Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat menikmati cuti tambahan pada hari ini, dan seoga dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang. Apa agaknya juadah tengah hari ini?
Agak lama juga dapur Amie tidak berasap. Entri kali ini merupakan entri tertunggak. Ceritanya sudah berlalu iaitu pada hari Jumaat lepas, hari cuti sempena PRU15. Pada hari itulah Fairuz kenakan kami di sini: ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-28
Seronok sungguh pada itu kerana dapat makan tengah hari bersama Abang Farid dan Fairuz. Cuma Fuad seorang yang tidak bersama kami. Sebaik sahaja semuanya pulang dari menunaikan solat Jumaat, hidangan sudah tersedia di atas meja.
Amie panggang ikan kandaman, bungkus dalam aluminium foil. Oleh kerana sudah ada sambal tomato, Amie tidak sediakan kicap lada. Cukuplah cecah ikan kandaman panggang tadi dengan sambal tomato.
Ikan Kandaman |
Ikan yang Amie panggang tidak garing, sebab kami sukakan isi ikan yang berjus. Nampak matanya sudah tersembul menandakan ikan sudah masak.
Lauk-pauk hidangan makan tengah hari. |
Sambal Tomato |
Sambal tomato ini Amie tambahkan udang kering. Amie gunakan cili padi, bawang besar, bawang putih dan tomato. Untuk rasa lebih masam, Amie masukkan asam keping.
Sup Ceker Kurma Merah & Longan Kering |
Sup ceker @ kaki ayam ini Amie tambahkan kurma merah dan longan kering. Abang Farid asyik sebut : Sedapnya bau sup. Gandingan kurma merah dan longan serta hirisan halis membimbulkan aroma yang semerbak! Memang tak senang dibuatnya ketika menunggu sup ceker ini direnih.
Isi Ikan Kerapu Kering & Petai Goreng |
Untuk memenuhi selera sendiri, Amie goreng isi ikan kering kerapu bersama petai. Aduhai! Makan begitu saja dengan nasi, tersangatlah nikmatnya! Lupa lauk lain di depan mata.
Mangga Udang |
Kebetulan pula mangga udang di belakang dapur ada yang sudah masak. Kita petik sebiji dan timbang. Beratnya 1.7 kg. Bolehlah kupas untuk dijadikan pencuci mulut. Selebihnya boleh dibuat jus.
Mangga Udang |
Hari ini, hanya mampu mengimbau kenangan dan menghitung rindu. Moga Abang Farid di Perak, Fuad di Selangor dan Fairuz di Kota Kinabalu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Tak sabar menanti hari untuk bersua pada minggu depan.
selamat ulang tahun perkahwinan amie moga tiasa bhgia bersama menuju jannah
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
Padamcantiknya warna ikan ni...mcm ikan salmon..
BalasPadamBetul, warnanya cantik memikat.
Padamnampak sedap semua hidangan kak amie..
BalasPadamIkan kandaman ni ikan laut ke ikan sungai kak? Mcm ikan merah pulak tp saiznya kecik
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamNampak sedap semuanya
ikan kandaman tu macam ikan merah ye kak..tapi warnanya lagi terang kan
BalasPadamhari bahagia ye kak, mesti la teringat kan. Geram tengok ikan kandaman tu besar betul dan mesti isinya lembut gebu
BalasPadamsekali tgk ikan ni ingatkan kecil tapi besar juga saiznya
BalasPadamMerah betul ikannya..
BalasPadamCantiknya ikan kandaman...merah macam kerapu bara..
BalasPadamSemua lauk menggoda selera
Setiap kali sebut atau terbaca nama mangga udang pasti terbayang mangga udang dipohon cikgu..Nanti kongsikan juga gambar pohonnya cikgu..pasti sudah dewasa pohon mangga udang tu agakny🤭
sy igt warna merah ikan ni akn berubah bla dah masak. selain panggang, ikan ni jg sesuai utk msk apa ya kak?
BalasPadamApabila semua ada masakan pun bayak.
BalasPadamAnak-anak bertebaran dan duduk berjauhan daripada ibubapa.
Sedap x ikan tu kak...manis x isinya....nampak sedap tu...
BalasPadamSelamat ulangtahun perkahwinan buat kak amie dan suami..
BalasPadamUnik betul ikan tu.. Rasanya tak pernah lagi terjumpa disini.. Merah betul warnanya..
Sambal tomato tu di masak ke kak?