Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara menanti Encik Suami dengan Firdaus selesai solat Jumaat, baiklah buka Mr. Lappy. Boleh ketik-ketik huruf untuk dijadikan entri. Selesai solat Jumaat, Encik Suami akan hantar kita ke klinik pergigian. Ada janji temu pada pukul dua petang nanti.
Kita cerita hari kelmarin yang sudah berlalu pergi.
Suasana 5:45 pagi di luar pagar rumah. |
Pukul 5:45 pagi, keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Tumpang kereta Encik Suami, sekali dengan Firdaus ke sekolah agama. Kami, burung anak-beranak keluar meninggalkan sarang, mencari rezeki dan menimba ilmu.
Nasi Kuning Sambal Ikan |
Encik Suami belikan kita nasi kuning. Pukul 6:30 pagi, kita sarapan nasi kuning sebab pukul 6:45 pagi bermulanya PdP. Dengarnya, rombongan pegawai dari PPD akan melawat ke sekolah kami pada pukul 11:30 pagi hingga 4:30 petang. Kami, dikehendaki menyertai dialog prestasi bersama mereka. Bersedia untuk membentang apa yang patut terutamanya yang berkaitan dengan SPM. Tunggu punya tunggu, pukul 1:30 petang baru sampai!
Nasi Ayam |
Sebelum PPD sampai, kena isi perut dulu. Takut tak sempat makan. Sudah maklum, menjelang tengah hari kantin sibuk dan biasanya makanan habis! Jadi, telefon Encik Suami, minta belikan makanan. Encik Suami belikan nasi ayam, tapi macam tak kenyang pula! Mungkin sebab stress!
Ada roti, topping chicken floss. Ambil sebiji.
Selesai berdailog prestasi dengan PPD, terus lari ke surau untuk solat asar. Encik Suami sudah sampai untukambil Firdaus balik sekolah. Hujan pula.
Kami berdua berpayung jalan kaki ke kedai Pakistan.
Encik Suami ajak minum teh Pakistan dan makan roti paratha.
Roti Paratha + Daging Cincang + Kacang Kuda. |
Teh Pakistan |
Hujan-hujan memang sedap layan roti paratha cecah daging cincang!
Dalam perjalanan pulang ke rumah, azan maghrib berkumandang pada pukul 5:49 petang. Sampai rumah, cepat-cepat mandi dan solat maghrib. Kemudian kami bertiga keluar semula menuju ke kampung. Ada majlis bacaan Yasin dan doa kesyukuran.
Pengat Labu. |
Biras sediakan pelbagai juadah untuk para tamu.
Kuih Sawalla. |
Selain kuih muih, ada buah-buahan.
Antara kuih-muih dan buah-buahan yang sempat digambarkan.
Kuih-muih dan buah-buahan serta jajan lain akan dibahagikan kepada para tetamu untuk dibawa pulang.
Lauk-pauk pun banyak jenis. Ada ayam masak kicap, sambal ikan, ikan tenggiri jeruk dan sebagainya.
Sup Ayam Kurma Merah |
Kita sudah tentu memilih sup kurma merah campur ayam dan labu air. Hirup dua mangkuk. Alhamdulillah. Pukul 10 malam, kami sampai ke rumah. Berakhirnya cerita kelmarin, hari Khamis.
Wokey!
Beberapa minit lagi Encik Suami akan sampai untuk hantar kita ke klinik.
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
Cantiknya bunga warna maroon kat pagar rumah kak amie tu.Apa nama dia ya?Semoga dipermudahkan segala urusan kat klinik nanti, nak scalling gigi ke tu hehe?
BalasPadamBunga akar dani tu Lina.
PadamTerima kasih Lina, in syaa Allah urusan dipermudahkan.
Ya ampun kak, sedap nampak semua nya menu akak tu... terus rasa lapar lagi lah tengok waktu tengahari gini
BalasPadamJemput Dana.
Padampukul 5.45 pagi dah terang benderang gitu? kalau dekat sini sama macam pukul 7.30 pagi.... mesti pukul 6 petang dah gelap kan dekat sana
BalasPadamSekarang waktu subuh pukul 4:44 pagi. 5:45 pagi memang dah terang. Matahari mula keluar. Masuk maghrib pukul 5:49 petang.
Padampenuh padat aktiviti kak amie seharian..penatnya ye tapi alah bisa tegal biasa
BalasPadamkuih sawalla saya baru pertama kali dengar
Memang rasa letih Afzan, maklum bangun seawal pukul 4 pagi, sampai rumah waktu maghrib pula, dan sambung lagi pergi kampung.
Padamperghhhh mengancamnya kakkkk teh pakistan tuuuu sy suka teh kaler mcm tu. kompemmmm ada ummmpphhh
BalasPadamMemang best teh pakistan tu. Lagi best lepak sini sambil makan roti paratha.
PadamKalau kat sana jam berapa mula sekolah cikgu? 6.20 am ke sebab kat sini 7.20 am kalau tak silap.
BalasPadamKelas bermula pukul 6:45 pagi. Matahari pun dah terang benderang.
Padamdana ingat kuih sawalla tu kuih donat coklat kak, tapi rupanya... kuih getas tapi sira pakai gula merah ya... cepat2 dana google sebab nak tahu.
BalasPadamAla-ala kuih getas gitu. Di sini, sawalla kuih tradisi Bugis.
PadamSedap tengok roti paratha cicah daging cincang. Dah la saya belum makan tengahari lagi. Hehe..
BalasPadamMemang sedap sungguh roti paratha panas cecah daging cincang.
Padamhari yang sibuk buat kak amie. dari awal pagi sampai ke malam ya..
BalasPadamSibuk kan Syu. Badan letih, tidur pun lena.
PadamSedap pulak tengok Sup Ayam Kurma Merah tu..
BalasPadamSedap dan berkhasiat.
PadamSukanya tengok perkongsian cikgu kenduri kendara di sana...Meriah dan mewah dengan pelbagai jenis makanan
BalasPadamMakanan berupa kuih, buah dan sebagainya itu dujadikan buah tangan untuk tetamu bawa pulang.
Padamadudu sedapnya roti paratha cecah daging cincang tu kak
BalasPadamSedap Mamapp. Tu pasal selalu makan di kedai Pakistan ni.
Padamsehari yang full dan banyak aktiviti tapi seronok dapat makan sedap-sedap. eh, tetamu dapat bawak balik kelapa seorang sebiji? bestnya
BalasPadamYa, bawa pulang buah lain dan kuih juga.
PadamParatha dengan daging cincang tu memang umph la makan masa hujan.. Pastu kena pula secawan nescafe.. Padu..
BalasPadamMenu kenduri pun mengancam..
Itulah kisahnya, tentang makanan dari pagi sampai malam.
PadamBagus kak Amie siap siap ready bekal bila dah tahu hari yang sibuk. Sekarang ni musim hujan seluruh negeri. Payung wajib dibawa kemana mana..Sedapnya dapat menjamu teh tarik di kala hujan. Pertama kali tengok dan dengar nama Kuih Sawalla.
BalasPadam