Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Kami menarik nafas lega setelah selesa urusan menghadiri majlis konvokesyen Fuad di UTHM. Kini tibalah masanya (Rabu, 07.012.2022) kami mengundurkan diri dari wilayah JDT. Untuk sampai ke Selangor, kami perlu melalui dua buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Encik Suami memandu kereta dari Parit Raja hingga ke Atlantis Residence di Melaka.
Anak-anak sangat teruja sebaik sahaja kami memasuki penginapan di Atlantis/3BR Luxury. Dengan bayaran sebanyak RM263.31 satu malam, kami menginap di apartment tiga bilik tidur, dua bilik air, serta kemudahan lain seperti dapur dengan kelengkapan memasak, kolam renang, pusat kecergasan, tempat letak kereta, WIFI percuma yang tersedia di semua kawasan.
Selamat datang ke Atlantis / 3BR Luxury di alamat:
A-26-04, Block A, Jalan KSB 11A,
Pangsapuri Atlantis Kota Syah Bandar Melaka,
Pangsapuri Atlantis Kota Syah Bandar Melaka,
Kota Syahbandar,
75200 Melaka.
Sepatutnya kami daftar masuk pada pukul tiga petang tetapi empunya apartment maklumkan kami boleh masuk seawal pukul 2:30 petang. Ketika itu kami sedang makan tengah hari di Atlantic Nyonya Food. Jadi, lebih kurang pukul 3:20 petang barulah kami daftar masuk. Terima kasih Alviv Residence Admin kerana melayani kami dengan baik sekali.
Melihat ruang tamu yang luas dan tersedia pelbagai permainan, membuatkan anak-anak tidak sabar-sabar untuk berehat di situ!
Ada meja bola sepak, ada meja karom, kotak catur dan sebagainya.
Belum sempat letak beg masing-masing dalam bilik, Fuad dan Fairuz terus main bola sepak!
Pemandangan ruang dapur dilengkapi dengan sebuah peti sejuk saiz besar, meja makan, dapur, termasuk ketuhar, dan peralatan memasak.
Ruang makan yang sangat selesa. |
Mesin basuh turut disediakan. |
Salah sebuah biliknya disediakan tiga buah katil. Memang sesuai sangat untuk Fuad, Fairus dan Firdaus.
Dan dilengkapi dengan almari.
Bilik airnya terletak di luar.
Jom kita intai sebuah lagi bilik tidur di sebelah sini.
Nampaknya inilah master bedroom. Cadar keromot sedikit kerana Firdaus yang rasmikan dengan berguling-guling di atasnya. Ada bilik airnya sekali.
Dan ada sebuah katil sofa di sudut bilik.
Ada sterika dan pengering rambut.
Ada extra bantal.
Ada lagi extra selimut dan tilam.
Nampaknya kalau keluarga besar bermalam di sini pun cukup selesa! Apartment ini boleh dihuni antara 5 hingga 10 orang.
Seterusnya kita lihat lagi sebuah bilik bersebelahan ruang tamu menghadap balkoni dengan pemandangan bandar Melaka.
Katil queen diletakkan di dalam bilik ini lengkap dengan dua biji bantal.
Kesemua bilik tidur termasuk ruang tamu disediakan pendingin hawa. Selesa? Memang sangat selesa! Nampaknya pemilik homestay ini tidak berkira menyediakan kemudahan terutama tuala, bantal, tilam dan selimut. Peralatan ini boleh digunakan tanpa had dan tanpa caj!
Amie pernah menginap di sebuah homestay, dan penggunaan tuala hanya dihadkan kepada enam orang. Sekiranya gunakan lebih tuala (ada tersedia) caj sebanyak RM10 akan dikenakan.
Anak-anak meminta supaya kami menginap di sini selama dua malam. Tak puas hanya satu malam sahaja. Eh, bila nak sampai kampung kalau lama-lama menginap di negeri Melaka?
Oh, ya! Kalau sudah sampai di sini, apa kata kita berkunjung ke tempat menarik yang berdekatan seperti:
- Kota A Famosa - 1.2km
- Eye on Malaysia - 1.4km
- Muzium Perhiasan Cina Selat Melaka - 1.5km
- Baba & Nyonya Heritage Museum - 1.6km
- Kuil Chrng Hoon Teng - 1.7km
- Menara Taming Sari - 1.8km
- Jalan Jonker - 1.8km
- Bangunan Stadthyus - 1.9km
- Porta de Santiago - 2.1km
- Masjid Selat Melaka - 2.6km
Kami sudah sampai ke tempat-tempat yang disebutkan di atas beberapa tahun lalu, tapi tengoklah nanti mana tahu tergerak hati untuk ulang jejak.
Anak-anak masih leka bermain di ruang tamu. Kami belum lagi makan tengah hari. Ayuh semua! Kita turun ke bawah jalan-jalan cari makan. Lepas itu jalan-jalan pula ke Bandar Hilir Melaka. Untung-untung boleh jumpa blogger FAIRUS HAJI MAMAT, Penolong Kurator Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Perbadanan Muzium Melaka.
Terima kasih tuan apartment yang baik budi.
Ada rezeki kami akan datang menginap lagi di sini.
Semoga ramai yang memilih penginapan ini.
Semoga ramai yang memilih penginapan ini.
wah dah sampai Melaka amie n famili..bloger Fairus di Indonesia dah amie
BalasPadamYa Kak PI. Jejak Melaka pula.
PadamLuas apartment dia. Bagusnya, ada disediakan permainan sekali.
BalasPadamMemang luas Nur. Anak-anak tak sempat bawa masuk beg dalam bilik, terus nak bermain di ruang tamu.
Padamwow...spacious sgt. selesa sgt la..plus ada game2 tu...x de la bosan sgt ..kan
BalasPadamAlhamdulillah, dapat tempat penginapan yang selesa sangat.
Padamnampak betul2 selesa apartmentnya kak..jarang2 penginapan yg sediakan indoor game seronok mereka puas hati
BalasPadamYa, betul tu. Inilah kali pertama jumpa tempat penginapan yang disediakan indoor game. Berjenis-jenis pula tu.
PadamUish! Ini level kayangan ni...
BalasPadamBetul tu levelnya atas nun tingkat 26 Uncle hihihiii.
PadamApartment ni memang selesa, saya ada menulis posting tentang apartment ni kat sini:
BalasPadamhttps://www.coffeebreakwithme.com/2022/12/ada-plan-nak-ke-melaka-cuti-sekolah-ni.html
ada kod promo klu ada yang berminat nak menyewa apartment ni utk bercuti2 di Melaka :)
Terima kasih Carneyz. Kak Amie dah baca entri tu. Memang bestlah bermalam di sini.
PadamWow..menarik dan sangat berbaloi ni..
BalasPadamAdah suruh tanya booking kat mana?ðŸ¤
Booking di booking.com
PadamBanyak pilihan di situ.
Puas hati dapat apartment macam ni.. lengkap dengan kemudahan dan ada extra indoor game lagi, memang sesuai lah untuk anak-anak.
BalasPadamMemang puas hati. Kemas dan bersih pula.
Padamluas dan selesa! bersih adalah bonus! situ ada banyak homestay. k amie mmg pandai cari homestay. dapat pula admin yg baik...alhamdulillah...
BalasPadamBetul Anies. Gembira sangat dapat admin yang bagus. Senang berurusan.
PadamPuas hati betul tengok apartmentnya.. Berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan..
BalasPadamMemang berbaloi Sha.
Padamnampak selesa betul. kalau saya pun rasa nak extend stay
BalasPadamPuas hati Sal.
PadamTak jumpa ke En FM?? Hehehhe.
BalasPadamTak SK hahaaaa....
PadamDah luas siap ada permainan lagi. Emm memang le kalau seronok rasa tambah bermalam lagi
BalasPadamsangat besar dan selesa apartment. harga pon berbaloi..
BalasPadam