Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat menu yang ditawarkan di warung ini, ternyata bukannya dari masakan Jawa, Betawi atau Sunda, bahkan jauh sekali masakan dari Sumatera. Lauk-pauk pilihan untuk makan nasi campur termasuk ayam palekko'. Nah! Itu menu spesial masakan Bugis. Barangkali tidak silap kalau Amie katakan warung ini menghidangkan masakan dari daerah Sulawesi. Selain ayam palekko' ada hidangan kapurung yang Amie nikmati sebelum ini. Kemudian, buat kali keduanya, Amie berpeluang mencicipi coto makasar pula. Begedil jagungnya pula, sampai Amie beli bawa pulang!
Tengah hari tadi, Amie bersama Encik Suami menjamu selera sekali lagi di sini. Kali ini Encik Suami memilih Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang. Dan Amie memilih kapurung. Doktor gigi nasihatkan jangan makan makanan yang keras buat sementara waktu, jadi kita pilih sajalah kapurung yang hanya perlu ditelan tanpa usaha mengunyah terlebih dahulu.
|
Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang. |
|
Coto Makasar. |
Kali kedua kami datang ke sini, Amie makan coto makasar dan Encik Suami makan bakso.
|
Sambal Coto Makasar. |
Biasanya coto makasar dinikmati bersama buras, tetapi di sini makan dengan nasi himpit. Setelah diperahkan jus limau kasturi, dan bubuh sambal....Bismillah. Nikmatilah dengan penuh perasaan ketika kuah masih panas.
|
Bakso. |
|
Sambal Bakso. |
Sementara menunggu kapurung dan bakso sampai, kami meratah begedil jagung dahulu. Ah! Itu cerita dua minggu lalu. Kita cerita kisah hari ini. Walaupun menunya sama tetapi persembahannya berbeza sedikit. Sebelum ini, kapurung spesial yang dihidangkan nampak biji-biji kacang, kali ini tidak nampak pula. Udangnya pula sudah dibuang kulit. Kali ini tak sempat buang kulit udang kot.... ahaks!
|
Kapurung Spesial. |
Beza Kapurung Spesial dengan Kapurung Biasa ialah Kapurung Spesial ditambah udang dua ekor. Kapurung Biasa RM7.00 semangkuk, Kapurung Spesial kena tambah RM2, harga dua ekor udang.
|
Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang: RM18.00. |
|
Semangkuk sup kosong. |
Encik Suami memang mencari nasi kalau makan tengah hari. Sambal dalam mangkuk hijau itu sangat sedap. Sambal daun kemangi. Encik Suami tak berapa nak makan yang pedas-pedas, jadi kita ambil sambalnya dan makan dengan kapurung!
Sekian, cerita hari ini.
|
Lemon shoi.
|
nampak lain daripada biasa
BalasPadamTentunya sedap
Menu Bugis Wak.
PadamItulah pelik kak Amie tak order Ikan Bolu kegemaran kak Amie. Rupanya ada sebab. Kapurung pun sedap nampak. Walaupun tak pernah makan coto makasar tapi sure sedap!
BalasPadamSedap juga makan makanan berkuah ni Fizah. Panas dan pedas, memang meleleh-leleh laaaa....
Padamcoto makasar tu nampak menggiurkan betul!
BalasPadamYa, perahkan jus limau kasturi, bubuh sambalnhya, memang menjadilah.
PadamSemuanya nampak menggoda untuk dicuba. Terus saya buat carian pasal Kapurung 😀
BalasPadamKalau Melayu Brunei, terkenal dengan ambuyat. Bugis pula kapurung. Sama bahan asasnya, sagu.
PadamHehe telang sahaja ya kapurung
BalasPadamYa, kapurung telan saja dengan kuah, tak perlu kunyah.
PadamKali pertama dengar Kapurung. Pandai kak Amie beza-bezakan makanan dari daerah mana satu. Kalau saya tau makan aje. Thanks for sharing. Banyak ilmu and menu baru boleh belajar
BalasPadamSeronok dapat bezakan menu masakan pelbagai daerah dan kaumnya. Dapat kenal budaya mereka.
PadamMenarik sangat menunya, Kak Amie. Patutlah tu sampai tiga kali datang di bulan Oktober saja. Bilalah sy dapat makan Coto Makassar tu kalau tak ditukang sendiri, kan. Macam lamberrrtttt lagi nak ke sanun.
BalasPadamCoto Makassar memang sedap kalau kena gaya masakannya. Lain tempat makan kita masuk, mesti ada sedikit beza rasa walaupun gunakan bahan yang sama.
Padamsedapnya nampak combination nasi goreng tu kak.. Coto Makasar pun pekat tu mesti kaw
BalasPadamBetul Mamapp. Kita pun tumpang sesudu dua nasi goreng dengan ikannya tu.
Padamalaa...menriknya dua2 hidangan...nampak sedap tu ha....
BalasPadamJemput SA.
Padamya ampunnnn semua nampak sedap kak oi.... penuh lengkap lauk macam2 dekat nasi gorengnya
BalasPadamkalau sambal dia sedap, mmg sedap la mknn dia kan
BalasPadambest betul tengok segala macam restaurant dekat rumah akak ni, semua sedap2
BalasPadamMenariknya ikan bolu tanpa tulang...syoknmakan takyah fikir tulang...Kapurung tu juga kita teringin nak rasa..Coto makasar masih belum ada kepercayaan kepada diri sendiri nak masak..tapi sangatlah teringin nak rasa
BalasPadam