Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie cuba menukang genre seram pula. Beberapa kali juga tukar cerita sebab tak boleh hendak menyiapkan cerita tersebut. Antara kekangannya sudah tentulah rasa takut untuk menulis terutama pada waktu malam. Akhirnya siaplah sebuah cerpen seram berdasarkan pengalaman sewaktu melahirkan Abang Farid pada 30 September 1995 yang lalu.
Kali ini Amie cuba menukang genre seram pula. Beberapa kali juga tukar cerita sebab tak boleh hendak menyiapkan cerita tersebut. Antara kekangannya sudah tentulah rasa takut untuk menulis terutama pada waktu malam. Akhirnya siaplah sebuah cerpen seram berdasarkan pengalaman sewaktu melahirkan Abang Farid pada 30 September 1995 yang lalu.
Jantung berdegup laju, selaju detakan jam di dinding. Lolongan sayu itu membuatkan aku semakin seriau!
Terima kasih penyelenggara Projek Antologi Cerpen Seram Puan Norsazlizawati Md Ali dan penerbit SHE serta 33 rakan penulis yang berjaya merealisasikan SERIAU.
Kini SERIAU sedang menanti untuk ditatap, dan terselit di dalamnya sebuah cerpen hasil nukilan Amie berjudul BALBALAN. Baca waktu malam rasa seram, baca waktu siang, malam terbayang-bayang.
Ada sesiapa di sini pernah dengar tentang BALBALAN?
Yang belum tahu apa itu BALBALAN, mari Amie perkenalkan.
Antologi Cerpen Seram : Seriau. |
Pengalaman pertama, bersalin di Hospital Lahad Datu. Antara percaya dengan tidak, ikut sahajalah nasihat orang yang lebih berpengalaman. MIL tidak benarkan kita masuk wad kelas pertama atas sesuatu sebab. Jadi, kita aku duduk di kelas biasa sahaja.
Kita pun memang kurang sangat pengetahuan tentang benda-benda ghaib dan mistik!
Sekadar kongsi pengalaman sahaja. Tidak lebih dari itu.
Sekian.Terima kasih.
Hebat kak Amie menulis genre seram pula. Pernah dengar balan balan perkongsian dari YTuber KJ masa dia bermalam di sebuah bukit di Sabah. Adakah balbalan sebutan asal dia. Seram dengar kisah balbalan ni.
BalasPadamBalbalan dan balan - balan kalau di Sabah maksudnya sama. Cuma lain daerah lain sebutannya, ada yang sebut balbalan ada yang sebut balan - balan.
PadamOhh macam tu. Faham faham :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtahniah
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamTahniah atas hasil karyanya .
BalasPadamTapi saya tak berani nak baca..bak kata cikgu kalau baca siang malamnya terbayang-bayang...
Saya pun tak tau nak buat macamana untuk hilangkan rasa takut dan suka " usik diri sendiri" iaitu suka overthinking tentang sesuatu perkara termasuk perkara seram..huhuhu
Rasanya ini karya pertama dan terakhir genre seram. Memang seboleh-bolehnya saya nak elak rasa seram sewaktu menulis, tapi tak boleh sebab memang hasilnya mesti seram. Akhirnya tulislah pengalaman sendiri dalam bentuk tulisan yang tak berapa nak seram hihihiii.
PadamOh, sy tahu sebutannya balan-balan, rupanya balbalan saja ya. Sebagai peminat novel genre seram, teringin nak baca pengalaman semua penyumbang ceritanya.
BalasPadamWah, genre seram pulak. Makin kreatif kak Amie. Uit cmane sendiri tulis, sendiri takut. Hehe
BalasPadamTahniah, Kak Amie. Moga selepas ini akan ada banyak lagi karya bergenre seram buah pena Kak Amie 😊
BalasPadambalbalan, bunyi mcm pelik tp bla dah tahu warrghhhhh larikkkkk
BalasPadamKena sendiri memang rasa seram.
BalasPadamSaya pula di asrama waktu siang waktu pagi tapi mendung/gelap sekitar.
aduh seram lak kak baca di kala duduk sendirian di pejabat ni. Memang ada kan balbalan ni di sabah sana kan kak.
BalasPadam