Pages

Ahad, 27 November 2022

Ulang Tahun Adik Ipar

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya kita terlupa tarikh sambutan ulang tahun adik ipar. Sambutan ulang tahun adik ipar hanya dibuat bersama keluarganya sahaja. Idea kakak ipar, supaya adik-beradiknya semua hadir pada malam sambutan tersebut. Jadi kakak ipar berpakat dengan biras (isteri adik ipar) untuk buat surprise. Mujurlah kami sampai sebelum adik ipar potong kek sebab katanya, kenapa perlu tunggu pukul lapan malam untuk memotongnya.

Adik ipar, memakai baju melayu warna mustard dan bersongkok.


Memang terkejutlah adik ipar kita melihat kedatangan kami pada malam itu!

Kek ulang tahun yang ke-56 tahun.


Pulut kuning dan peha ayam panggang ini dibuatkan oleh biras, isteri abang ipar kita.

Semoga rumah tangga adik ipar dan isterinya sentiasa dalam keadaan rukun damai, bahagia hingga ke syurga.


12 ulasan:

  1. Meriah majlisnya. Selamat ulangtahun buat adik ipar Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Alolo romantis sangat suap-suap kek. Sporting pakaian dan warna backdrop matching

    BalasPadam
  3. suap2 tu kak dah mcm pengantin barušŸ¤­

    BalasPadam
  4. Bestnya sesambil family gathering

    BalasPadam
  5. sedondon baju mereka adik beradik

    BalasPadam
  6. macam baju pengantin baru adik ipar akak dan isterinya. Pulut kuning tu yang sangat menggoda kak, sesuai dengan baju yang menyambut hari jadi

    BalasPadam
  7. aww sweet sgt siap bersuap2 gitu.. happy birthday buat adik ipar kak amie

    BalasPadam
  8. Mesti adik ipar tidak sangka diraikan sebegitu meriah.

    BalasPadam
  9. Seronok tengok sambutan birthday yang meriah macam ni....

    BalasPadam
  10. Selamat ulangtahun kelahiran buat adik ipar kak Amie.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..
    Mengancam betul pulut kuning dengan peha ayam panggang..

    BalasPadam