Pages

Selasa, 20 Disember 2022

Sarapan Roti Canai Kosong & Selamat Tinggal Johor Darul Takzim!

Bismillahirrahmanirrahim.
Rabu, 07 Disember 2022. Kami meninggalkan tempat penginapan di Room V @ Jalan Megat dan Fuad memandu ke arah Parit Raja, membelok ke Cafe Santai Delicious Parit Jelutong. Harapannya pada pagi itu untuk tunaikan hasratnya supaya Encik Suami dapat makan roti canai kosong di situ!

Berbanding kali pertama kami sampai lewat pukul 11: pagi, kali ini kami tiba pada pukul 9:40 pagi. Nampaknya kami berpeluang untuk memesan sarapan kegemaran masing-masing. Sudah tentunya Fuad mencari roti canai kosong! Eh, sekeping sahaja dia minta! Dan memang rasanya sangat sedap, lembut serta enak dimakan begitu saja tanpa sebarang kuah!

Roti Canai Kosong.

Hidangan pertama sampai ialah Nasi Lemak Sambal Sotong.


Selain sambal sotong, ada papadom, hirisan timun, telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng.


Walaupun masing-masing memesan makan sendiri tetapi apabila sampai dahulu satu-satu makanan, cepat-cepat anak-anak menyudu berkongsi hidangan! Jadinya, tidaklah seorang makan hingga habis melainkan berkongsi rasa dalam sepinggan.

Minuman panas dan sejuk, ikut cita rasa masing-masing.


Habis nasis lemak sepinggan, datang pula bihun goreng. Tak tahulah siapa pesan bihun goreng ini sebab dimakan bersama juga!


Tiga beradik berebut makanan!

 
Datang pula roti telur. Tak pasti siapa punya roti telur, sama ada Aseeyah atau Abang Farid. Yang ini tidak ada rebut-rebut. 

Roti Telur.


Ini Soto Ayam. Kita punya, tapi baru hirup kuah, mangkuk sudah beralih ke tempat lain!


Roti canai kosong ini juga habis licin, setiap orang carik sedikit. Berkali-kali Fuad tanya: Sedap tak? Sedap kan? Dia tanya, dia jawab sendiri!


Kalau tak silap, ini mi goreng kambing! Tapi tak pasti siapa yang pesan. Habis licin juga!


Kuetiau Goreng Cina

Kali pertama Encik Suami makan Kuetiau Goreng Cina, semua membantu melicinkan pinggan Encik Suami. Kali ini Fairuz yang memesan tetapi minta tambahan ayam goreng dan telur mata.


Nampaknya ada beberapa menu ulang pesan (selepas makan kali pertama sebelum ini) seperti Kuetiau Goreng Cina, Murtabak Daging dan Roti Sarang Burung. Sebelum ini Firdaus makan Murtabak Daging, dan pagi ini dia minta hidangan ini juga.

Murtabak Daging

Nampak macam sedap sangat Firdaus makan Murtabak Daging!


Eh, siapa punya bihun goreng ini? Ada ayam goreng dan telur goreng mata juga.

Bihun Goreng & Ayam Goreng & Telur Mata

Ooohh! Rupanya pilihan Encik Suami!

Roti Sarang Burung

Setelah Amie kehilangan Nasi Lemak Sambal Sotong dan Soto Ayam, datanglah pula Roti Sarang Burung yang cantik dilengkapi dengan daun salad, dua biji telur ayam, ditambah tiga butir telur puyuh rebus, daging kisar dan kacang panggang!
Sudahlah cantik, sedap pula. Bagaimanapun ada mambang-mambang tolong bersihkan pinggan Roti Sarang Burung ini juga!


Harga untuk kesemua pelbagai jenis makanan dan minuman kami bertujuh berjumlah : RM73.00. Sesiapa yang kebetulan melalui kawasan Parit Raja, cubalah singgah sarapan di sini. Kafe ini hanya dibuka pada pukul tujuh pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari sahaja. Suasananya santai, bersih dan jauh dari habuk atau debu jalanan.

Wak sedang menebar roti canai.


Pemandangan di seberang jalan berhadapan dengan kafe.

Kereta para pelanggan di tepi jalan, kiri dan kanan jalan.



Kalau Amie orang Johor, memang rasa bangga dengan adanya Kafe Santai Delicious Parit Jelutong ini.


Semoga ada rezeki kami berkunjung lagi di lain kesempatan, dan mudah-mudahan dapat menikmati sarapan yang sedap-sedap di sini. Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan. Pekerja kafe ini bergerak pantas dan sopan santun!



Pukul 10:22 pagi kami bergerak meninggalkan Parit Raja. Banyak kenangan manis selama empat hari tiga malam di sini. Moga ada jodoh pertemuan selepas ini. Assalamualaikum.

22 ulasan:

  1. Yang makan 7 org tp hidangan nya macam untuk makan 14org kak, seronok makan rebut2 kongsi2 gini ye kak. Abg farid paling kecik dr adik2 nya klu tak tau mesti orang ingat itu anak ni 3 hehhwehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perut dah lapar sangat kot tu Dana. Maklumlah sarapan dekat pukul 10 pagi.

      Padam
  2. Seronoknya makan passing passing pinggan. Tapi best lah satu menu semua dapat rasa dan order pelbagai jenis. Yang last tu paling win menunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Notie. eratkan ukhuwah adik-beradik juga tu.

      Padam
  3. Tu diaaaa... penuh semeja... kalau kami adik beradik pun selalu mcm tu... order je sepinggan tp yg tolong mknnya semua... at least dpt merasa semua menu yg ada... gitu caranya.. hehehe

    BalasPadam
  4. Sama tajuk entri kita, Kak Amie. Mungkinkah dah mula kimia gara2 lama sangat Kak Amie di Johor. Sayangnya tak ada jodoh kita bertemu, kerana jarak Pt Raja dan Joho (JB) bukanlah dekat, lagi jauh dari KK40 Hari tu.

    Suka tengok anak2 Kak Amie makan, mesti meriah suasananya, kan.

    BalasPadam
  5. tersenyum saya baca gelagat mereka turut rasa bahagia nya sekali sekala berkumpul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah salah satu rezeki bahagia apabila dapat berkumpul bersama-sama.

      Padam
  6. Seronok makan berkongsi macam ini.. Pilihan makanan dia pun best-best.. Terbaik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kafe ini hanya khususkan sarapan sahaja, jadi memang terjaga kualiti makanannya. Best!

      Padam
  7. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai lepastu makan kongsi berebut2.. pasti menjadi kenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kenangan manis yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit kan Faizah.

      Padam
  8. Meriahnya bersarapan 7 sekeluarga..Puas hati Fuad yer dapat bagi buktikan keenakan roti canai kosong tu..
    Roti sarang burung pun menarik penuh isi..Kat sini roti sarang burung hanya ada telur ½ masak dalamnya...takda daging & bake bean tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mama Cella. Roti kosong tu makan begitu saja, tak perlu kuah. Roti sarang burung itu pun sedap, cantik pula.

      Padam
  9. cantik betul Roti Sarang Burungg tu kak.. murtabak nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murtabak daging tu memang sedap, penuh daging kisar.

      Padam
  10. roti telur tu tak direbut mungkin sebab segan dengan kakak Aseeyah. hehe

    BalasPadam
  11. sedapnya semua makanan yang kak amie sekeluarga pesan. paling best bila makan ramai2 kan.
    dan harga makanan dekat sini sangat murah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah istimewanya di sini. Rezeki dapat harga murah.

      Padam