Pages

Isnin, 28 November 2022

Aroma Sup Ayam Kurma Merah & Longan Kering Memang Sangat Menggoda Selera!

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie selalu kongsikan hidangan Sup Ceker @ Kaki Ayam dengan Kurma Merah. Kalau tidak ada kaki ayam, Amie gunakan sahaja mana-mana bahagian ayam seperti dada, sayap dan peha. Bagaimanapun, kalau gunakan bahagian selain ceker, Amie akan masak kurma merah terlebih dahulu kemudian barulah masukkan ayam. Ini disebabkan kurma merah memerlukan masa agak lama untuk masak sepenuhnya. Kalau masukkan sekali,  isi ayam akan menjadi terlalu lembut dan rasa manisnya akan hilang. Kalau gunakan ceker, Amie masukkan semua sekali bahan-bahannya, memandangkan ceker memerlukan masa untuk menjadi lembut. Semakin lembut semakin sedaplah hisap ceker!

Sup Ayam Kurma Merah & Longan Kering

Sup Ayam Kurma Merah & Longan


Resipi Sup Ayam Kurma Merah & Longan Kering

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ayam bahagian peha
  • 11 biji kurma merah saiz besar
  • segenggam longan kering - anggaran 15 biji
  • 1 sudu besar goji beri
  • 2 kuntum cendawan shiitake - rendan hingga kembang - belah 2
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda - hiris nipis
  • garam / perasa pilihan
  • 1.8 liter air
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk. Masukkan kurma merah, longan kering, cendawan shiitake, halia, bawang besar dan bawang putih.
  2. Setelah mendidih, perlahankan api selama 30-40 minit dan tutup periuk.
  3. Buka tutup periuk, dan masukkan ayam bersama goji beri.
  4. Tutup periuk dan renih sehingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Hidangkan sewaktu masih panas.

16 ulasan:

  1. sedapnyaa.. bila bila nak cuba buat juga lah. tp kena cari bahan2 dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahannya tak banyak. Bahan kering tu beli sekali boleh masak banyak kali.

      Padam
  2. Setiap kali Kak Amie share pasal sup ni, membuak-buak teringin nak cuba. Tapi asyiklah terlupa beli kurma merah bila ke kedai 😇

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa PH. Ada kesempatan juga nak beli tu. Saya kalau renih sup begini, cium aromanya pun dah rasa segar!

      Padam
  3. Mknn sihat ni.. boleh boost ASI bg yg masih breadtfeed.. hihi

    BalasPadam
  4. bahan-bahan tu boleh beli dekat pasaraya biasa tak ek kak, teringin lak nk cuba tengok akak masak nih

    BalasPadam
  5. sedap dan bagus utk kesihatan ni kan

    BalasPadam
  6. sedapnyaaaa... saya jadi lapar :)
    salam perkenalan dari Indonesia
    saya follow

    BalasPadam
  7. Sup begini memang banyak khasiatnya.

    BalasPadam
  8. Oooh...kena masak lama yer kurma merah tu ..
    Terima kasih perkongsian resipi dan infonya..saya biasa rebus kerma merah ni kosong minum air macam air teh 0 tu saja..
    Mana PH ni..nak ajak masak sup kurma ni🤭

    BalasPadam
  9. kak, kalau kurma /longan sikit, sup ttp ada rs ke? ke... rs lain?

    BalasPadam
  10. Hari tu nampak kurma cina ni kat kedai terus teringat sup ayam Kak Amie.

    BalasPadam
  11. Menarik tengok kejadian sup ayam ni....nanti boleh la buat...kat rumah ni kalau masak lain dari yang lain macam ni sure ada yang x makan...tunggu SA ada suami nanti...boleh masak macam ni...hehehehe

    BalasPadam
  12. sup ayam tu biasa.
    tapi, dgn kurma merah tu luar biasa pd aida.
    aida x pernah cuba :)
    menarik resepi akak.

    BalasPadam
  13. menariknya sup dibubuh kurma merah.. Kena cuba juga nie.. Sha tak pernah makan sup macam nie.. selalu tengok di youtube je..

    BalasPadam