Bismillahirrahmanirrahim.
Operasi membuang gambar diteruskan. Terjumpa hidangan Korea pula. cerita lama, bulan Mac 2022 sewaktu bersama-sama Zaiton, Suan dan Noraida menghadiri mesyuarat di Kota Kinabalu. Ketika itu kami menginap selama lima malam di Grandis Hotel. Setiap petang sempat jalan-jalan cari makan di Suria Mall. Suatu malam selepas shopping di Suria Mall, kami singgah makan di Seoul Garden Hot Pot.
Chicken Hot Plate |
Bibimbap. |
Tak ingat dah kesemua makanan yang kami pesan!
Soon Dubu Beef Hot Pot |
Sekadar dijadikan entri buat kenang-kenangan.
Itulah kali terakhir kami makan bersama Zaiton sebab tahun-tahun akan datang Zaiton sudah tidak bersama kali lagi. Zaiton bersara wajib pada 19 September 2022.
Entah siapa di antara kami berempat yang bersungguh-sungguh ajak makan di sini. Barangkali Suan, sebab dia suka sangat hirup kuah!
Seingat kita, kita pernah makan di sini bersama Nano, Kam dan Jusna sewaktu pulang dari Brunei pada Oktober 2019.
Apa yang kita perasan, hidangan yang disajikan di hadapan mata tidaklah seindah wajah yang dipaparkan dalam gambar atau iklan. Banyaklah aksesori yang cantik-cantik hilang dari pandangan.
Orang kata, indah gambar dari kejadian sebenar.... ahaks!
Maklumlah dalam gambar terpampang bahan masakan yang segar-segar, tetapi apabila sudah dimasak semuanya tenggelam dalam lautan kuah!
Siapa yang ajak masuk sini.... kita tak ajak ye. Kita ikut saja....kah!
Semuanya hanya tinggal kenangan. Belum tentu tahun hadapan kita akan berjumpa lagi. Kita rasa macam tak ada semangat untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda lagi.
Ampun tuanku!
Indah khabar dari rupa itu biasa kak Amie. Makanan Korea ni ada yang kena dengan selera ada yang tak boleh lalu di tekak.
BalasPadamKan Fizah. Kalau BBQ & Steamboat Seoul Garden, boleh tahan rasanya.
Padamnampak sedap.., tapi tekak saya jenis payah nak cuba benda benda baru..hihih
BalasPadamSaya suka mencuba. Dari situ boleh tahu rasanya boleh diterima atau sebaliknya.
PadamSetakat ni saya belum pernah ikut anak-anak pi restoran korea walaupun depa dok ajak ikut..tak tau la ke depan-depan nanti sebab manusia ni mudah berubah hatinya..hihihi
BalasPadamKita pun lately ni dah hilang semangat kerja..
Alaaa....kita baru nak cari semangat dari cikgu..cikgu pun dah hilang semangat ni..acanner ni...huhuhu..
Ada juga makanannya yang sedap-sedap.
PadamSaya tak bersemangat untuk pikul tugas yang satu itu, sebab sangat berat dan menyebabkan saya mengalami ketegangan mata digital, akibat penat siang malam menyiapkan tugas menatap skrin.
Tugas hakiki sebagai guru masih saya cintai.
Marilah kita kutip semula semangat yang mula tercicir-cicir dalam perjalanan itu....
Pernah masuk seoul garden tapi yang pot ni tak pernah makan. Suka kalau tenguk cerita korea tu dia punya makanan walau nampak macam nasi campur tapi tenguk dia buat emm cam sedap je
BalasPadamSaya suka tonton drama Korea yang memaparkan budaya dan makanan mereka. Asyik sungguh melihat banchan yang pelbagai. Memang nampak sedap jew kan Notie.
Padamsedapnye seoul garden hot plate lama tak pergi makan sini, kena cari geng baru best makan...
BalasPadamMakan ramai-ramai memang best kan.
Padamya ampunnnn sedap nampak semuanya kak oi
BalasPadamsedap chicken hot plate tu..
BalasPadamyum yum sedapnya . makan panas2 lagi la buka selera
BalasPadam