Pages

Isnin, 28 November 2022

Kodop @ Kulat @ Cendawan Sisir Goreng dengan Petai

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih terasa sedapnya SAMBAL KODOP DENGAN LADA PUTIH apabila dinikmati dengan nasi putih. Ada baki kodop kering, jadi kita pun rendam hingga kembang dan kemudian masak bersama bahan-bahan yang lain. Kali ini tidak ada tuhau, jadi kita tambahkan petai pula. Lebihan lauk ini Amie simpan, dan panaskan semula. Bertambahlah sedapnya sebab sudah meresap segala bahan bercampur menjadi satu!

Ada pun Kodop @ Kulat @ Cendawan Sisir Goreng dengan Petai ini lebih dua minggu tersimpan dalam folder. Hari ini baru ada kesempatan untuk dijadikan entri.

Kodop Goreng dengan Petai


Amie gunakan tiga jenis cili padi di atas  sebagai perencah. Cili padi ini Amie beli di Kundasang. Rasanya tidaklah pedas sangat.



Kodop Goreng dengan Petai

Resipi Kodop Goreng dengan Petai

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kodop @ cendawan sisir kering - rendam hingga kembang - toskan - perah airnya 
  • 1 kuntum bunga kantan - leraikan kelopaknya
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 20 biji cili padi - hiris
  • 1 cawan isi petai
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan bilis di dalam kuali.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih serta cili padi hingga layu.
  4. Masukkan kodop @ cendawan sisir. Gaul rata. Masak sehingga hampir kering.
  5. Masukkan bunga kantan, petai, garam / perasa pilihan dan gaul. 
  6. Setelah petai berubah warna, masukkan pula ikan bilis.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

20 ulasan:

  1. Bikin lapar lah petang2 macam ni 😁

    BalasPadam
  2. Ish, dah terbayang klu makan dgn nasi putih panas2 ni. Klu ada letak bunga kantan dlm menu tu confirm saya suka!

    BalasPadam
  3. Tertarik dgn cili purple tu!! X pernah jumpa yg kaler tu

    BalasPadam
  4. cantiknya kak siap ada gabungan 3 warna cili tu, dana aritu dapat juga jumpa cili api putih mak tanam tapi pepel takde lagi

    BalasPadam
  5. nanti saya nak cuba masak untk mak di kampung..musim hujan skrg di kampung dah banyak kodop tumbuh pada batang getah

    BalasPadam
  6. wow rare la cili padi pepel tu kak amie

    BalasPadam
  7. Terliur tengok. Lauknya simple je tapi boleh menaikkan selera.

    BalasPadam
  8. Kodop...unik namanya..
    Kulat sisir ni..saya pasti cikgu juga ada kenangan mengsik jiwa kan🤭

    BalasPadam
  9. lawa pulak cili warna purple tu kak...geram je tengok

    BalasPadam
  10. Boleh bertambah -tambah nasi ni Kak Amie. ..

    BalasPadam
  11. Geram sungguh kita tengok cili padi aneka warna tu.

    BalasPadam
  12. Berwarna-warni cili padinya.
    Ogmh boleh masak dengan petai. Menarik.

    BalasPadam
  13. Kulat sisir memang fav SA tau Kak Amie...cuma susah dapat..kalau ada pun mahal..satu tin sardin kecik x penuh pun RM5 di jual....

    BalasPadam
  14. aduhai, simple gini la yg memikat selera.
    petainya tu. lama sungguh aida x makan petai tau.
    sebab jarang dpt yg fresh :(
    kat kedai runcit, da kopek and mostly dlm seplastik tu da x cantik.
    sedapnya!!!

    BalasPadam
  15. تقدم شركة مصر للمصاعد تخفضيات كبيرة بمناسة نهاية العام و كونها من اشهر شركات المصاعد في مصر لا تتردد في التعامل مع الشركة تقدم الشركة جميع انواع المصاعد وضمان لمدة 10 سنوات

    BalasPadam
  16. Menarik resepinya.. Selau buat masak lemak.. Sesekai masak cengginie sedap juga..

    BalasPadam