Pages

Selasa, 1 November 2022

Suburlah Tanam-Tanaman!

Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Allah Yang Maha Mewariskan Lagi Maha Membangkitkan.
Dengan izin-Mu jua, tumbuh subur segala tanam-tanaman di sekeliling rumah kami. Jika berbuah, bolehlah dibahagi-bahagi. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rezeki. Alhamdulillah. Tabarakallah.

Dua malam berturut-turut hujan turun dengan lebatnya. Apabila bangun di pagi hari,  berdiri di halaman rumah, terasa dinginnya hawa yang menerpa wajah. Segar dan nyaman! Dedaun hijau membekalkan oksigen dan bunga-bungaan menyerikan laman. Nikmat Allah yang manakah lagi hendak didustakan?

Bunga Telang.


Pokok telang berbunga lebat. Amie selalu petik dan keringkan untuk dijadikan teh bunga telang. 


Jika suka, sewaktu rendam teh bunga telang dengan air panas, boleh tambahkan hirisan buah lemon. Kalau sukakan rasa manis, tambahkan madu secukup rasa. Jika gemarkan minuman sejuk, tambahkan sahaja ketulan ais. 


Pokok bunga akar dani berkembang sepanjang tahun. Apalagi ketika musim hujan, bertambah suburlah pokoknya dan semakin merimbunlah bunganya yang mekar di sedut halaman menghala ke pagar.


Bunga akar dani mudah membiak dan merayap sehingga melilit batang pokok epal bidara.


Buah epal bidara pula tidak tahan lasak kalau terlalu banyak air. Apabila selalu hujan, rosaklah buahnya!


Namun begitu, ia terus berputik tanpa henti!


Kita jarang memerhatikan tanaman pokok bunga ros Encik Suami. Kalau tak silap ada lebih 10 buah pasu. Beberapa hari kebelakangan ini, tertarik pula melihat bunga ros yang mekar warna merah. 



Selalunya kita beli putik bunga ros untuk dijadikan minuman. Agaknya kalau banyak bunga ros ini, boleh kot dikeringkan untuk dijadikan teh bunga ros sebagaimana teh bunga telang!


Apabila cerita tentang bunga ros, pasti teringat Dana yang juga peminat bunga ros!


Pokok ceri berbuah lagi. Minggu lepas banyak yang masak, tapi berguguran ditimpa hujan!



Buah mangga udang sedang membesar di pokok.



Nak ajak Mama Cella duduk bawah pokok mangga. Kata Mama Cella, teringin nak mangga udang dari pokok kita! Jom bawa kicap lada. Ajak kawan-kawan lain datang.... ahaks!

Terima kasih sudi ikut kita jalan-jalan tengok tanaman di sekitar rumah.
Moga tanaman kami terus subur hendaknya.
Jumpa lagi.

17 ulasan:

  1. Wahhh.. kita jalan sampai habis. Patutlah Kak Amie sentiasa berseri, selalu minum air bunga. Teringat pulak Azmil Mustapha minum dan makan bunga ros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa...berserilah sangat ye SK. Tipu muslihat kamera hahahaha.

      Padam
  2. waah alhamdulillah yang tumpang tengok ni pun segar mata memandang
    mangga udang tu besar betul ye kak geram tengoknya boleh la tumpang mama cella mencicah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang besar. yang ini akan membesar lagi. Biasanya akan campai 1.8 - 2 kg sebiji.

      Padam
  3. Senang kak Amie ada bekalan bunga telang untuk dibuat teh. Buah bidara boleh rosak ye kalau begitu, baru tahu. Tengok bunga ros mesti teringat kak dana. Bolehlah tumpang sekaki makan buah mangga cicah sambal lada duduk di pangkin bawah pokok. hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fizah, memang buah epal bidara cepat buruk kalau musim hujan. Sama dengan buah mata kucing brazil disebelahnya. Kalau dah matang, hujan pula... cepatlah berumahtangga ulat di dalamnya.

      Padam
  4. Banyak tanaman Puan Amie. Walaupun Puan Amie sekeluarga banyak keluar daerah, pokok tetap terjaga.
    Tunggu Puan Amie kopek mangga udang untuk makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami yang rajin bercucuk tanam. Kita tukang ambil gambar hahahaaa.
      Jom...jom makan mangga udang!

      Padam
  5. Seronok jalan-jalan di taman Kak Amie. Amboi-amboi mangga udang tu.teringat lagu Allahyarham Sudirman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling enak si mangga udang,
      Pohonnya tinggi,
      Pohonnya tinggi buahnya jarang.... buahnya besar-besar, tu pasal tak banyak.

      Padam
  6. Segar mata dapat jalan-jalan lihat tanaman kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah sekangkang kucing, tapi besar hati nak tanam macam-macam hihihiiii.

      Padam
  7. seronoknya tgk tanaman kak amie. paling best mangga tu..

    BalasPadam
  8. bestnya kak, nampak subur helok semuanya pokok akak tu.

    BalasPadam
  9. akak jgnla ajak mama cella je, ajakla dana sekali nk mkn mangga dengan colek. Cantik pokok bunga ros suami akak tanam

    BalasPadam
  10. Asal sebut nama mangga udang memang auto teringat dan terbayang mangga udang di belakang dapur cikgu tau...
    Lagi satu bila nampak mangga udang cikgu .
    kita akan ingat lagu si jali jali nyanyian sudirman..

    BalasPadam
  11. Sedapnya kalau dapat mencicah mangga udang bawah pokok join Kak Amie dan mamacella....sambil2 borak kan....

    BalasPadam