Pages

Selasa, 4 Oktober 2022

Singgah Beli Jagung Bakar di Kota Marudu

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang perjalanan dari Kudat ke Kota Marudu, hujan turun renyai-renyai. Banyak gerai menjual kraf tangan dan jagung bakar. Kami singgah membeli jagung bakar di tepi jalan. Ada jagung pulut dan jagung manis. 3 tongkol jagung dijual dengan harga RM5.
 
Kakak ipar seronok sangat dapat beli jagung bakar.

Diborongnyalah jagung manis dengan jagung pulut.

Jagung pulut saiznya lebih kecil berbanding jagung manis.


Jagung ini dibakar dengan kulitnya, dan dimakan begitu sahaja tanpa sebarang perasa.


Bahan pembakarnya ialah kayu getah.





Selain jagung bakar, ada juga buah-buahan yang dijual.



Antara hasil anyaman tangan yang dijual.

Kacang Tanah.

Kacang tanah ini digoreng / sangan dengan menggunakan pasir. 


Beras kampung, beras merahdan beras pulut hitam turut dijual.


Teringin hendak beli nyiru yang pelbagai bentuk tetapi memikirkan tidak bawa kereta endiri, tak jadilah nak beli.


Sedap kacang tanah goreng dalam pasir!

Ada madu juga.


Jagung Kisar



12 ulasan:

  1. Jagung kisar.. first time tengok.. Jagung pulut tu rasanya macam manalah agaknya ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jagung pulut warna putih, rasanya melekit.

      Padam
  2. Pertama kali dengar ada jagung pulut.
    Macam-macam hasil jualan ada yang jarang dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu kecil dulu saya selalu makan jagung pulut, emak dan arwah bapa tanam di kebun.

      Padam
  3. Akak, jagung tongkol bukan biji heheheheh. Mesti harum kan bau jagung yang dibakar tu, nampak segar semua jagung tu. Segala buahan dan apa hasil yang dijual kat situ harganya pun tak mahal ye kak. Kalau dana rambang mata semua nak di beli

    BalasPadam
  4. Eh, boleh bau sampai sini. Sedap tu kalau tak ditambah perasa. Ala rugi pula tak beli nyiru tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan panas-panas sedap kan Sal. Terasa manisnya.

      Padam
  5. Macam sedap je dibakar begitu tanpa ada perisa lain. Rasa asli jagung bakar. Tertarik juga dengan nyiru tu. Buat props gambar lah kan apa lagi :) Takpe, next time datang naik kereta sendiri boleh beli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulanya memang nak beli buat props set, tapi lain kalilah kalau bawa kereta sendiri.

      Padam
  6. Nyiru tu menggoda pemandangan SA la kak...best kalau ada 1-2 nyiru kat rumah....sedap nampak jagung tu semua

    BalasPadam