Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat 09 September 2022. Sebelum kami pulang ke LD, kakak ipar maklumkan Abang Aznan akan buat BBQ di rumahnya pada hari Jumaat malam Sabtu. Berkali-kali juga Encik Suami ingatkan kita supaya datang sama sebab kita asyik nak tidur saja! Selepas solat isya' kami ke rumah Abang Aznan.
Sayap Ayam Panggang |
Assalamualaikum!
Kerja bakar-membakar dan panggang-memanggang dibuat di belakang rumah bersebelahan dengan dapur terbuka.
Kerja memerap disempurnakan oleh Rini.
Selain panggang sayap ayam, ada sosej dan juga kambing.
Kambing panggang. |
Rupanya malam itu Abang Aznan membuat kejutan untuk Ayen! Ayen @ Angah merupakan anak buah Encik Suami yang iukut serta dari LD ke KK.
Abang Aznan suruh Baby, anak bongsi Ayen bawa kek ke dapur luar tempat Ayen sedang memanggang sosej.
Kebetulan pula pada hari tersebut juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Ayen & Hasna yang ke-17.
Memang terkejutlah Ayen yang sedang kepanasan membakar sosej apabila tiba-tiba muncul anak-anak kecil menyanyi lagu 'Happy Birthday to you!' sambil membawa kek!
Ayen @ Angah bersama Hasna, isterinya, dua orang anak lelaki kembar Adam & Rayyan serta Baby sewaktu makan-makan di Kokol Haven Resort. |
Masih terasa-rasa keenakan sayap ayam dan kambing panggang malam itu!
Best ya bbq
BalasPadamYa, Rabiah. Memang best.
PadamSeronoknya...x sabar nak tunggu November nanti kmi ada family gathering jugak kat PD dan siap sewa apartment...bestnya kepak ayam tu....
BalasPadamSeronok dengarnya SA. BBQ ni kalau ramai-ramai baru best.
PadamSeronoknya. Paling seronok orang yang dapat surprise tu la. Nasib baik kak Amie tak tidur, rugi lah kalau terlepas
BalasPadamHahahaa... kalau tertidur dapat cium bau asap sajalah kan.
PadamSemoga bertambah tambah rezeki Abg Aznan selalu berkongsi rezeki dengan keluarga. Meriah ramai orang memang seronok buat BBQ. Dapat juga raikan birthday Angah. Makanan sedap buat kita teringat ingat kan kak Amie :)
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamAnak-anak buah memang pandai perap sayap ayam. Tak payah cecah kicap lada pun, rasa ayam panggang dah sedap sangat.
Air tangan pakar masak memang sedap. Masak simple simple pun sedap.
PadamWah...makan lagi..kek SR lagiii..sedapnya..
BalasPadamEh,kambing...
Tengok pun dah seronok dan nampak sedap semuanya..Happy belated wedding anniversary untuk Angah & Hasna..semoga sakinah,mawaddah wa rahmah hingga ke Jannah
Makan lagi dan lagi.... selagi berada di sana, selagi itulah siang dan malam kami makan bersama-sama.
PadamAmin ya Allah. Terima kasih doanya itu Mama Cella.
Ya ampun kak sedapnya nengok bakar-bakar tu kak oi, lagilah makan beramai-ramai memang layan betul. Bila teringat tu mesti rasa macam nak buat juga kan kak.
BalasPadambestnye bbg ramai-ramai macam ni..
BalasPadam