Pages

Sabtu, 8 Oktober 2022

Sayur Remayung Tumis Daging & Telur Dadar Kacang Panjang Ular

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Rasanya agak lama juga dapur kita tidak berasap. Jadi, hari ini kita pun asapkanlah dapur kecil kita dari pagi tadi. Seawal pukul sembilan  pagi, kita sudah renih sup ceker dalam rice cooker.  Kita bersihkan dapur, sapu dan mop sambil menghidu aroma sup ceker dari slow cooker. Aduhai Tak sanggup menunggu lama-lama untuk hirup kuahnya!

Hidangan Makan Tengah Hari

Keadaan sup ceker setelah dua jam di dalam slow cooker.

Selain kurma merah, white fungus, cendawan shiitake dan ceker,  kita tambahkan betik mengkal dan longan kering. Kebetulan pula, cuaca mendung, dan hujan setitik dua jatuh ke bumi. Terasa sedikit dingin. Memang enak sungguh hirup kuahnya panas-panas! Campuran longan kering, kurma merah dan cendawan shiitake menjadikan aroma sup sangat menggoda selera.

Sup Ceker.

Ikan Bawal Hitam Panggang

Firdaus sangat berselera makan nasi dengan ikan bawal hitam panggang. Nampak tubuhnya agak susut. Barangkali letih bersekolah pagi dan petang. 

Sambal Kicap Cili Potong

Ikan bawal panggang cecah dengan sambal kicap cili potong. Sambal kicap ini juga sangat sedap cecah dengan telur dadarkacang panjang ular.

Telur Dadar Kacang Panjang Ular


Telur Dadar Kacang Panjang ini (kadang-kadang bubuh kacang panjang ular, tetapi biasanya kacang anjang biasa), sangat sedap makan dengan nasi putih, ditambah kicap lada dan ikan goreng! Mudah sahaja resipinya:
  • 3 biji telur gred double A
  • 5 batang kacang panjang dihiris
  • 1 labu bawang besar cincang
  • garam / perasa pilihan
  • minyak / marjerin / mentega
Gaul semua bahan. Oleskan kuali dengan sedikit minyak / marjerin /mentega. Tuangkan adunan telur. ke dalam kuali. Apabila bahagian bawahnya sudah kekuningan, terbalikkan telur dadar tadi dan biarkan sehingga masak di sebelahnya pula.

Kacang Panjang Ular & Sayur Remayung

Kita masak sayur remayung tumis dengan daging. Orang LD panggil sayur licin. Emak kita panggil sayur remayung. Ada yang panggil sayur raja dan juga bayam malabar. Sayur ini licin dan sedikit berlendir. Pastikan dicuci terlebih dahulu dan kemudian toskan hingga kering. Selepas itu barulah dipotong-potong. Masaknya pun sekejap saja. Amie gunakan api besar. Selepas masukkan sayur remayung, kita tutup selama satu minit supaya sayur masak sekata dan tak perlu banyak kali dibalik-balikkan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk remayung
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 5 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar minyak
  • garam  / perasa pilihan

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daging.
  3. Setelah bawang layu, besarkan api dan masukkan sayur remayung.
  4. Tutup kuali selama satu minit.
  5. Buka penutup kuali. 
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Kita tak bubuh cili untuk rasa pedas sebab sudah ada kicap cili potong untuk dimakan bersama ikan bawal hitam panggang. 
Sayur Remayung Tumis Daging


Bismillah.

13 ulasan:

  1. Pertama kali sy tahu sayur remayung ni, Kak Amie. Kalau ada depan mata, tak teragak2 sy menceduknya sebab sy suka makan sayur.

    BalasPadam
  2. Terliur tengok ikan bawal .. cecah dengan cili kicap.. sedapnya.

    BalasPadam
  3. Apa saja masakan cikgu akan bikin ngiler🤭
    Sup ceker masih belum terbuat oleh saya dan PH🤭
    Ikan panggang tu rasa nak minta sikit kat Daus..hihi
    Sayur remayung pernah jadi kesukaan saya..Saya suka remayung jenis batang merah.Sayangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ni saya alah dengan sayur remayung.Dah tak boleh makan.
    Bila nampak dijual..hanya pandang saja la..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan panggang tu kalau boleh dia nak ratah seorang hahahaaa....suka betul budak ni makan ikan bawal.
      Ya, ada remayung batang merah. Emak saya tanam ddalam pasu bunga. Cepat sangat tumbuhnya. Rupanya Mama Cella alahan sayur remayung. Tak apa, banyak lagi pilihan sayur lain boleh dinikmati.
      Sayur remayung tu tak panggil Mama Cella datang dekat ke? Dia tak tanya ke...kenapa tak beli saya lagi hihihiii.

      Padam
    2. 🤣🤣👻👻👻

      Padam
  4. Sayur remayung...pertama kali dengar.
    Bagusnya sup kak Amie ada campuran pelbagai buahan segar & kering. Macam2 khasiat dapat.

    BalasPadam
  5. Bolehlah letak kacang panjang dalam telur dadar. Selalu buat masak air.

    BalasPadam
  6. sayur remayung tu ayah saya pun suka. boleh habis semangkuk dia seorang. alahai Firdaus makin besar makin kurus ye. Takpelah janji sihat

    BalasPadam
  7. Pertama kali dengar sayur remayung dan tengok rupa parasnya. Sedap sedap masakan kak Amie. Kacang panjang ular tu betul betul macam ular membelit. Patutlah dipanggil macam tu. Ikan panggang tu, kalau dimasak begitu sayapun berselera macam Firdaus. Alahaii sian dia badan susut penat sangat tu.

    BalasPadam
  8. Bila hari kerja memang kita paham kak bila dapur jarang berasap. Dana pun kalau kerja kadang rajin masak kadang suruh Edy bungkus siap-siap. Akak kalau masak memang lengkap semua nya , geram dana tengok tau.

    BalasPadam