Bismillahirrahmanirrahim.
10 September 2022, bersamaan hari Sabtu. Kami sepakat untuk berehat sahaja, dan menolak dengan baik pelawaan Abang Aznan untuk jalan-jalan menaiki keretapi dari Tanjung Aru. Walaupun memang kita hendak sangat naik keretapi, tetapi kita terpaksa urungkan hasrat itu kerana pada sebelah malamnya kami akan menghadiri Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang di Palace Hotel. Pada mulanya Abang Farid sudah tempah penginapan kami di Hotel Palace untuk memudahkan kami bergerak. Namun tempahan terpaksa dibatalkan kerana kami tidur di Gardens Condominium sejak datang pada hari Selasa.
Cadangnya, pada malam nanti Fairuz yang akan hantar kami ke Palace Hotel.
Pagi Sabtu itu, kita bermalas-malas bangun sebab tidak jalan-jalan cari penat lagi...ahaks. Kami cadang hendak mencari bahan untuk masak tengah hari. Alang-alang keluar rumah, baiklah terus mencari tempat untuk sarapan pagi.
Encik Suami memandu ke Inanam, dan masuk ke Jalan Burung Keleto. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Kebetulan mata terpandang putu mayam di restoran! Lama sungguh tak makan makanan tradisional India ini. Waktu kecil dulu, di kampung kami ada seorang lelaki India keliling kampung jual putu mayam dengan menaiki basikal sambil bunyikan pon pon pon! Orang kampung selalu beli dengannya. Rasanya dulu sekeping berharga 15 sen!
Putu Mayam RM3.90 sen. |
Putu Mayam |
Beginilah rupa putu mayam yang kita makan di sini.
Bolehlah buat ubat rindu kenangan masa lalu!
Firdaus pula nak makan samosa. Ambillah tiga ketul untuknya.
Nampak macam tak sabar nak terkam samosa!
Nampak macam tak sabar nak terkam samosa!
Firdaus buang kacang dari dalam sarung samosa.
Habis 3 keping Firdaus makan. Kenyangkah makan samosa dengan minum milo saja?
Habis 3 keping Firdaus makan. Kenyangkah makan samosa dengan minum milo saja?
Ini dia makanan kegemarannya sudah sampai. Sudah tentulah kentang goreng! Firdaus sambunglah makan sarapannya.
Encik Suami pula makan nasi lemak sambal udang dengan telur goyang.
Nasi Lemak Sambal Udang Telur Goyang. |
Kita pula manalah kenyang makan putu mayam yang seco'et tu.... ahaks! Mana cukup tenaga nak masak untuk makan tengah hari nanti. Jadi kita memesan nasi beriani lauk ikan tenggiri goreng.
Nasi Beriani Ikan Tenggiri Goreng. |
Anak-beranak sedang menikmati sarapan pagi masing-masing. |
Ikan Merah |
Terbayang ikan merah yang belum habis dimasak! Apa tidaknya, setiap hari keluar bersama anak-anak buah, makan minum semua di luar dan makan setiap malam di rumah Abang Aznan. Jadi, tidak sempat untuk masak di kondo. Harap hari ini dapat masak untuk Fairuz dan Haziqkerana keesokan paginya kami hendak pulang ke Lahad Datu.
Beza warna putu mayam sana dengan di Semenanjung.
BalasPadamBeria Firdaus makan samosa tu.
Memang dia suka samosa.
PadamTeringat India yang selalu jual putu mayam menaiki motosikal sambil melaungkan "putu mayam....."
BalasPadamOooo... ada kenangan yang sama rupanya.
PadamSalfok saya kerana lebih terarah ikan merah yang besar dan pastinya segar tu.Kepalanya selain asam pedas, bikin sup pedas-pedas masam..aduh,sedapnya.
BalasPadamSaya kalau teringin putu mayam,rendam & kukus mihun Faiza..makan dengan kelapa dan gula merah...baru je makan beberapa hari lepas..tidaklah 100% macam ori..tapi boleh la buat hilang kempunan.ðŸ¤
Hahaaa... ikan merah tu besar. Boleh olah jadi empat jenis masakan.
PadamEk sekeping ke harga RM3.90? Memang tidak kenyang.
BalasPadamItulah Fairuz mesti hendak selalu makan masakan air tangan ibunya apabila ada di sana.
Betul tu. Sayangnya kami pun asyik ke sana ke mari, tidak berada di rumah sepanjang hari.
PadamWah, pagi-pagi sudah makan beriani. Yelah, berjalan ni kadang-kadang nak rehat jugak. Harap ada rezeki kak Amie naik keretapi dari Tanjung Aru nanti
BalasPadamPutu mayamnya macam bihun. Eh, baru tadi kita komen sebut jenis2 putu termasuk putu mayam, hehehe.
BalasPadamSedap putu mayam. Biasa nampak warna hijau atau putih. Memang tak kenyanglah kak Amie makan secoet tu. hihi..kena nasi jugak. Rare nasi beriani dengan ikan tenggiri. Wahh habis Firdaus makan samosa. Gigih asingkan kacang.
BalasPadamKalau di semenanjung kan warna putih putu mayamnya kan kak, itulah dana mula2 ingat megi goreng ke apa tadi heheheh. Besar samosanya tu memang kenyangla Daus, ditambah dengan fries lagi. Sedap semua menu kekenyangan sampai tengahari nampaknya kak
BalasPadamkemana lah hilang komen dana tadi kak, hilang lagi. Putu mayam di sana warnanya lain ya kak. Kalau semenanjung kan putih macam mehun tu, sebab tu tadi dana ingatkan mehun goreng ke apa.
BalasPadamtak pernah lg mkn putu mayam di sabah..
BalasPadam