Pages

Sabtu, 12 November 2022

Terendak Lampu Bercahaya Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Kita pun ada kerja juga di sekolah, tetapi pulang lebih awal dan siapkan kerja di rumah pula. Encik Suami ambil Firdaus dari sekolah. Sewaktu kita sedang menyiapkan kerja kita, Firdaus datang menunjukkan sehelai kertas lukisan yang bercorak warna warni. Katanya, guru PSV yang ajar kelmarin. 

Kita teruskan kerja kita. Tidak lama kemudian, Firdaus datang lagi. Ditunjukkan di atas kertas warna warni tadi, disusun pula batang-batang aiskrim. Patutlah beberapa hari lepas, Firdaus asyik ingatkan Encik Suami agar jangan lupa beli batang aiskrim.

Cantik tak Mommy?
Cantik sangat.
Cikgu suruh buat ya?
Iya, Mommy.

Kita pun tidak pula bertanya, apa sebenarnya yang hendak dihasilkan. Masih sibuk dengan kerja sendiri! Kemudian kita pun ke dapur, masak nasi untuk makan tengah hari. Nampak wajah Firdaus mengintip dari tingkap cermin dapur. Dia minta bukakan pintu di bahagian dapur.

Ditunjukkan kepada kita batang aiskrim yang sudah melekat di kertas, dipotong pula!

Cantik tak Mommy?
Cantik, sayang!

Kemudian kami makan bersama-sama. 
Selesai makan, kita sambung kerja kita semula.

Firdaus datang lagi, tunjukkan kepada kita kotak yang bercahaya!

Terendak Lampu Bercahaya.


Kita pun berhenti membuat kerja dan bertanya kepada Firdaus:
Sayang siapkan kotak ikut arahan dalam bukukah?
Iya, Mommy. Ada dalam buku Pendidikan Kesenian.
Boleh Mommy tengok buku Pendidikan Kesenian sayang?

Cepat-cepat Firdaus mencari buku Pendidikan Kesenian dalam bakul buku teksnya dan membuka muka surat yang berkaitan dengan kerjanya.

Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 3.


Inilah rupanya kerja seni Firdaus, bermula dari menghasilkan corak renjisan dan percikan untuk menghasilkan terendak lampu bercahaya. Corak renjisan dan percikan dibuat di sekolah. Kerja seterusnya disambung sebagai kerja rumah, 


Patutlah dari dapur kita nampak Firdaus tekun menggunting sesuatu di tepi anak tangga halaman rumah. 


Inilah terendak lampu, hasil kerja tangan Firdaus.


Eh, baru kita perasan. Semenjak PdP bersemuka, Firdaus tidak lagi minta tolong gotong-royong menyiapkan kerja Pendidikan Kesenian. Kalau sebelum ini, kitalah cikgu segala jenis cikgu, sekarang cikgu sebenar sudah menjalankan tugas secara bersemuka.

Bolehlah tarik nafas lega kerana sudah tidak perlu pening kepala membimbing menyiapkan kerjanya.

Tidak lama kemudian, terdengar Encik Suami bertanya Firdaus:

Siapa buatkan kotak ini?

Percayakah Encik Suami, terendak lampu bercahaya itu dihasilkan oleh Firdaus. Tentulah Encik Suami hairan, dari mana Firdaus dapat lampu kelap-kelip yang cantik itu!

Dari mana sayang Mommy dapat lampu tu?
Dari dalam bakul Mommy.
Dari dalam bakul Mommy?
Iya, yang Mommy dapat hadiah di KK hari tu.

Lailahaillallah.... rupanya Firdaus cabut lampu kelap-kelip dari dalam beg hadiah kita sewaktu MAJLIS MAKAN MALAM TEMU KARYAWAN BAYU-KENYALANG DI PALACE HOTEL KOTA KINABALU



Terendak Lampu Bercahaya.


Dalam beg berisi hadiah di sebelah kiri itu ada lampu kelap-kelip, dan sekarang sudah berpindah ke dalam terendak Firdaus : Terendak Lampu Bercahaya Firdaus! 

14 ulasan:

  1. Imani pun ada buat projek ini.. Jenuh mencari keperluan dia di DIY.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dengar Firdaus minta batang aiskrim dengan kertas lukisan tebal. Bahan lain seperti gunting dan gam dia cari sendiri di rumah.

      Padam
  2. Hahaha.. pandai Daus.

    Mujur skrg batang aiskrim tu ada jual, kan. Kalau dulu2, kita kumpul batang tu tiap kali lps makan, konon boleh buat kraftangan, heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senanglah nak siapkan kerja PSV, sebab banyak barang keperluan mudah didapati di kedai.

      Padam
  3. tahniahnyer Firdaus 👌👌

    BalasPadam
  4. Waaahhh.. kreatif Firdaus.. siap DIY ambil lampu kelip-kelip mummy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak terfikir lampu kelap-kelip dalam bakul hadiah saya boleh dipindahkan ke dalam terendaknya.

      Padam
  5. Tahniah daus
    Dapat siapkan tugadan ps dengan cemerlang

    BalasPadam
  6. Senang juga guna barang yang memang ada dalam rumah. Nasib baik tak pakai lilin,kang takut terbakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, gunakan kreativiti saja sebab barang dah ada.

      Padam
  7. Bagus Daus kreatif dapat ikut setiap arahan dengan jayanya. Pandai pulak cari lampu kelip kelip tu. Hasilnya makin cantik

    BalasPadam
  8. Firdaus dah boleh berdikari buat sendiri kerja seni sendiri dah. Cantik hasil kerja tangan dia..kemas! Berfikir luar kotak betul dia sampai terfikir nak ambil lampu kelip kelip tu. hehe..sabar je lah...

    BalasPadam