah.

Amie tinggalkan meja dan terus ke kaunter pembayaran. Perempuan itu masih berdiri di situ membuat bayaran. Amie sentuh bahunya.

Siapa kamu ya?
Kamu sekolah di SMSD kah?

Ya, cikgu. Tahun 2009, saya SPM di SMSD.

Cikgu pernah ajar kamukah?

Tidak cikgu. Cikgu tidak pernah ajar saya. Saya murid kelas sebelah.


Ooooh!

Terima kasih belanja cikgu.

Sama-sama cikgu. Saya jalan dulu, cikgu.


Kita hanya sempat anggukkan kepala tetapi tidak sempat tanya namanya.


Oleh kerana resit bayaran telah diambil oleh perempuan tadi, jadi tak ingatlah pula apa menu yang kami makan!

Makanan yang Amie pesan.

Makanan yang Encik Suami pesan.

Minuman buah-buahan campuran.

Chinese Tea

Tengah harinya, setelah selesai urusan di sekolah  kami singgah makan di Restaurant Ocean Seafood. Kami memesan makanan yang ringan sahaja dan minum teh cina panas.

Special Beancurd

Tauhu Jepun Sizzling

Sampai di rumah, masih teringat rupa paras perempuan Cina yang belanja kami sarapan di Dozo. Perlahan-lahan Amie cuba mengingatinya. Tiba-tiba teringat seorang murid perempuan Cina yang memakai pinafore sering memberikan senyuman dan menegur kalau terjumpa di mana-mana di kawasan sekolah. Sekarang Amie faham maksud 'kelas sebelah' yang dimaksudkan. Ada dua kelas Pendidikan Moral. Maknanya, kalau Amie mengejar di kelas sebelah, murid tadi belajar di kelas sebelah lagi bersama guru lain!

Kelmarin, murid tersebut memakai tudung, dan katanya sudah ada dua orang anak perempuan! Yang dibawanya kelmarin itu, salah seorang anaknya.

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah, jarang murid2 akan menegur guru setelah lebih 10 tahun tamat sekolah. Tapi, sy dulu, tegur cikgu yg sy jumpa, cuma tak belanja la, sebab tak jumpa di kedai makan. Baik sungguh hati anak murid Kak Amie tu.

    BalasPadam
  2. Mengakhiri bait-bait terakhir tulisan cikgu..kepala saya meremang penuh terharu.Rasa ingin menangis..!
    Masyaa Allah maha agong Allah..
    Hidayah itu milik Allah..🤲

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... dia boleh ingat cikgu di sekolahnya, walaupun tak pernah mengajar. Tahun 2009 pulak tu, dah lama tu.

    BalasPadam
  4. masya Allah...alhamdulillah!
    mee tu nampak sedap sungguh kak, tapi tak tahu pula namanya kan...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah kak..orang baik Allah hantar keliling pun orang baik-baik,manisnya kenangan itu,baik budi bahasa anak murid cikgu moga dia terus dalam rahmat Allah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah anak murid masih mengingati guru. Saya tak pernah terserempak guru yang mengajar di luar selain semasa re-union sahaja.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, semoga murah rezeki anak murid Kak Amie tu. Baik budi pekertinya, masih ingat lagi guru sekolah walaupun tak pernah mengajar dia masa di sekolah.

    BalasPadam
  8. SA pulak tak pernah jumpa dah cikgu2 SA yang dulu...dan ada yang pergi menemui yang maha esa...seronok kan bila ada anak mrid kenal kak amie dan tegur...

    BalasPadam
  9. lama dah tu kak tahun 2009 tapi dia masih lagi ingat pada akak ya. Seronok nya bila ada anak murid yang ingat pada kita lagi walaupun dia dh lama sangat tinggalkan sekolah. Sedap semua menu yang akak pilih, akak dengan encik suami je ke makan? Daus tak ikut sekali?

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah anak murid teruja n bhgia dapat bertemu gurunya terharu baca n3 amie

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. baik budaknya.. Walaupun Amie tak ajar dia namun tetap dia ingat Amie guru..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah kalau sudah bertudung maknanya sudah memeluk Islam.
    Subhanallah.

    BalasPadam
  13. Eh maksudnya beliau dah kembali ke fitrah? Alhamdulillah!

    Murid yang bagus, tetap hormat sayang semua guru sekolahnya. Memang orang baik-baik.

    BalasPadam
  14. mesti anak murid yg baik tu... meski kak amie tak mengajar dia, tp dia tetap ingat jasa2 guru2 yg menabur bakti di bangku sekolahnya....

    BalasPadam
  15. bagusnya anak murid tu, masih ingat cikgu di sekolah nya..

    BalasPadam