Pages

Isnin, 14 November 2022

Makan Tengah Hari di Aisha Curry & Biryani House

Bismillahirrahamanirrahim.
Sepanjang hari ini langit mendung, awan kelabu. Menjelang tengah hari, hujan mencurah-curah membasahi bumi. Selepas sarapan pukul 6:20 pagi, perut belum ditambah apa-apa makanan sehinggalah tamat waktu kerja. Memang lapar. Sebelum sampai simpang sama ada menghala ke kiri arah ke bandar LD, hala ke kanan hala ke rumah arah Seri Perdana, Encik Suami tanya, nak makan di mana. Cepat buat keputusan, katanya. Sebab stereng hendak mencari arah. 

Kita kata makanlah di sana. 
Encik Suami kata, di sana jalan sesak teruk. 

Makanlah di sini. 
Encik Suami jawab, sesak juga di sini. Sebelum ambil kita, katanya dia baru saja lalu jalan di sini. 

Kalau begitu, makanlah di sanun. 
Di sanun pun sama juga. Kenderaan tak boleh bergerak. Ini semua gara-gara kempen pilihan raya, kata Encik Suami. 

Baiklah, kita pergi sinun pulak, kita cadangkan. 
Takut nanti kita terperangkap di sinun. Entah jam berapa boleh sampai, begitu pula jawab Encik Suami.

Kalau dah tak boleh makan di sana, di sini, di sanun, di sinun baiklah patah balik, terus balik ke rumah. Malas dah kita hendak cadangkan tempat makan.

Okeylah. Iya laa..... tapi tak pasti boleh lepas ke sana atau tidak, balas Encik Suami.

Eh, traffik lancar saja. Tak adalah sesak di sana, sesak di sini. Tapi kita diam-diam saja. 

Maka singgahlah kami makan di Aisha Curry Biryani House.

Nasi Biryani Ikan.


Encik Suami makan Nasi Biryani Ikan. Lengkap dengan keropok papadom, acar timun, ikan goreng, kuah kari dan semangkuk sup kosong.

Rojak Singapura.

Kita pula, pada mulanya hendak makan nasi putih lauk Asam Pedas Johor sebab teringat SK Tanah Jauhar, tapi apabila masuk ke restoran terus ubah selera nak makan Rojak Singapura pula!

Lemon Shoi


Lain kali boleh datang lagi, nak rasa Asam Pedas Johor pula.


Sampai rumah, makan lagi buah rambutan yang tak berapa manis dan tak berapa longkah yang kita beli daripada kawan. Terima kasih kerana sudi teka harga sekilogram buat rambutan yang kita beli ini: TEKA-TEKI: BERAPA HARGA SEKILOGRAM RAMBUTAN?


11 ulasan:

  1. Di Gombak pun mendung sepanjang hari.
    Teringin pulak nak rasa beriani ikan :)

    BalasPadam
  2. Aik sana, sini, sanun,sinun semua tidak boleh.
    Hehe patut si suami cakap terus-terang hendak makan di mana.

    BalasPadam
  3. Geli hati saya baca di sana, di sanun, di sinun...teringat cerita P.Ramlee 😄

    Belum pernah jumpa nasi briyani ikan.

    BalasPadam
  4. 2-3 baris ayat di para 1 dh mcm lirik lagu pulak.. hehehe

    BalasPadam
  5. tak singgah di Tanah Jauhar ye kak amie terus ke singapura

    BalasPadam
  6. heheheh mujurla akak bukan sejenis kaki bebel macam dana ye, kalau Edy lah tu... memang siap la selagi belum sampai kedai memang kene bebel je lah dengan dana sbb mcm-mcm alasan sedangkan tak jem pun jalannya. Dana tak terliur nasi beriani tapi terliur tengok rojak singapura tu kak... sedapnya.

    BalasPadam
  7. akhirnya santap nasi briani yg enak setelah xdpt ke sana sini sinun sanun ya kalau di sini ke jenun kat kedah

    BalasPadam
  8. sedap tgk ikan tu.. digoreng garing

    BalasPadam
  9. Sana...sini...sanun...
    sinun...
    Hahahaha

    BalasPadam
  10. Hujan campur kempen, memang jamlah di sana sini

    BalasPadam