Pages

Ahad, 2 Oktober 2022

Jalan-Jalan Cari Ikan, Terjumpa Belangkas!

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi jalan-jalan ke pasar tani, dan akhir sekali ke pasar ikan. Sedang memilih ikan, mata terpanjang dua ekor belangkas! Kita terus beli kedua-dua ekor belangkas itu!

Seronok sangat sebab lebih 30 tahun tinggal di D, baru inilah kali pertama dapat beli belangkas. Sebelum ini hanya dengar  cerita sahaja, tetapi tak pernah jumpa. Terubat rasa rindu zaman remaja dulu suka kutip belangkas di pantai Jeram. Kalau  musim belangkas bertelur, memang bersusun pasangan belangkas atas pasir. Kami tarik bahagian ekor belangkas betina, dan cabut ekor belangkas jantan, dan lepaskan atau lemparkan ke laut semula. Kita masukkan belangkas betina ke dalam karung.

Balik rumah, panggang belangkas, dan sedikan air air. Kemudian tarik perut belangkas, keluarkan telurnya, cecah air asam dan ratah bersama-sama seisi kelurga.



Firdaus dengan sepenuh tenaga mengangkat dua ekor belangkas. Berat tu, tapi tak tahu berapa kilogram sebab dijual tanpa timbangan. Biasanya seekor berharga RM25.00.


Belangkas dalam besen besar.


Keadaannya masih hidup dan bergerak-gerak.


Kita tak pernah makan badan belangkas tapi nak cuba jugalah. Orang kata boleh masak asam pedas atau masak lemak cili padi.


Mungkin seekor akan dipanggang, dan seekor lagi akan dimasak berkuah, tapi belum pasti masak berkuah yang bagaimana.


Kawan-kawan ada idea nak masak apa?



12 ulasan:

  1. Teringat kenangan rumah arwah nenek ada belangkas letak dalam besen mandi bayi.
    Terubat ya dapat makan belangkas.

    BalasPadam
  2. Di tempat saya dulu selalu nampak nelayan jual belangkas tapi saiz kecik2 je. Tapi saya tak sampai hati nak makan belangkas.

    BalasPadam
  3. Sy tak pernah makan belangkas. Tengok yg real pun belum pernah. Tapi kalau dlm TV tu pernah nampak dimasak lemak atau asam pedas.

    BalasPadam
  4. baru ni kak beli kat kuala selangor 8rm sekor tu pun kak rasa mahai sgt dah sbb dulu main kutip2 ja kat kuala sungai tepi laut

    BalasPadam
  5. Masyaa Allah...
    Besar tu belangkasnya...
    Saya pernah masak asam pedas sekitar 20 tahun yang lalu.Tapi tak makan sebab tak biasa makan..hanya masak untuk yang makan..hihihi

    BalasPadam
  6. pernah makan sekali je belangkas ni sebab takda org jual, masak cam masak ketam, sos dan telur

    BalasPadam
  7. Pernah makan telur dia je masa kecik dulu kalau tak silap arwah abah bakar je. Tak pernah jumpa plak dimasak lain. Nanti share ye cikgu bila dah siap masaknya😉

    BalasPadam
  8. uish besar tu. tak taulah nak masak apa sebab belum pernah makan. alamak, terpisah sudah keduanya kalau dimasak lain periuk

    BalasPadam
  9. Dapat juga kak Amie menikmati belangkas di LD. Maaf Kak Amie, tak dapat membantu sebab tak pernah makan atau tahu pasal belangkas ni.

    BalasPadam