Pages

Sabtu, 12 November 2022

Kelmarin, Bukan Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin petang hari Jumaat, kelam-kabut tinggalkan klinik pergigian. Lepas hulurkan duit bayaran, petugas kaunter serahkan resit, terus kita cabut lari. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba tersedar, rupanya baki duit belum dipulangkan!

Encik Suami telefon ke klinik, dan kami diminta datang semula untuk ambil duit baki. Rupanya, petugas kaunter pun tak sempat beritahu tarikh appointment seterusnya! Kenapalah kelam-kabut sangat nak tinggalkan klinik ye!

Wokey.
Sudah terima baki RM20.00.
Boleh juga buat minum petang.

Tak jadilah balik ke rumah.
Jom jalan-jalan cari makan.
Encik Suami ajak singgah di Restoran Kak Tini, yang terletak di Perdana Square.

Goreng-Gorengan RM10.


Kita nak makan goreng-gorengan, sementara Encik Suami pilih oden.

Oden : RM10.00


Goreng-Horengan dan Oden ini kami order dari gerai di tepi Restoran Kak Tini. Harga kedua-duanya RM20.Habislah duit baki dari klinik tadi.
Kami makan di dalam restoran. Kami hanya order minuman sahaja.


Kebab daging ini pun kami order dari gerai bersebelahan gerai goren-gorengan dan oden tadi. Harganya RM6.

Lemon Shoi  2 gelas: RM5:00

Kita ikut Encik Suami ambil Firdaus. Singgah di kedai, cari kudap-kudapan. Boleh kunyah-kunyah dalam kereta sementara menunggu Firdaus keluar.

Kit Kat untuk Firdaus.

Cup Cake 

Cup cake & puding mangga untuk Firdaus.

Soy Skin Crisps

Untuk diri sendiri, beli kerepek soy skin dan fish skin.
Encik Suami tak berminat dengan makanan ringan. Jadi, kita makan sendiri tanpa sebarang gangguan.

Crusty's Fish Skn

Jus Nanas.

Tidak lupa, minum jus nanas yang sedap ini!
5:20 petang, kerea bergerak meninggalkan sekolah. Pada masa ini, mata terus terlelap dan terjaga apabila terdengar laungan azan dari HP pada pukul 5:49 petang.  Oh, sudah masuk waktu maghrib rupaya. Selesai azan, kereta pun sampai di depan rumah. 


Pemandangan di waktu maghrib, dari dalam pagar.
Dan... anak-anak burung sudah pulang ke sarang!



16 ulasan:

  1. sedapnya Oden tu, seronok tgk pokok kat rumah akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuah oden pedas Mamapp. Saya hirup dua sudu saja.
      Hahahaa... di situlah segala pokok hendak ditanam, sampai bersesak-sesak tumbuhnya.

      Padam
  2. sedapnya jajan bekalan selamat berhujung minggu amie n fmili

    BalasPadam
  3. cutenya cup cake firdaus nampak macam sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu cup cakenya. Firdaus makan separuh, kita yang tolong habiskan.

      Padam
  4. Alhamdulillah..
    Kalau dah masih rezeki...duit baki rupanya rezeki peniaga oden dan gorengan..
    Sedapnya fish skin tu..pernah nampak kat Aeon ada jual salmon skon mentah..pasti sedap kalau digoreng garing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, jadi rezeki peniaga oden dan gorengan.
      Mama Cella suka makan ikan salmon, cuba beli kulitnya, goreng dengan tepung BESTARI ke... mesti sedap tu.

      Padam
  5. Gigi dah baik, balas dendam ya makan macam-macam. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang balas dendam ni Sal. Kalau boleh, yang keras-keras pun nak dikunyah semua.

      Padam
  6. Terliur tengok jajan buat firdaus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok jadi anak-anak, selalu dapat jajan hahaaa.

      Padam
  7. gigi dah tak sakit puas hati dpt makan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... betul. Waktu gigi sakit, memang baru sedar langit itu tinggi.

      Padam
  8. 5.40 petang selalunya waktu ini dana solat asar kak lepas sampai rumah. Akak dah solat maghrib dah ya, teringat dulu ada kawan rumah orang sabah dia terperanjat pukul 6.30 pagi masih gelap lagi di sini. Mereka pukul 5 pagi dah siap2 nak ke kerja tapi dana tegah sebab subuh tak masuk lagi, mana ada orang buka pejabat waktu tu. Beli kudapan untuk Daus emaknya pun nak jugak ya

    BalasPadam
  9. Apalah agaknya yang kak Amie fikirkan kelam kabut sangat tu. hihi..ada hikmahnya dapat makan makanan sedap sedap. Yang goreng sedap, oden pun sedap. Lemon shoi dan kak Amie berpisah tiada.

    BalasPadam