Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi, nampak kuih-muih warna hijau seperti nona manis dan buah melaka. Kawan-kawan kata, James yang bawa. Sekali imbas saja kita nampak sebab kita hendak cepat-cepat masuk kelas. Waktu rehat, terpandang tiga kotak berisi kuih, tapi lain pula warnanya. Menurut cerita, Mas yang belanja.
Tak kisahlah kuih warna apa, yang penting perut yang lapar dapat diisi! Yang di bawah ini, entah kuih apa namanya. Luarnya garing, inti kacang hitam yang manis. Menurut seorang kawan, kuih ini dipanggil ontok-ontok.
Ontok-ontok?
Ya, kita panggilllah kuih ontok-ontok.
Yang ini pula rasa donut, tapi ada inti. Luarnya bersalut gula halus. Ada yang kata inti mayonis. Tapi apabila kita makan rasa masin pula intinya, seperti rasa keju. Entahlah, kuih apa namanya, inti mayonis tapi rasa keju.
Yang ini memang dikenalpasti donut!
Terima kasih James & Mas yang sudi belanja kami hari ini.
ontok-ontok tu mcm pau goreng je kak
BalasPadamHaaa... lebih kurang begitulah.
PadamGebu semuanya.. macam dari adunan yang sama cuma filling lain-lain.
BalasPadamBetul tu. Senang kerja kan Faizah.
Padamontok2 tu selalu klu di pasar malam selalu di jual dengan kuih pak tongkoi @ cakoi.org cina panggil hang cing peng
BalasPadamOhhh... begitu ceritanya ye. Tq for sharing.
Padamgebu gebas kuihnya tu kak amie..adehh jauh benor nak sampai tumpang makan hihi
BalasPadamkalau di tempat saya ontok-ontok kosong ada juga yang cicah sambal tumis
Sedap tu ontok-ontok kosong cecah sambal tumis.
PadamKuih apa ek namanya. Ontok ontok kalau bahasa Nismilan, diam-diam. Rezeki depan mata orang belanja kita bedallah bila perut dah meminta minta. Yang ada isi mayonis tu ala bomboloni pulak.
BalasPadamItulah kawan-kawan pertikai, apa nama yang ada isi mayonis tapi rasa macam keju pulak. Ala-ala bomboloni gitu kan Fizah.
PadamKalau bahasa Negeri Sembilan, ontok-ontok tu maknanya duduk diam-diam
BalasPadamOntok-ontok..
BalasPadamUnik namanya...Bila baca komen hasnaamuaz...macam boleh bayang rasa kuihnya
ontok-ontok itu isinya apa kak? donat perisa keju tak pernah jumpa tu... moden jugak ya
BalasPadamnampak gebu je donat dia..
BalasPadam