Pages

Rabu, 21 Disember 2022

Anggur Yang Merajuk!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita ke belakang rumah, hendak ambil daun pandan. Sekejap lagi nak masak nasi untuk makan tengah hari. Bubuh daun pandan dalam rice cooker untuk dapatkan aromanya yang semerbak!

Ketika melintasi rimbunan pokok anggur, terpandanglah pelbagai aksi buah anggur! Barangkali merajuk sebab ditinggalkan selama dua minggu. Ada yang buah sebiji, mungkin kawan-kawannya sudah dimakan burung atau kelawar. Macam-macamlah aksi buah anggur kami kali ini.




Yang ini macam tunjuk perasaan saja. Bergulung pula dalam daun!



Banyak daun anggur yang kering dan layu.




Gugus-gugus anggur kali ini kecil saja.




Di sebelah pokok anggur, kelihatan buah mangga udang berjuntai-juntai. Selepas habis dipetik bulan lalu, bulan ini berbuah lagi.


Terpandang pula beberapa biji buah mangga manila dari pokok milik jiran sebelah yang jatuh di bawah pokok mangga udang kita. Kita pun kutip sebab sudah dipesan oleh jiran supaya kami ambil saja kalau jatuh ke kawasan kami.


Walaupun anggur merajuk, tapi dapat kutip buah mangga manila dan daun pandan.

30 ulasan:

  1. Wah, seronoknya ada buah anggur belakang rumah. Manis tak buahnya tu Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buahnya manis tapi kami selalu tak dapat makan sebab burung dan kelawar terlebih dahulu menikmatinya.

      Padam
  2. lama tk mkn anggur..syok kak amie..petik je buah anggur tu ...wah gemok2 buah mangga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best kalau anggur sempat masak, dapatlah merasa.

      Padam
  3. Bestnya tanam anggur dan berbuah. Kat tepi tu ada kolam tak, Kak Amie? Katanya, petua utk pokok anggur subur, buatlah kolam berhampiran pokoknya.

    Mangga tu nampak menggiurkan, agaknya lepas ni ada kerabu mangga pula di dapur Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada kolam.
      Oooo...begitu petuanya ye SK.
      Nanti nak bawa benih anggur bawa balik Malaya, tanam tepi rumah dan buat kolam di sebelahnya.

      Padam
  4. Wah...anggur pun dah pandai merajuk...
    Minta dipujuk dengan baja la tu..hihihi..
    Mangga udang sangat senonim ingatan saya kepada cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Mama Cella, waktu jalan-jalan belakang dapur nampak mangga udang, terus teringat Mama Cella.

      Padam
  5. Uiii.. Bestnya ada anggur di rumah..

    BalasPadam
  6. walaupun dia merajuk tapi buahnya elok besar cantik kak.. sekejap aje merajuk tu. pjuk la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... nanti dipujuk-pujuk supaya terus berbuah.

      Padam
  7. Tov Furniture is a furniture company with a different approach to interior design. It's led by industry veterans and they want you to be uninhibited in your space. TOV Furniture arose from the vision of founder Tyler Vogel, who sought to establish an innovative and original furniture company that would deliver cutting-edge designs and superb quality at accessible prices.

    BalasPadam
  8. kalau anggur tu boleh berkata-kata mesti dia cakap "where's my mama...she's been ignoring me for 2 weeks"... ehhhh cakap omputih pulak anggur ni ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... anggur cakap omputih sebab rindu nenek moyangnya di sana.

      Padam
  9. wah bestnya kak, berbuah jugak walauupun sikit... sukanya dana tengok

    BalasPadam
  10. wahh..bestnya..buah buahan senggayutan di halaman

    BalasPadam
  11. Merajuk ye anggur bila ditinggalkan tuan yang pergi bercuti...
    Sedapnya mangga.. Alhamdulillah rezeki tu..

    BalasPadam
  12. yang single tu pun merajuk jugak? kesian dia takde kawan

    BalasPadam
  13. Bestnya pegi belakang umah boleh petik anggur... mangga tu pun ermm.. sedapnya buat ulam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangga muda memang sedap kan. Lagilah dari pokok sendiri, segar dan wangi.

      Padam
  14. wahh ada pokok anggur di rumah kak amie..

    BalasPadam
  15. Masam ke manis anggurnya tu kak....

    BalasPadam
  16. Thanks for sharing such a great information.This post gives truly quality information.Up to 20%* discount off the Suggested Retail Price (SRP) for purchases of a new 3-year subscription (excluding taxes) on the following products: AutoCAD Your purchase price today is locked in for the full 3-year period.
    Buy online securely from our autodesk official partner store www.pisoftware.in. Fast, convenient and 24x7.Autocad License

    BalasPadam