Pages

Jumaat, 7 Oktober 2022

Minum Teh Arab & Makan Falafel Sos Tahini di Kala Hujan Lebat!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Firdaus masih bersama Fairuz dan mereka yang lain di De Borneo Water Park. Kami meronda-ronda sekitar Kota Kinabalu dalam hujan lebat. Kami singgah di Suria Sabah Mall, membeli kasut dan sebagainya. Perut rasa lapar pula. Kami menuju ke Tanjung Aru, mencari Restoran Arab, Mashawi. 

Ketika itu keadaan lengang, dan tidak banyak pelanggan. Barangkali disebabkan hujan lebat. Di kesempatan ini kami penuhi masa di sini dengan minum Teh Arab dan santai-santai mengunyah falafel cecah sos tahini.


Suasana terang benderang di dalam restoran tetapi di luar restoran gelap kerana hujan!

Teh Arab

Kami memesan Teh Arab, rasa pudina. Dalam suasana dingin, rasanya tak cukup secawan untuk minum. Kami pesan satu teko. Teh Arab datang dalam teko tinggi.5-6 orang pun boleh minum! Puaslah kami hirup Teh Arab di sini.

Falafel & Sos Tahini

Kami cuba makan kudapan Arab iaitu falafel yang didatangkan dengan sos tahini. Falafel diperbuat daripada kacang kuda. 

Sos Tahini

Jom makan falafel yang masih panas, cecah sos tahini yang rasa masam berkrim.


Kalau datang ke Restoran Mashawi memang tak boleh lepaskan peluang makan Turkish Pide Pizza topping beef & lamb.

Bismillah.


Makanlah kami berdua sehingga habis falafel danTurkish Pide Pizza ini. Nanti balik LD, terkenang-kenang pula keenakan pizza yang lembut ini.

Setelah hujan reda, kami hirup puas-puas Teh Arab yang masih panas itu, dan kemudian bergerak keluar.


Restoran Mashawi diapit oleh dua buah hotel. Sebelah kanannya ilaha Aru Suites. Teringat kenangan bulan Jun lepas menginap di sini, dan tercangak-cangak melihat kereta kami mencari parking sendiri! Baca di sini: 

Restoran Mashawi dilihat dari luar.

Hotel C'haya

Di sebelah kiri Restoran Mashawi ialah Hotel C'haya. Sebelum ini Encik Suami bercadang untuk menginap di sini, tetapi rancangan diubah hala ke Gardens Condominium pula.



12 ulasan:

  1. sedapnya jamu selera dgn makanan Arab

    BalasPadam
  2. Tudiaaa....SA tengok gambar terus rasa nak makan menu arab plak..tapi kat seremban ni susah nak dapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di LD pun tak ada restoran arab kecuali kedai mamak yang jual nasi arab. Nak makan yang betul Arab, kenalah cari di KK.

      Padam
  3. Patutlah nampak macam cafe hotel. Berdekatan hotel. Nampak unta di situ. Hehe...
    Falafel, sedap menyebutnya macam pelat pelat P.Ramlee dalam cerita Ahmad Albab sebut nama sayuran. Kiranya macam vadei lah cuma beza kacang dhal dan kacang kuda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah, ala-ala vadei gitu cumanya falafel ni cecah sos tahini.

      Padam
  4. Sedapnya teh arab dapat diteguk kala kesejukan...harum aroma pudina dan kayu manis menyegarkan...

    Baca komen Fiza..saya pun teringat cerita ahmad al bab tu🤭
    Falafel tu macam kroket pun ya jugak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu saya hirup teh arab tu teringat pernah terbaca entri Mama Cella buat teh arab sendiri bubuh daun pudina. Memang sungguh menyegarkan minum di kalan dinginnya hujan turun.

      Padam
  5. memang kegemaran dana falafel itu kak, makan pulak waktu masih panas, nikmat sungguh.

    BalasPadam
  6. Kegemaran dana juga ni kak falafel, pernah cuba nak buat tapi tak jadi. Jadi kita makan yang beli je buat sendiri nanti-nanti je

    BalasPadam