Pages

Selasa, 20 Disember 2022

Wak Aton Belanja Makan di Uncle Don Food Corner

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah selesai majlis konvokesyen Fuad, maka berakhirlah tujuan utama kami ke JDT. Rasa sedih pula, sebab keesokan paginya kami perlu tinggalkan tempat ini. Walaupun tidak sempat jejak kaki ke tempat-tempat menarik di JDT, tetapi juga belum puas rasanya meronda jalan-jalan cari makan di sini. 

Kak Aton atau Wak Aton (pangkat panggilan anak-anak kami untuk Kak Aton) belanja kami makan tengahari di Uncle Don Food Corner, Parit Raja. Pada mulanya Fuad bawa kami ke sebuah gerai makan  'asam pedas ikan' tetapi tutup pula gerai tersebut. Jadinya, Fuad pun bawa kami ke sini.


Selepas makan tengah hari, Wak Aton bersama kawannya akan terus pulang ke Selangor.


Lepaskan perit dahaga dengan pelbagai minuman sejuk di sini.


Antara deko menarik di Uncle Don Food Corner.


Segar dan nyaman menyedut laici kang.


Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba ke meja, Wak Aton keluarkan sebalang rempeyek kacang tanah dari keretanya.


Tak pasti pula apa nama menu ini.
Nampaknya hampir sama saja menu yang dipesan. Mungkin nasi ayam penyet.



Setiap pinggan nasi ada keropok papadom.

Bismillah.

Nasi Talapia Penyet

Nasi Lele Penyet


Tambah seekor ikan talapia goreng. Sesiapa nak tambah lauk, boleh ambil.


Terima kasih Wak Aton, belanja kami makan tengah hari. Moga tambah rezekinya.
Terima kasih juga sanggup datang dari jauh bawa kiriman jambangan coklat dari Bonda untuk Fuad.
hati-hati memandu sewaktu pulang ke Selangor!

23 ulasan:

  1. Semoga murah rezeki Wak Aton. Untung dapat belanja.

    BalasPadam
  2. ikannya kelihatan garing sekali kak amie...yummy

    minumannya itu ada kurmanyakah
    mbul jadi ingin icip rempeyek renyah

    BalasPadam
  3. Gigihnya kak Aton datang dari jauh, balik hari pulak tu semata-mata nak meraikan hari istimewa Fuad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ujie. Sanggup dia ambil cuti untuk datang ke Johor.

      Padam
  4. Alhamdulillah kasih wak aton buat anak sedaranya juga kasih bunda buat cucundanya yang meraikan hari kecemerlangannya. Tapi rempeyek wak aton bawak tu nampak rangup je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu Wak Aton juga yang temani kita hantar Fuad daftar di UTHM.
      Rempeyek tu dari Selangor jalan ke Johor hahahaha.

      Padam
  5. wahhh jauh wak aton datang utk raikan Fuad...

    wahhh garingnya ikan! sedapnya kalau ratah mcm tu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasih Wak Aton pada anak saudaranya. Memang menempuh perjalanan jauh. Wak Aton sampai rumah di Selangor pada pukul 10 malam.

      Padam
  6. Alhamdulillah, semoga Allah swt sentiasa mempermudahkan urusan dan memberi keafiaatan kepada Wak Aton juga Kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  7. Rezeki haritu ya, Wak Aton belanja. Jauh Wak Aton memandu balik hari.
    Sekarang banyak gerai/restoren sediakan masakan ala penyet2 ni.. menggodalah talapia penyet tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Wak Aton selamat datang dan selamat kembali ke rumahnya, balik hari.
      Betullah tu, penyet di sana sini.

      Padam
  8. Semoga Allah limpahkan rezeki dari segenap penjuru untuk Kak Aton..
    Juga semoga semuanya dalam rahmat Allah..
    Dah lama nak cakap tingginya Fuad berbanding mommy dan baba tapi asyik lupa nak taipšŸ¤­

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Itulah anak tembikai hihihiii....waktu mengandungnya, dua bulan makan tembikai siang dan malam.

      Padam
  9. uncle don kat johor ke kaka.. tetiba teringat saya uncle don sri hartamas.. tah ada lagi ke x kedainya

    BalasPadam
  10. Restoran Uncle Don's di Petaling Jaya (sebelah je dgn office) tak halal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uncle Don di sini di kawasan kampung, orang Melayu.

      Padam
  11. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki Wak Aton.. Semangat tu datang dari jauh demi anak buah yang disayangi..

    BalasPadam
  12. nampak sedap ikan talapia dia. semoga makin murah rezeki wak aton..

    BalasPadam