Bismillahirrahmanirrahim.
Kisahnya berlaku pada malam 11 September 2022. Kami baru saja sampai ke Lahad Datu setelah menempuh perjalanan panjang dari Kota Kinabalu. Alang-alang hari sudah malam, kami pun singgah makan malam di Rumpun Selera. Kita nak makan roti tisu, tapi tak kenyanglah pula sebab 'dikacau' oleh tangan besar dan tangan kecil.... ahaks. Kemudian kita minta rojak. Tak tahulah rojak apa, tapi sebab makan di kedai mamak, kita panggil rojak mamak sajalah.
Rojak Mamak |
Firdaus sudah mengantuk! |
Jus Nanas & Air Laici |
Apabila sampai minuman yang dipesan, bangunlah pula budak kecil itu.
Matanya terus segar melihat roti tisu.... roti tisu yang patah!
Sementara menunggu hidangan lain tiba, kami pun makan roti tisu bersama-sama.
Sekarang Chicken Chop sudah sedia untuk dinikmati. Sudah tentulah Firdaus suka sebab ada kentang goreng.
Nasi Beriani |
Encik Suami berminat dengan nasi beriani lauk ayam.
Rojak Mamak. |
Masing-masing menikmati hidangan dengan penuh selera. Maklumlah penat dalam perjalanan jauh, dan selepas itu sudah terbayang rumah sendiri yang jauhnya tidak sampai satu kilometer dari restoran! nak cepat-cepat berehat.
Haaaaa...roti tisu antara roti yang saya ingin cuba tapi bila tengok meja lain order..punya la tinggi dan jadi perhatian orang ramai..tak jadi lah..🤣
BalasPadamTapi tengok Daus terpesona tu ..rasa macam nak jer tumpang cuit roti tisu tuðŸ¤
Sedap roti tisu, tapi tak kenyanglah kalau sekeping makan bertiga ... ahaks!
PadamSian dia sampai terlelap kat meja!
BalasPadamPenat tu Uncle.
PadamAsal pergi mamak mesti order roti tisu. Terpaling seronok makan ramai ramai. Kepenatan sungguh Firdaus. Jalan jalan ni kalau singgah makan mesti habis punya sebab penat dan lapar kan. Rojak dia tu menarik kuahnya pekat.
BalasPadamMemang seronok makan ramai-ramai.
PadamJalan jauh memang memenatkan dan lapar. Memang nak terus terkam jew makanan yang dihidang. Kuah rojak yang pekat itu yang sedap kan Fizah.
Tinggi nya roti tisu! Rojak mamak tu nampak tempting sgt 😋
BalasPadamKan. Nipis dan tinggi. Macam makan tisu rangup hahahaaa.
Padamnampak sedaplah kak rojak tuuu
BalasPadamJemput dik.
PadamRojak tu sangat-sangat mengoda ! kena carilah weekend nih
BalasPadamRojak mamak memang menggoda!
Padamchicken chop tu nampak menggiurkan kak, tak gaya macam di kedai mamak jee
BalasPadammemang sedap makan setelah penat menempuh perjalanan yang jauh kan. lepas kenyang, tak sabar nak baring pula..
BalasPadamrojak mamak tu memang kosong takde mee kuningnya ye kak
BalasPadamnampak pekat kuah rojak. feveret saya tu kak
BalasPadam