Bismillahirrahmanirrahim.
Malam semalam rewang di rumah kakak ipar kerana hari ini ada majlis aqiqah untuk cucunya, Khadeeja iaitu anak Abang Aznan. Abang Aznan sampai ke LD pada pukul 11 malam, jalan darat dari Kota Kinabalu.
Majlis aqiqah bermula seawal pukul 10 pagi. Tak sempat pula kita jenguk ke ruang tamu melihat perjalanan manjlis. Kita duduk di dapur, leka sembang dengan biras. Hanya terdengar bunyi kompang sahaja dari ruang tamu.
Seperti biasa, tradisi masyarakat Melayu Cocos memang tetap dijaga, terutamanya titipan untuk tetamu lelaki (terlibat dalam majlis, kompang dan doa) bawa pulang. Selain pulut kuning dan ayam panggang, nasi begana tidak ditinggalkan. Masa yang berlalu, sedikit-sebanyak turut mengubah tradisi ini. Kalau dahulu, nasi begana diletakkan di dalam pinggan, ditutup daun pisang, dan kemudian diletakkan seketul ayam begana saiz besar di atasnya. Hari ini, nasi begana hanya ditempah, dan diletakkan dalam bekas plastik yang bertutup.
Kita rasa rindu rewang masak ayam begana sewaktu hayat MIL masih ada. Aroma kelapa sangan yang kemudian digaul bersama ayam begana sangat semerbak!
Nasi Begana |
Kita kongsikan resipi Ayam Begana yang pernah kita masak 10 tahun yang lalu. Lamanya kita tak masak Ayam Begana! Resipi ini Amie minta daripada seorang rakan yang memenangi hadiah pertama pertandingan masakan tradisional anjuran Panitia Kemahiran Hidup
Resipi: Ayam Begana
Sumber : Surayaati Kadia (Kampung Cocos, Lahad Datu, Sabah.)
Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong ikut suka
3 biji bawang putih - tumbuk / kisar
5 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 labu bawang besar - tumbuk / kisar
1/2 cawan serbuk kari
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 cawan cili kisar
2 batang serai
2 cawan kelapa parut
jus limau nipis / air asam jawa
minyak
1 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika kemudian goreng setengah masak.
2. Sementara itu satukan serai bersama kelapa parut untuk disangai dan kemudian kisar / tumbuk menjadi kerisik.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk ketumbar, dan cili kisar serta serbuk kari hingga naik bau.
4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga daging ayam menjadi empuk.
6. Masukkan bahan-bahan perasa bersama dengan jus limau nipis / air asam jawa.
7. Masukkan kerisik dan biarkan seketika sehingga agak kering.
8. Tutup api dan hidangkan.
Sumber : Surayaati Kadia (Kampung Cocos, Lahad Datu, Sabah.)
Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong ikut suka
3 biji bawang putih - tumbuk / kisar
5 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 labu bawang besar - tumbuk / kisar
1/2 cawan serbuk kari
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 cawan cili kisar
2 batang serai
2 cawan kelapa parut
jus limau nipis / air asam jawa
minyak
1 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika kemudian goreng setengah masak.
2. Sementara itu satukan serai bersama kelapa parut untuk disangai dan kemudian kisar / tumbuk menjadi kerisik.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk ketumbar, dan cili kisar serta serbuk kari hingga naik bau.
4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga daging ayam menjadi empuk.
6. Masukkan bahan-bahan perasa bersama dengan jus limau nipis / air asam jawa.
7. Masukkan kerisik dan biarkan seketika sehingga agak kering.
8. Tutup api dan hidangkan.
Nasi Begana / Ayam Begana ini memang sangat sedap! Tak dapat makan daging ayam, gaul nasi putih dengan bahan kerisik yang berempah itu pun nak cukup lazat!
Kakak ipar bersama cucu-cucunya. Khadeeja yang dipeluk. |
Masih lagi ada bunga telur, dan di dalam beg kertas itu mengandungi jajan untuk para tetamu.
Gambar kenangan kita di majlis aqiqah Khadeeja. |
Oh..Abang Aznan tu kira pangakat anak saudara cikgu la kan..Meriah dan mewahnya Aqiqah dah macam kenduri kahwin.bestnya
BalasPadamMerpati dua sejoli tu makin lama makin nampak menawan dan muda belia..Apa rahsia?ðŸ¤
Ya, Abang Aznan anak saudara kami.
PadamHaaa... muda belialah sangat. Itu kan trick hp hihihiiiii.
Pertama kali dengar nama nasi/ayam begana. Banyak betul makanan² tradisional kaum di Malaysia yang masih belum diketahui ramai
BalasPadamiya kak.. semuanya dipermudah mengikut peredaran masa. Nasi ambeng pun pun sama...dulu dibungkus dalam surat kabar beralas daun pisang... sekarang masuk tipuware dan dah tak share2 lagi. Individual pack
BalasPadamSemoga Khadeejah membesar jadi anak solehah. Saya suka masakan ada ketumbar macam ni
BalasPadampertama kali dgr nasi begana hehehe
BalasPadamKaler pink tu memang sesuai lah dengan Cikgu Amie satu family. Shantekkk dan manis!
BalasPadamNampak sedap ayam begana tu kak oi
BalasPadamMemang besar ayam begana yang diletakkan pada nasi.
BalasPadamPersiapan majlis sekarang lebih mudah, tempah dan pack siap siap. Memang rindu dan seronok suasana rewang ramai ramai tu. Comel temanya warna pink.
BalasPadamresepi ni utk daging boleh tak kak?
BalasPadamuniknya nama ayam begana ni.
BalasPadam