Bismillahirrahmanirrahim.
Kami meninggalkan Kota Belud dan terus ke Kota Kinabalu. Oleh kerana perut masih kenyang, kami semua bersetuju untuk terus pulang ke Penampang. Tiba di Kota Kinabalu, kami singgah sebentar di Tanjung Lipat, Likas untuk membeli buah-buahan. Amie terpikat dengan nanas hiris. Beli 5 potong dengan harga RM15.00. Memang sangat berbaloi kerana rasanya sangat manis! Tidak ketinggalan, beli jambu air madu juga RM15.00 siap dipotong-potong. Lina pula memborong pelbagai jenis buah yang lain.
Amie sangka kami terus saja pulang ke kondominium, tetapi Abang Aznan minta kami masuk dahulu ke rumahnya kerana sudah disediakan pizza!
Jambu Air Madu |
Nanas. |
Pelbagai jenis pizza sudah tersedia di atas meja.
Pada malam tersebut, kami menikmati pelbagai jenis pizza dan buah-buahan.
Petang esoknya Amie bersama Encik Suami sekali lagi ke Bataras Hypermarket Bundusan mencari bahan untuk masak sendiri. Ikan merah nan seekor masih berbaki. Oleh kerana setiap hari makan minum ditaja, jadi tidak berasaplah dapur di kondominium. Mengenangkan keenakan makan buah-buahan pada malam tersebut, jadi kami pun beli buah-buahan segar di pasar raya siap dengan coleknya sekali.
Ada mangga, sengkuang, pear dan epal.
Malam esoknya, kami sempat potong-potong buah dari kondominuim dan di bawa turun ke rumah Abang Aznan.
Memang meriah sungguh malam itu!
Apabila makan buah beramai-ramai, sedapnya terasa berganda-ganda!
Tengok nanas tu menggiurkan. Nampak pun manis😋
BalasPadamRezeki dapat nanas manis.
PadamNanas banyak tu rm15 , mahal jugak ye kak. Bestnya kenduri makan buah-buah siap colek lagi. Sambil borak sambil mengunyah sedar-sedar habis
BalasPadamYa, Dana RM15.00. Memang mahal kan, tapi sebab rasanya manis, taklah rasa terkilan membelinya.
Padambetul kak bila rasanya manis berjus kita pun tak kisah dengan harganya.
Padammemanggg kesukaan sy buah buahan. Kalau dpt yg siap.potong lg laju mkn he hee
BalasPadamBeli siap potong, taburkan serbuk asam boi, memang layan!
PadamWah, Abang Aznan belanja pizza pulak. Memang kena jadikan abang angkat ni.
BalasPadamBegitulah SK. Kalau ada Abang Aznan memang tak cukup mulut kami makan!
PadamSnek buah-buahan memang sedap. Tambah lagi ada colek tu. Entah kenapa kalau makan ramai ramai tu rasa seronok dan sedap lain macam :)
BalasPadamMemang berganda sedap kalau makan ramai-ramai kan Fizah.
PadamWah, makan buah dgn kuah rojak mmg meletops.
BalasPadamHabis licin!
PadamSedap
BalasPadamSangat sedap!
PadamSukanya kalau dapat nanas yang manis...
BalasPadamSemoga semakin melimpah rezeki Abang Aznan...
Betul Mama Cella. Rasa nak pergi lagi ke Tanjung Lipat beli banyak-banyak.
PadamAmin ya Allah, mudah-mudahan rezeki Abang Aznan melimpah-ruah.
Sedapnyaa.....Kalau SA memang beli aje tu kak...janji sedap....nanas tu buat SA terliur la....
BalasPadam