Pages

Isnin, 3 Oktober 2022

Jalan-Jalan Cari Makan Tengah Hari di Station Seafood Restaurant Kudat

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung lagi cerita yang terputus di Pantai Ba-Bak. Kami terus menuju ke Station Seafood Restaurant Kudat yang terletak di Jalan Petronas. Abang Aznan cadangkan kami makan tengah hari di sini. Station Seafood Restaurant dibina di tepi laut.


Jus Epal + Lemon

Cuaca ketika itu mendung. Langit kelihatan agak suram dengan awan warna kelabu berarak perlahan menjadi latar belakang kapal-kapal nelayan yang lalu lalang di situ. Apabila kapal nelayan bergerak berhampiran restoran, kami dapat merasakan gegarannya ketika permukaan laut  dilanggar kapal dan ombaknya pecah menghempas ke tiang restoran.

Kapl-kapal nelayan berhampiran restoran.


Ketika memandang ke bawah, terlihat ikan-ikan sedang berenang di laut hijau!

Melihat ikan-ikan berenang dari permukaan laut.



Suasana selepas hujan ketika menuju ke Station Seafood Restaurant.

Selamat datang ke Station Seafood Restaurant.

Ketika ini ruangan hadapan restoran dipenuhi kami, 24 orang.

Pisang Goreng.

Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, Abang Aznan mengajak kami makan pisang goreng. Kami memilih pisang goreng biasa. Betullah kata Abang Aznan, pisang goreng di sini sangat sedap. Kalau makan pisang goreng sahaja pun tidak mengapa! Tepungnya lambut tetapi rangup. Memang sesedap rasa, ditambah pula dengan sambal tumis yang disediakan bersama. Meja yang lain memesan pisang goreng cheese. Selera di meja kami selera pisang goreng biasa.


Firdaus pula ajak kita tengok lobster. 

Lobster.

Pelbagai jenis ikan segar dibalut rapi dengan plastik.

Sotong.

Abalon.

Udang Harimau.

Ikan Kerapu Bintik.

Ketam Bunga @ Suri



Makanan yang dipesan pun mula datang ke meja masing-masing.

Firdaus and the Gang

Bismillah.


Suasana di meja kami.



Masing-masing memesan makanan dan minuman yang disukai. Ditambah dengan udang harimau, sotong dan isi ikan.

Udang Harimau Goreng.

Sotong Goreng Telur Masin.

Isi Ikan Masak Sos.

Tom Yam.


Nasi Goreng Udang.


Nasi Goreng Udang Butter Basah.



Nasi Goreng Udang.

Nasi + Ayam Masak Sos.

Nasi Goreng Biasa.

Nasi Goreng Kampung.

Sup Kuey Teow dengan Isi Ikan. Ini kita punya.

Mi Basah Udang.

Mi Goreng dengan Udang

Ini jus tembikai kita


Terima kasih yang tak terhingga buat Abang Aznan yang belanja kami semua makan di Station Seafood Restaurant. Memang begitulah hajatnya, kalau adik-beradik atau saudaranya datang mesti Abang Aznan hendak menjamu selera semua. Kami rasa sangat berhutang budi tetapi Encik Suami kata Abang Aznan sangat gembira dapat belanja kami semua. Sekali Abang Aznan belanja kami, seribu kali kami sudi! Tapi, sudah berkali-kali Abang Aznan belanja kami!
Alhamdulillah. Rezeki Allah. 


33 ulasan:

  1. Jus epal lemon tu sangat menggoda!

    Seronok dapat tengok ikan di permukaan air tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bawa pancing, boleh jew memancing di situ.

      Padam
  2. Jus Epal Lemon tu nampak sedap sungguh! Ooohhh...best kan kalau ade orang belanja. Tapi next time boleh je kita pulak belanja... Kan3x...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sudah dirancang, belanja makan minum dan minyak untuk semua.

      Padam
  3. Selamat menjamu selera
    Nampak sesedap belaka

    BalasPadam
  4. Suka makan udang...Kalau bakar pun sedap

    BalasPadam
  5. sungguh best dapat makan tepi laut...lagi-lagi klau makan beramai-ramai begitu

    BalasPadam
  6. Sotong goreng telur masin tu nampak tempting. Tomyam kat sana nampak berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah, lain macam pula kuah tom yam tu. Tak pernah rupa begini di tempat makan makan lain.

      Padam
  7. Wow...semua menarik selera..
    dari jus hingga seafood...
    Murah rezeki Abang Aznan...Patutlah Fairuz seronok kerja dengan Abang AznanšŸ¤­..pemurah orangnya..Semoga satu hari nanti Fairuz juga dapat jadi tokey berkat tunjuk ajar Abang Aznan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah bekerja dari syarikat swasta, Abang Aznan buka syarikat sendiri. Alhamdulillah rezeki dalam perniagaannya bertambah maju. Sesekali kami ke KK, memang dia sudah bersedia belanja semua termasuk makan minum dan minyak kereta.

      Padam
  8. Seronok nya ada saudara yang sangat pemurah gitu, dari hari ke berapa asyik belanja makan je kak. Moga terus murah rezeki buat abg Aznan lah ye kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jutawan sebenarnya dia tu Dana, tapi sangat merendah. Low profile gitu. Penampilannya biasa-biasa saja.

      Padam
    2. patutlah pun kak jutawan rupanya, sudahla kaya dermawan dengan saudara mara. Itu yang makin banyak rezekinya tu ye kak

      Padam
  9. Berderau darah kita tengok gelas atas tiang sebatang tu, Kak Amie.

    Terkenang keenakan makanan laut di sana, memang lain dari yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehee.... ada-ada aje Kak Amie ni kan SK. Itulah, time orang sibuk makan, kita sibuk tangkap gambar.

      Padam
  10. wow makan seafood di tepi laut terbaik tu dihembus bayu nyamannya

    BalasPadam
  11. Suka makan makan tempat suasana macam ni. Sambil makan sambil jamu mata sambil disapa angin laut. Tambah lagi dapat makan sedap sedap menu seafood. Pisang goreng sedap mesti buat teringat ingat kesedapannya. Kiranya xfactor kedai ni lah ada pisang goreng sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang goreng tu memang sedap sangat. Abang Aznan biasa datang dan makan pisang goreng. Tu pasal beriya dia suruh kami makan.

      Padam
  12. apple + lemon juice tu tempting betul...
    geram tengok seafood yg fresh..bilalah nak ada peluang dan rezeki ke negeri di bawah bayu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah. Ada peluang dan rezeki datang sini nanti.

      Padam
  13. Untung laaaaa... sana seafood murah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok tempat juga Uncle. Ada juga harga tak masuk akal hahaaaa.

      Padam
  14. Aduh.. menggoda sungguh semua menunya.. Abalone tu memang macam tu ye.. tak bercengkerang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abalon tu sudah dikeluarkan dari cengkerangnya.

      Padam
  15. Kalau pergi blog Kak Amie tak terliur mmg tak sah. Menggoda betul sotong & udang goreng telur masin tu. Rindunya nak ke Sabah makan seafood murah2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah ke Sabah. Memang kalau datang ke Sabah ramai yang tak lepas peluang makan seafood.

      Padam
  16. Nasib baik air tidak hatuh masuk laut.
    Seronok makan tengah laut tapi harap-harap tiada yang rasa mabuk laut apabila kapal lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa... ada-ada jew kalau nak ambil gambar ye, sampai tak fikir gelas boleh jatuh masuk laut! Memang bergegarlah restoran tu apabila kapal lalu dekat-dekat.

      Padam