Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita jalan-jalan di Kota Kinabalu. Sebenarnya waktu itu, kita tidaklah dapat menikmati semua makanan yang terhidang. Ketika itu gusi kita yang dibedah, perlu dijaga elok-elok. Doktor pesan makan yang lembut-pembut sahaja, tetapi kita langgar juga sedikit pantang itu! Akibatnya sudah tentulah akan terasa sakit tetapi tidaklah sakit sangat.
Jumaat, 10 September 2022 Abang Aznan bawa semua ahli keluarga untuk mandi-manda di De Borneo Water Park di Kepayan.Oleh kerana pada hari tersebut Fairuz tidak hantar ikan, jadi Fairuz ambil alih tugas kami jaga Firdaus. Fairuz ikut serta ke De Borneo Water Park bersama yang lain.
Amie pula ingin berehat dari jalan-jalan. Amie beritahu Encik Suami sebenarnya Amie ingin mencari makanan yang lembut, tak perlu usaha untuk mengunyah dan boleh terus ditelan masuk perut! Encik Suami cadangkan, cubalah makan ambuyat!
Kami sama-sama bergerak meninggalkan Penampang. Abang Aznan bersama yang lain menuju ke Kepayan, kami menuju ke D'Soka yang terletak di Kampung Laut Kinarut, Papar. Sesampainya di D'Soka hujan turun selebat-lebatnya!
|
Ambuyat & the Gang |
Alhamdulillah. Akhirnya dapatlah menikmati ambuyat dengan lauk-pauknya.
|
Signboard D'Soka Restaurant. Masakan Asli Sabah |
|
Encik Suami makan ambuyat dengan candas. Kita makan ambuyat dengan sudu. |
|
Terung goreng sambal. Terung yang lembut ini boleh kita kunyah sedikit dan telan. |
|
Ikan tuna masak ampap ini isinya lembut dan kita makan sehingga habis dengan ambuyat. |
|
Timun ini dihabiskan oleh Encik Suami. Kita tak boleh kunyah! |
|
Sambal belacan ini sangat sedap. Kita cecahkan ambuyat. |
|
Ini isi ayam masak kicap. Encik Suami makan seorang. |
|
Sayur kangkung ini sedap. Kita makanlah beberapa helai daunnya. Tak boleh kunyah batangnya! |
|
Laju jew makan ambuyat dengan kuah ini. Kita sudukan ambuyat dan celup kuah. Masuk mulut, telan! |
Inilah semangkuk ambuyat, makan berdua dengan Encik Suami
Ketika ini barulah terasa perut berisi! Selama beberapa hari bercinta habis kalau makan sebab takut tersentuh makanan ke bekas jahitan gusi.
Sudah pesan lemon panas, kemudian datang lagi dua gelas minuman sirap! Tak perasan dalam set ambuyat memang sudah tersedia dua gelas minuman! Jadi, selepas minum lemon panas, minum sirap sejuk pula.
|
Puding kelapa |
Oleh kerana hujan masih lebat, kami pun duduk lama-lama sedikit dalam restoran. Pura-puralah beli puding kelapa dan makan di situ.
Setelah hujan berhenti, kami pun bergegas meninggalkan D'Soka.
Alhamdulillah, perut yang terasa kosong sudah berisi.
Selamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamTak pernah malan buyat , makanan tradisi rakyat sabah kan ..
BalasPadamHanya kaum tertentu sahaja yang pandai makan, tidak semua rakyat Sabah makan ambuyat.
PadamTak pernah rasa ambuyat.. Macam manalah agaknya rasanya.
BalasPadamAmbuyat tu tawar, makan dengan lauk-pauk baru ada rasa.
PadamSedapnya....macam terasa pula kat tekak...hihihi
BalasPadamBaru ni saya ada nampak orang sediakan kapurong ...macam ambuyat tapi kenapa warna dia tak jernih tapi sedikit pink kecoklatan
Agaknya kapurong itu sudah dicampur dengan kuah, jadi warnanya begitu.
PadamKalau kami di Sarawak, kami makan ambuyat (linut) ni dgn sambal belacan dan sayur midin. Aduh, terbayang2 dah sedapnya kombo ni.
BalasPadamSaya pernah makan ambuyat di Brunei, makan dengan sambal belacan dan tempoyak. Sedapnya!
PadamTeringin nak try ambuyat tu tapi belum jumpa lagi di sini.
BalasPadamMemang tidak ada ambuyat di Malaya.
PadamDana tak pernah makan ambuyat kak tapi bila tengok segala macam lauk tu nampak sedapnya kak oi
BalasPadamKami pun kalau nak makan ambuyat kenalah cari di tempat tertentu sahaja. Tak semua orang Sabah makan ambuyat.
Padamyelah kan kak tak semua tempat makan ambuyat ye, yelah sabah tu kan besar ada pelbagai kaum kan.
Padamammi teringin nak makan ambuyat...bila ntah ada rezeki nak ke sabah
BalasPadamIn syaa Allah ada rezeki nanti jejak Sabah.
PadamAmbuyut. Saya belum pernah nyicip camilan yang satu ini. Semoga berkesempatan ke Malysia, makan ambuyut.
BalasPadamDialu-alukan kedatangan Bunda Nur ke Malaysia.
PadamTak pernah lagi rasa ambuyat.. semoga cepat sembuh ya Kak Amie..
BalasPadamAlhamdulillah. Sudah beransur sembuh.
PadamAmbuyat ni umpama nasi jugalah Kak Amie ye ..dimakan bersama lauk-pauk yg pelbagai,termasuk sambal belacan ye .
BalasPadamRasa ambuyat sangat beza dengan nasi. Ambuyat ni dari sagu rumbia.
PadamMasa pergi MAHA, kami ke Pavilion Sabah mencari ambuyat, tapi tak dijual. Iman teringin nak makan dgn lauk pauk macam ni. Ada ke rasa macam bubur nasi berlauk?
BalasPadamAmbuyat licin, bukan hancur macam bubur. Cara makannya telan terus.
PadamSA pernah makan ambuyat sekali je kak masa pi KK beberapa tahun lepas...masa tu pelik tapi A suka mencuba..sedap...siap ada lauk2 lagi
BalasPadamBagusnya SA suka mencuba sebab tak semua orang pandai makan ambuyat. Saya tak pandai guna candas, guna sudu saja.
PadamDah tengok makanan, langgar pantang juga. Tak boleh tahan kan. hehehe...Banyak lauk pauk ambuyat ni. Tak pernah makan lagi. Kena cuba yang asli dulu kat sana kot :)
BalasPadamKena belajar perlahan-lahan kalau nak makan ambuyat ni. Mulanya kecewa juga tak boleh tarik ambuyat guna candas, akhirnya makan saja guna sudu hihihiii.
Padam