Pages

Khamis, 20 Oktober 2022

Kalau Ada Umur yang Panjang : Antologi Anekdot Santuni Persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie teruskan kongsi sambungan edisi Antologi Anekdot Santuni Persahabatan. Boleh baca entri sebelum ini:
Antologi Anekdot Santuni Persahabatan : Kalau Ada Umur yang Panjang

 

Sebanyak 25 orang penulis bergabung tenaga menghasilkan antologi ini.


Karya kita terselit di bawah tajuk besar Kenangan Itu Dibawa Arus Waktu, dan dipecahkan kepada empat tajuk kecil iaitu:
  • Tangisan di Belakang Kelas
  • Radio Transistor
  • Gara-gara Menonton Filem Hindustan
  • Durian Nan Sebiji


Tangisan di belakang kelas mengisahkan peristiwa sewaktu dibangku sekolah rendah. Kita didenda berdiri di belakang kelas kerana kawan kita pinjam buku latihan bahasa Inggeris, tetapi tidak dipulangkan kembali. Akibatnya kita tak dapat hantar kepada guru. Kawan kita tidak mengaku telah meminjam buku kita. Kita menangis sewaktu didenda berdiri di belakang kelas kerana rasa sangat malu. Maklumlah, tidak pernah buat salah, sekali didenda memanglah rasa aib yang teramat sangat! 


Kisah Radio Transistor berlaku di sekolah menengah sewaktu kita berada di tingkatan enam rendah. Kalau kita belajar di waktu malam, mesti dengan mendengar lagu. Peraturan asrama 'mengharamkan' radio dibawa ke bilik, tetapi kita engkar. Setiap kali ke sekolah, kita sembunyikan radio transistor di dalam tong sampah supaya tidak kedapatan oleh warden yang suka buat sport check. Nasib tidak menyebelahi, kerana suatu hari kita terlupa dengan sorokkan radio! Akhirnya radio dirampas oleh warden asrama.
Betapa murungnya kita selepas itu! Untuk mendapatkannya semula, kita terpaksa bayar sejumlah wang kepada warden. 
Melihat keadaan kita yang sangat sedih, rupanya kawan-kawan sebilik yang selalu tumpang dengar lagu, kumpul duit dan belikan kita radio transistor baharu. Zaman itu (lebih 30 tahun lalu), harganya lebih kurang RM16.00 sahaja.


Gara-gara Menonton Filem Hindustan pula mengisahkankenangan Amie bersama Norlilis berdiri di tepi tingkap musolla memandang ke arah rumah yang letaknya berhampiran pagar asrama. Kebetulan tuan rumah membuka televisyen siaran TV2. Menyedari kami berdua berdiri memandang ke arah televisyen, tuan rumah menolak televisyen hampir ke tepi tingkap rumahnya yang memang terbuka luas.
Filem yang ditayangkan pula filem yang memang diminati ramai iaitu filem Bobby! Boleh baca seterusnya anekdot tersebut di bawah ini.

Al-Fatihah buat arwah Norlilis yang telah kembali ke pangkuan-Nya akibat penyakit kanser. Kenangan indah bersama arwah tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat.

Kisah Durian Nan Sebiji memang mencuit perasaan. Peristiwa tersebut berlaku sewaktu kita berada di tingkatan 6 atas. Ketika kita sedang menjemur pakaian, Norazlin dari bilik di tingkat atas, memberitahu ada durian gugur berhampiran pagar tempat kita jemur pakaian. Kita pun ambil durian itu dan bawa masuk ke bilik. Aromanya sangat semerbak! Oleh kerana tidak ada pisau, jadi kami gunakan anak kunci untuk membuka kulit durian. Masing-masing menunggu dengan sabar. Setelah kulit durian berjaya dibuka, hanya ada seulas sahaja di dalam pangsa! Yang menunggu hendak makan durian 7 orang!

Masih ingat kah lagi Norazlin akan peristiwa tersebut?

6 ulasan:

  1. Heheheh.. kenangan pahit memang pasti ada di zaman sekolah. Tapi, durian seulas utk yg menunggu 7 org, tak tahu nak kategorikan manis atau pahit, hihi.

    BalasPadam
  2. Tahniah kak amie...bestnya kalau dapat baca buku2 yg ada nukilan kak amie..

    BalasPadam
  3. wahhhh hebat akak kita ni!! keep it up! teruskan berkarya kak!

    BalasPadam
  4. Tak boleh lupa kenangan lama. Perit betul kalau kena denda bukan salah kita. Kawan pulak taknak mengaku.

    BalasPadam