Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, sewaktu makan tengah hari bersama Encik Suami, tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada J&T. Katanya, ada kiriman bungkusan untuk kita. Oleh kerana kenderaan J&T sudah ada di depan rumah, jadi kita minta masukkan sahaja bungkusan tersebut ikut celah pagar, dan tolak sedikit ke dalam. Takut basah ditimpa hujan. Dan ketika itu memang sudah hujan pun.
Kelmarin, sewaktu makan tengah hari bersama Encik Suami, tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada J&T. Katanya, ada kiriman bungkusan untuk kita. Oleh kerana kenderaan J&T sudah ada di depan rumah, jadi kita minta masukkan sahaja bungkusan tersebut ikut celah pagar, dan tolak sedikit ke dalam. Takut basah ditimpa hujan. Dan ketika itu memang sudah hujan pun.
Sampai di rumah, kita terus buka bungkusan. Takut basah. Alhamdulillah. Kiriman diterima dengan sempurna. Hanya bungkusannya saja sedikit basah. Kita pun terus ke sudut Taman Firdaus mencari tempat untuk ambil gambar. Melihatkan kulit buku yang sangat dekat dengan warna alam, kita sandarkan sebuah di batang pokok bidara yang sedang dililit oleh pokok telang.
Memperkenalkan karya terbaharu dalam Edisi Pantun Warisan : Yang Santun Yang Berjiwa.
Pantun Enam Kerat : Yang Santun Yang Berjiwa. |
Terima kasih sekalung budi buat warga kerja Tim Syfe , penyelenggara Projek Roslah Mohd Rani dan Mohassah Borhan, dan Tok Mat Munsyi Mohamad Musip selaku editor / kurator / penulis prakata yang memberi peluang untuk kami mengasah minda menukil pantun enam kerat.
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik di atas kesabaran dan penat lelah mereka merealisasikan Yang Santun Yang Berjiwa.
Meminjam kata-kata Editor SYFE-WACANA MBM, Munsyi Muhamad Musip:
Sesungguhnya kerja menekuni karya pantun bukan sekadar mencoretkan diksi berangkap yang menggagaskan maksud, tetapi dapat juga mengimbanginya dengan kesan emotif ketika dibaca.
Sesungguhnya kerja menekuni karya pantun bukan sekadar mencoretkan diksi berangkap yang menggagaskan maksud, tetapi dapat juga mengimbanginya dengan kesan emotif ketika dibaca.
Benarlah.... mengarang pantun enam kerat tidak semudah menukang pantun dua atau empat kerat! Kita sendiri rasa sangat tercabar untuk menyiapkannya! Namun, sudah dinamakan menukang, memang dari semasa ke semasa perlu diperbaiki, untuk hasil sebaik mungkin. Di bawah ini, sebahagian pantun yang mampu kita tukangi.
Walau pun hasilnya tidak sesempurna mana, namun rasa puas hati dapat mengarang pantun enam kerat yang diterbitkan bersama hasil nukilan 49 penulis yang lain. Masih banyak ilmu perlu digali untuk menghasilkan pantun yang berkualiti.
Ragi dijemur di batang tumbang,
Lebah menghurung mencari makan,
Jadi serpihan bertabur-tabur,
Bahagi masa agar seimbang,
Masalah dikongsi elak tertekan,
Cukupkan waktu rehat dan tidur.
Padi bukit masak di tangkai,
Gugur ke tanah warnanya pudar,
Tidak dimakan hanya dilihat,
Jauhi penyakit tiga serangkai,
Rajin bersenam obes dihindar,
Amalkan terus gaya hidup sihat.
Tahniah Kak Amie. Biasa pantun 2 kerat 4 kerat. Rupanya 6 kerat juga.
BalasPadamYa Fizah. Ada 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat dan 14 kerat.
PadamOhh banyak lagi eh. Terima kasih Kak Amie.
PadamTahniah puan...Kalau sudah ke pantun 6 kerat, memang hebatlah..
BalasPadamTerima kasih Encik Fairus. Memang terkial-kial juga semasa mengarang pantun 6 kerat ini.
PadamTahniah kak Amie. Wah, pantun 6 kerat. Nasihatnya pun bagus-bagus dijadikan panduan
BalasPadamTerima kasih Sal. Kak Amie yang tak mahir mengarang pantung memang memakan masa juga untuk menulis sampiran dan maksudnya.
PadamMashaa Allah...hebatnya berpantun
BalasPadamMama Cella pun jaguh berpantun tu!
Padamwah tahniah kak Amie, bestnya ada buku pantun yee. ingat lagi dulu VM selalu pinjam buku sastera di library. hhihihi
BalasPadamTerima kasih VM. Ulat buku ye.
PadamTerbaiklah Kak Amie 👍
BalasPadamAmbil gambar buku pun kreatif :)
Terima kasih PH.
PadamTahniah
BalasPadamTerbaiklah
Terima kasih Wak.
PadamKak Amie ibarat pisau, makin diasah semakin tajam.
BalasPadamWah, mari kita jadi kelapa SK!
Padamhebattt kak amie kite ni... bukan kaleng2 ni
BalasPadamKarya-karya kerdil jew Anies.
Padamtahniah kak amie..
BalasPadam